Hi kawan2, tak patut betul saya ni kan, dah 2,3 hari tak update blog, maklumlah masuk hari minggu, kalau hari minggu ni banyak lah sikit aktiviti,bermula dari Rabu malam hinggalah ke Jumaat petang. Haa, kalau korang semua nak tahu, kat sini cuti nya pada hari Khamis dan Jumaat. Banyaklah perkara-perkara yang saya nak share dengan kawan2 semua.Tapi memandanngkan masa yang agak limited, saya terpaksa mengarang mengikut part by part...sabar ye kawan2...:). So, untuk permulaan, saya juz nak kongsi pasal aktiviti pada setiap Rabu malam ditempat kami ni.
Untuk pengetahuan kawan2, kami komuniti rakyat Malaysia di Jubail(KRMJ) ini, pada setiap Rabu malam akan menghadiri ( jika tiada apa2 aral) kelas mingguan agama / usrah. Kebiasaannya, ianya bermula pukul 5ptg dengan xtvt riadah , disambung dengan solat Maghrib dan Isya' berjamaah dan diteruskan dengan kuliah agama, dan selepas kuliah, biasanya semua jemaah dijamu dengan bermacam-macam makanan yang dibawa oleh jemaah jugak (pot luck), tapi Alhamdulillah, kebetulan pula pada malam Rabu baru2 ini, salah seorang keluarga kat sini Puan Norma & En Haswadi telah bermurah hati belanja Kabsah Kambing & Ayam serta 3 biji kek sempena genapnya setahun putera keempat mereka, iaitu Hadeed yang sungguh encemmm tu....:D, Terima kasih yee aunty Norma....so kat sini, tak nak cite banyak la let pictures talk...( bukan banyak sangat pun, ada 3 keping aje, gambar2 tengah makan tak sempat nak snap, bateri habiss pulak)
Inilah orangnya,,encemkan..happy birthday hadeed...:D
Ini pulak Birthday cake Hadeed yg Ditempah dari Kak Maznah
Dan Ini Salah Satu Daripada 5 Dulang Kabsah, Maaflah comot sikit, tukang amik gambor sibuk potong cake tadi...,
Oklah, nanti kejap lagi jika ada kesempatan saya akan sambung tentang "lawatan" saya ke Pasar Tani Qatif yang ala2 Malaysia, malah sangat2 menarik..haaa...kali ini banyak gambar2 dan video yang saya nak share..tunggu tau kawan2...:D, bubaiiii...
aunty iffa...sukeeenya gambar hadeed masuk blog aunty iffa...nampak sangat ummi tak 'jenjalan' blog aunty iffa...hehehe. Ingat juga kat saya ehh mmmuaaahhh tQvM aunty Iffa...
ReplyDeletehehehe, tak pe....blog anty x glemer lagi....:P
ReplyDelete