Assalamualaikum.
Kali ni cerita pasal resepi sihat jugak...sebenarnya ini pun hutang resepi pada kawan juga. Masih lagi tentang chinese food, tapi kali ni pasal crystal dumplings. Mula2 memang susah nak buat sebab asas resepi ini memerlukan "wheat starch" yg mana memang susah nak cari, kat Malaysia pun susah, kat sini lagi lah kan....jadi, dek kerana minat yang melampau, i buatlah eksperimen guna gantian tepung-tepung seperti tepung pulut ( tak jadi - jadi lembik dan tak cantik), guna tepung beras pun keciwa..dan akhirnya lepas campur tolak bahagi darab, Alhamdulillah, dapatlah mcm yang dikehendaki walaupun mungkin tak sama 100%, tapi rupa tu ada...nampaklah crystal tu..sejujurnya saya tak pernah makan benda alah ni kat kedai2/ restoran, so tak tahulah rasa sebenarnya macam mana...tapi bagi kami yang ini dah cukup yummy.
Resepi asal ialah Prawn Dumplings atau Har Gow yang saya ambil dari SONIA, NASI LEMAK LOVER, tapi saya ubah mengikut bahan-bahan yang ada dan intinya saya letak ayam, instead of udang, jadi namanya Chicken Dumplinglah kot. Kalau nak tengok resepi asal dan cara bergambar boleh klik sahaja link diatas tu.
Dumplings
Sumber : SONIA , NASI LEMAK LOVER
Olahan : Zarif kitchen
Bahan untuk inti :-
( lebih kurang dengan inti siew mai, cuma tambah lada benggala)
( lebih kurang dengan inti siew mai, cuma tambah lada benggala)
*Daging / ayam cincang - saya lebih suka guna dada ayam dan cincang sendiri, so lebih terasa "keayaman" nya hiks
*Beberapa ekor udang - dicincang
(* diperapkan dengan sedikit baking powder selama 15 minit, kemudian dicuci dan toskan, )
2 kuntum cendawan shitake - direndam sampai lembut kemudian dicincang halus
1/2 batang lobak merah - potong dadu halus halus
sedikit lada benggala ( capsicum ) merah dan hijau -dipotong dadu kecil
1tsp gula
sedikit lada benggala ( capsicum ) merah dan hijau -dipotong dadu kecil
1tsp gula
1tsp kicap cair
1tsp minyak bijan
1tsp pati ayam
1tsp garam atau secukup rasa
1tsp halia yang sudah diparut
2-3 biji bawang putih - dicincang
2tsp tepung ubi kayu
* kalau suka boleh letak daun bawang yang dihiris kecil-kecil,
* kalau suka boleh letak daun bawang yang dihiris kecil-kecil,
Cara untuk inti :
Didalam mangkuk, campurkan kesemua sekali bahan diatas , gaul dengan chopstick sampai melekat2 mesra gitu, rasa sikit biar cukup masinnya, kemudian tutup dengan plastik "cling film " dan letak dalam peti sehingga sampai masa nak guna nanti.
Bahan-bahan untuk kulit :-
Ini resepi untuk satu adunan, tapi saya buat separuh adunan,
140g wheat starch ( saya gantikan dengan tepung jagung)
30g tepung ubi kayu
1tsp minyak sayuran ( saya guna minyak zaitun)
280g air
sedikit garam
*10-20g tepung ubi kayu
Cara-caranya :-
1. Campurkan tepung jagung dan tepung ubi kayu
2. Didalam periuk ( saya guna non-stick pan ), masak air hingga mendidih, kemudian masukkan air dan
kecilkan api, masukkan tepung yang disatukan tadi ( tepung jagung dan tepung ubi ) kacau cepat-cepat
agarnya ianya bersatu/sebati. Tutup api
3. Bila dah sebati, letakkan doh yang panas tu atas table top/papan pencanai yang telah disapu tepung ubi
kayu ( *10-20g), ketika doh masih panas, cepat2 uli sampai lembut . ( merah jugak la tangan )
4. Bahagikan doh kepada 10g setiap satu ( terpulang bulatan besar mana yang anda mahu), dengan
menggunakan penggelek, ( rolling pin) canai nipis dan bulat-bulat bentuknya.
--Cara saya, saya bahagikan doh kepada 3 bahagian, saya canai nipis sampai transparent, saya terap dengan gelas ikea - sangat senang ---
5. letak kulit dumplings atas tapak tangan, ditengah letak inti sambil tutup kulit dumplings tu, kepil-kepilkan
keliling dia ( sila rujuk video )
6. Kukus dengan api yang kuat selama lebih kurang 5-6 minit, makan panas-panas dengan cili sos...yummy!!
Sebelum kukus |
didalamnya..yummy tak??? |
NOTA PENTING : Kulitnya tak boleh dibiarkan lama nanti akan patah2 dan tak boleh di bentukkan, sebaiknyan lepas canai tu buat terus.
bila lah nak rasa dumplings iffa buat ni.. huhuhuhuuuu... rindu kamoooooo ;)
ReplyDeletekak neeza, meh sini,iffa buatkan. ..rindu kamoooooo jugoks...:D
Deletehana follow sini sebab sni banyak resepi makanan korea !! huwaaa terliur !!
ReplyDeletesedapnye...
ReplyDeletehttp://ummizubari.blogspot.com/
As salam sis. Saya nak minta izin share resepi ni k. Terima kasih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam sis, nak minta share resepi kat FB Page Kidsme Malaysia, tq
ReplyDeletemandu ni kalau tgk luaran simple je.. tp bila makan perghh sedap wehh
ReplyDelete