Salam Ramadhan buat kawan-kawan pembaca
sekelian. Semoga Ramadhan tahun adalah yang terbaik berbanding Ramadhan sebelum
ini. InsyaAllah.
Bagi saya, Alhamdulillah, ini merupakan tahun
ke 3 saya menyambut Ramadhan di sini, Saudi Arabia. Tahun pertama disini memang terasa janggal
kerana waktu puasanya adalah lebih panjang dan berpuasa dalam keadaan suhu
panas membahang yang kadangkala ianya mencecah 50++ darjah. Tapi Alhamdulillah
dapat juga disempurnakan..cuma agak terkilan kerana pada tahun itu, saya tidak
pergi menunaikan solat Tarawikh di masjid. Masa tu ingatkan hanya lelaki sahaja
solat dimasjid.
Dan tahun lepas, antara tahun yang bermakna bagi
saya sekeluarga, kerana Ramadhan pertama disambut di Masjidil Haram, Makkah
Al-Mukarramah. Masih saya ingat ditika itu, pertama kali berbuka di Masjidil
Haram, hati sebak dan sayu sesayunya..hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan
disaat itu...walaupun berbuka dengan hanya SETEGUK ZAMZAM DAN SEBUTIR TAMAR, tanpa
lauk pauk yang sedap, tanpa kuih muih penuh meja, tanpa jus dan teh namun nikmatnya
amatlah tidak terhingga, tak dapat di luahkan dengan kata-kata. Alhamdulillah.
MashaAllah, Subhanallah, Allahuakhbar |
Walaupun dalam keadaan umat manusia yang bersesak-sesak,
sempit, , namun dengan izin Allah, insyaAllah tempat kita pasti ada...MasyaAllah..Allahuakhbar...Masih
saya ingat ketika laungan Azan Maghrib dilaungkan, saya masih mencari2 tempat
duduk, tiba2 ada seorang makcik menarik saya untuk duduk disebelahnya
berdekatan dengan tiang dan berhadapan dengan deretan air zamzam, manakala
suami saya mencangkung dihadapan saya, dan kami diberikan beberapa biji tamar,
gahwah dan air zamzam dan ketika suapan pertama buah tamar ke mulut, tiba-tiba air mata
bercucuran, tanpa henti,,...perasaan tak dapat digambarkan., saya rasakan diri
ini amat kerdil, melihatkan keadaan keliling, semuanya menikmati juadah berbuka dengan tamar, gahwan, air zamzam dan jika ada yang lebih sikitpun roti, namun diwajah mereka semua memaparkan perasaan yang sungguh indah..mereka betul-betul menikmati hidangan itu dengan penuh syukur, MasyaAllah. Tiba2 saya rasa termalu sendiri...saya kalau berbuka tak sah kalau hidangan tak penuh meja. Tak habis buang saja. senang bukan. Astaghfirullahaladzhim..Semoga Allah ampunkan saya. InsyaAllah ianya tidak akan berulang.
Alhamdulillah, pada tahun itu juga, saya
berkesempatan menunaikan solat Tarawikh di masjid2 sekitar Jubail hingga ke
penghujungnya dan paling menarik kami dapat solat Tarawikh berimamkan imam muda
yang umurnya 11 tahun..MasyaAllah, alunan ayat2 suci al-quran dan doa qunutnya
amat menyentuh sanubari, dan tanpa sedar air mata pasti mengalir, kemerduan bacaannya membuatkan kita seolah-olah tidak mahu mengakhiri solat tersebut, MashaAllah, Subhanallah.....Ini
memang betul-betul pengalaman baru buat saya Nuhin juga sangat teruja kerana sangka imam itu sebaya dia, setiap hari lepas solat, masuk je kereta, dia akan cakap, "Ummi, I want to be like him...I want to read Quran in the Masjid same
like him. Alhamdulillah..moga berjayalah suatu hari nanti, ameen.
Untuk pengetahuan, disini, kebiasaannya, solat
terawikh akan dilewatkan sedikit..ya;ni
tidak terus solat selepas solat Isya' seperti mana di Malaysia. Dan jika di
Malaysia Doa Qunut akan dibaca bermula pada 15 malam terakhir, namun di sini
Doa Qunut akan dibaca bermula malam pertama solat Tarawikh, juga kebiasaanya untuk
10 malam terakhir, solat terawikh akan di buat 4 rakaat sahaja pada awal malam,
makmum akan balik dan pada pukul 12 malam, makmum akan datang semula dan akan
disambung semula tarawikhnya berserta doa yang sungguh syahdu..MasyaAllah,
malam -malam 10 terakhir ini doanya lebih panjang dan biasanya si imam akan
membaca sepenuh hati bagi memohon keampunan dari Yang Maha Esa.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua. InsyaAllah,
ameen..anda adalah insan yang bertuah kerana dpt merasai berpuasa di tanah suci.........
ReplyDeleteAlhamdulillah, sebenarnya kita semua beruntung kerana masih lagi dapat menjalani ibadah puasa pada Ramadhan tahun ini.
ReplyDelete