Tuesday, 26 April 2011

Avocado...

 Kepelbagaian buah avocado.


Masa di Malaysia, susah betul nak dapat buah ni, usahkan nak beli, nak tengok pun susah melainkan dalam iklan2 produk kecantikan di tv aje. Masa tengok gambar buah tu ( biasanya terdapat pada tiub2 pencuci muka), aku teringin sangat nak rasa buahnya. Nak beli tak berani sbb masa tu amatlah jakun, kalau beli pun tak tahu nak makan macam mana...kena masak dulu ke atau boleh makan macam tu aje. Bak kata orang Terengganu darat betull... :P

Setelah menetap di Saudi ni, buah ni merata boleh dapat, bersepah - sepah dan harganya tak adalah mahal sangat. Satu hari tu rasa nak trylah makan buah avocado ni, so belilah dua, satu buat jus dan satu lagi makan macam tu aje..ehhh sedaplah...rasanya tak ubah macam kelapa muda...tak manis,tapi lemak...tak tahulah nak cakap macam mana, tapi pendek kata sedap lah.

Untuk pengetahuan korang, buah ni banyak sangat kebaikan terutamanya pada kesihatan kita, hasil dari sedikit analisis dan pembacaan, avokado ni rupanya adalah antara buah yang tersenarai dalam senarai buah terbaik dunia, ia merupakan antara buah yang lemaknya jenis lemak tidak tepu seperti buah zaitun dan kacang tanah.wahhh ini kira sesuai dimasukkan dalam menu diet seharian ni..:D,..so kat sini aku senaraikan antara kebaikan buah ni :

  • sebagaimana yg dikatakan buah ini mengandungi lemak tidak tepu dan juga mengandungi kadar gula dan garam yang rendah berbanding buah2an lain, so ini pastinya amat sesuai bagi diet yang seimbang.

  • buah ini juga mengandungi byk lagi  nutrien lain seperti vitamin A, B termasuk B6,  C dan E.
  • Selain itu, kandungan "oleic acid"  juga dapat membantu untuk menurunkan tahap kolestrol dalam darah.
  • kandungan vitamin E yg terdapat didalamnya juga amat baik untuk kulit.
  • selain itu, avokado yang sudah masak  amat sesuai dijadikan makan pertama bayi kerana strukturnya yang lembut dan mengandungi lemak mono tidak tepu yang penting untuk tumbesaran bayi.
kalau nak disenaraikan kesemua  sekali, memang terlalu banyak so apa kata kalau korang baca kat SINI.
Dan tips untuk membeli buah ni, kalau nak tahu samaada buah ni dah masak atau belum, caranya bukan dengan memicit buah tersebut sebaliknya sudah memadai dengan menggenggam sedikit sahaja, agar struktur buah tidak rosak.. :D

 p/s : teringat pula saya pada seorang sahabat di sini, yang menjadikan buah ini salah satu alternatif rawatan untk mengatasi masalah kesihatan beliau dulu..Alhamdulillah., dengan izin Allah, sekarang dah sembuh..D

bubaiiii ...:D

No comments:

Post a Comment