Thursday, 25 July 2013

MALAYSIA 2013




Ok..kejadian dah beberapa bulan dulu. Selepas dua tahun tak balik Malaysia bercuti, tapi aku n Nuhin balik dulu, since Cik Arip tak dapat cuti. Kali ni naik OMAN air, transit dekat Muscat 1 jam dan lepas tu terus ke Malaysia. Balik dengan Kak Lily n anak2. Alhamdulillah ada geng...tapi ramai je Malaysian lain yang balik sama-sama.

Flight dari Dammam ke Muscat, kecit je...macam kapalterbang mainan...aku yg tak berapa tinggi boleh capai tempat letak beg..Oklah best jugak..



Airport dia ok la..tak delah boleh buatkan korang sesat..kalau agak2 macam tak jumpa jalan tu, boleh je tanya petugas-petugas kat situ..orang Oman ni semua ramah-ramah, tambah lagi kalau cakap dari Malaysia. Dah selesai semua, duduk je la kat balai berlepas sambil tunggu bas untuk angkut kami ke kapal terbang. Kali ni flight dari Muscat ke KL, agak besar..seat 2, 4 , 2 kalau tak silap.




Lepas selesai letakkan barang, so just duduk tengok movie( movie dia semua best-best..citer melayu pun ada ). Penat2, tidur..sedar dah sampai KLIA. Alhamdulillah...


Dah sampai KLIA, cop passport, nak ambil barang, alamak 2 kotak dah hilang dah...sebab dah lama menunggu, kami pun pergi lah report dan masa tengah buat report, Aunee datang bagitahu ada jumpa dua kotak ( my kotak le tu) dekat toilet... motif ?? kotak aku ada dekat tepi toilet...hermm tak tahulah..apa2 hal pun yang penting kotak dah jumpa...Alhamdulillah.

Dah settle semua pasal luggage, terus keluar dengan perasaan yang sungguh teruja nak jumpa family yang menunggu..ngeeee best jugak perasaan tu ..yelah dah dua tahun you tak balik... :D, lepas dah peluk dan sesi mengalir airmata, kami terus gerak nak ke rumah kakak aku kat Seremban...

Balik kali ni special sikit, sebab kami dah rancang untuk naik bas dari KLIA ke Nilai, pastu sambung naik Komuter untuk ke Seremban. So, lepas letak semua bag ke dalam kereta, kami terus ke tempat naik bas . Kenapa pilih untuk naik bas dan komuter.. jawapannya senang sebab nak bagi pengalaman baru buat budak Nuhin and yes, he's really happy...teruja dan sangat jakun macam kera dapat bunga.....

Cerita bersambung esok..









2 comments: