Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Wednesday, 1 August 2012

TIPS HARI INI : CARA PANTAS MENCUCI BLENDER / MESIN PENGISAR


Gambor tak de kaitan dengan entri..




Untuk yang suka memasak, zaman sekarang selain menumbuk gunakan lesung, orang sekarang lebih suka menggunakan mesin pengisar / blender,  lebih cepat dan jimat masa....seperti yang sedia maklum, gunanya senang, cuma part nak membasuhnya agak malas....so kat sinia da satu cara atau tips untuk  menyenangkan dan memudahkan anda cuci mesin pengisar tersebut...sangatlah senangnya....


Macam ni caranya :-


1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam blender/mixer
2-Ambil kulit telur dan masukkan sekali ke dalam blender/mixer tersebut
3-“ON” kan blender/mixer anda tu sehingga beberapa ketika
Lihatlah hasilnya.

Kulit telur yang anda masukkan ke dalam blender/mixer tersebut akan hancur setelah anda “ON” blender/mixer tersebut.

Kulit telur yang telah hancur itu sebenarnya berperanan sebagai ‘pemberus’ bagi mencuci blender anda.
Selain blender/mixer, petua ini juga boleh digunakan untuk membasuh bekas minuman/botol air/kole air yang sukar untuk dibasuh.
Caranya ialah:

1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas minuman/kole air
2-Masukkan kulit telur yang telah dihancurkan
3-Goncangkan bekas minuman/botol air/kole air sehingga kotoran hilang...


Semoga sedikit sebanyak tips ini dapat memudahkan kerja anda semua....insyaAllah.

Monday, 30 July 2012

10 Tips di Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan....

Sempena Ramadhan ini, ada 10 tips yang rasa seronok untuk dikongsi bersama :-







1. Berbuka dengan membaca doa. 
2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing. 
3. Bolehlah makan nasi & "noodles" Nasi "Noodles" 
Nasi putih Mee/ Bihun - Berkuah/ Sup Nasi ulam Kueyteow 
Nasi kerabu 
4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak. 
5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. 
6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan. 
7. Berhenti makan sebelum kenyang. 
8. Lebihkan minum air. 
9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan. 
10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah seperti berikut: 
Nasi putih Oats/ Nestum 
Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma 
Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak) dan jika boleh hadkan telur dan makanan laut..

TIPS : CARA PANTAS NAK NYAH BEKUKAN AYAM/DAGING/IKAN FROZEN.




Gambar : Google n credit pada owner.


Nak tahu tak  cara mudah dan pantas untuk nyah-beku kan sesuatu bahan frozen seperti ayam/daging/ikan yang beku? 
Rendam dalam air panas? Guna microwave?
Selalunya berapa lamakah masa yang anda ambil untuk nyah beku daging/ayam beku?
Tahukah anda, proses nyah beku yang dilakukan itu akan menghilangkan banyak zat/khasiat daripada bahan tersebut?
Malah rasanya juga akan turut berubah.
Baik, sekarang, saya akan ajarkan kepada anda cara berkesan bagaimana anda dapat me’nyah-beku’ daging/ayam frozen dengan cepat tanpa menghilangkan zat/khasiat daging/ayam tersebut.
Malah rasanya juga akan kekal seperti macam daging/ayam segar.
 
Begini caranya ;
 
1.Sediakan air panas (tapi jangan terlampau panas…kalau boleh air tu dalam lingkungan 40 dajah celcius)
2.Masukkan sedikit garam ke dalam air panas tadi ( 1 liter air , 2 sudu besar garam )
3.Rendamkan daging/ayam frozen tadi ke dalam air panas bergaram tersebut
4.Rendam selama 1 minit sahaja (jangan lebih, jangan kurang)
5.Keluarkan daging/ayam tersebut
6.Kalau boleh lapkan daging/ayam yang baru direndam itu dengan kertas/tisu
7.Balutkan daging/ayam dengan plastic wrapping lutsinar
8.Kemudian, masukkannya ke dalam peti ais
 
Dengan cara ini, tempoh nyah-beku akan menjadi bertambah singkat. Dan yang paling penting, zat/khasiatnya tidak akan hilang. Begitu juga dengan rasanya…akan tetap kekal kesedapannya seolah-olah anda makan daging/ayam yang baru disembelih. Tapi itu terpulang pada keadaan sewaktu daging itu di beli juga ya!!, kalau dari mula memang dah tak segar, takkan rasanya pun segar kan.... :P


Nota :
•Garam akan menghalang zat/khasiat daging/ayam daripada mengalir keluar
•Air panas kalau boleh dalam 40 darjah Celsius kerana menurut kajian sains, suhu 40 darjah adalah yang paling baik untuk tujuah nyah beku. Jika air terlampau panas, ianya akan merosakkan structur daging/ayam tersebut
•Bahan-bahan yang sesuai dengan cara nyah beku ini termasuklah ayam/daging/ikan.
 

Monday, 11 July 2011

TIPS UNTUK CEPAT HAMIL...

Ini saya dapat daripada email juga....sharing is caring...:D

Gambar Ihsan En Google


11 Tips untuk mengandung cepat

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.



1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 
menunjukkan berat optimal.