Monday, 25 April 2011

Belajar untuk menghargai

Hari ni, ketika nak masak, tengok2 stok bawang putih dah habis...masa tu tercari2lah kot2 ada tertinggal seketul dua dicelah2 bawang merah, tapi hampeh tak de..terus terbantut kerja2 nak memasak...hilang mood..terasa menyesal sangat kerana sebelum ni lebihan bawang putih terutama yg kecik2 tu, terbiar kering begitu sahaja..dalam hati berkata, kalaulah yg tu aku tak buang, mesti boleh guna sekarang ni...teringat saya akan kata2 ini, manusia akan menghargai sesuatu apabila kehilangan sesuatu, memang sungguh tepat sekali kata2 itu...

 nilai sebuah kasih sayang..
i like this photo very much.it's nuhin n his cousin when he was only 2 years @ Pantai Dungun..what a nice place.
Begitu juga dalam ikatan sebuah persahabatan,kekeluargaan dan perkahwinan...kadang2 dalam bergurau, berkata2 kita terlupa untuk menjaga perasaan orang sekeliling kita..Saya pernah terbaca, memang susah untuk menghargai orang lain terutamanya mereka yang rapat dengan kita,kadang2 tanpa kita sedar kita selalu mengabaikan perasaan mereka..dan saya secara personal merasakan pendapat itu benar, kerana secara fitrahnya setiap manusia selalu ingin “dihargai”, bukan “menghargai”. ya'ni. manusia itu selalu ingin “difahami”, namun jarang sekali berusaha untuk “memahami”. Kesannya,  agak sukar untuk menerbitkan rasa hormat dan menghargai orang lain.

Dalam menjalani kehidupan seharian, sebagai hambaNya kita perlu belajar untuk menghargai apa saja yang kita miliki khususnya insan bernyawa disekeliling kita..dengan menghargai maka diri kita menjadi berharga.. So marilah kita sama2 memulakannya dengan cara mencari kelebihan-kelebihan setiap orang yang kita temui  tanpa melihat kekurangan mereka, dengan cara itu, Insya'Allah, kita  dapat melihat mereka sebagai orang yang berharga dalam hidup kita. Dalam pada itu, jangan kita lupa untuk menghargai diri sendiri juga ya....:D.




No comments:

Post a Comment