Sebenarnya ini siaran tergendala, dah berbulan janji nak letak resepi ni, dan Alhamdulillah, hari dapat jugak I masukkan resepi kegemaran sepanjang masa....dah la senang, sedap pulak tu..tak caya? ,cercuba. Resepi asal dari blog Nasi Lemak Lover (sonia) tapi saya ubah mengikut apa yang ada dalam dapur. Kalau nak tengok resepi asal dan gambar yang lagi cantik menarik, boleh lah ke SINI.
Siew Mai
Sumber : Nasi Lemak Lover
Untuk Kulit :-
Tepung gandum + air
Kalau nak warna macam kat atas tu, buat mcm ni:-
Merah/ pink = guna food colouring aje.
Hijau = tepung + jus bayam
Kuning = tepung + pumpkin puree
Putih = tepung biasa + air
Cara :-
Satukan tepung dengan bahan cecair ( air / jus ), uli sampai lembut tapi tak lembik, Agak2 kita boleh canai sampai nipis tapi tak pecah / putus , lebih kurang macam nak buat karipap tu( errr boleh paham tak, tak paham tanya ehh )
Lepas tu canai nipis adunan tersebut, kemudian potong bulat mcam nak buat karipap tu ( saya guna cawan plastik ikea, terap2 aje - senang cerita)
Bahan untuk inti :-
*Daging / ayam cincang - saya lebih suka guna dada ayam dan cincang sendiri, so lebih terasa "keayaman" nya hiks
*Beberapa ekor udang - dicincang
(* diperapkan dengan sedikit baking powder selama 15 minit, kemudian dicuci dan toskan, )
2 kuntum cendawan shitake - direndam sampai lembut kemudian dicincang halus ( saya tambah)
1/2 batang lobak merah - potong dadu halus halus ( saya tambah)
100 gm water chestnut - dicincang ( tak letak )
1tsp gula
1tsp kicap cair
1tsp minyak bijan
1tsp pati ayam ( tak letak)
1tsp garam atau secukup rasa
1tsp halia yang sudah diparut
2-3 biji bawang putih - dicincang ( saya tambah)
2tsp tepung kentang ( saya guna tepung ubi kayu )
Cara untuk inti :
Didalam mangkuk, campurkan kesemua sekali bahan diatas , gaul dengan chopstick sampai melekat2 mesra gitu, rasa sikit biar cukup masinnya, kemudian tutup dengan plastik "cling film " dan letak dalam peti sehingga sampai masa nak guna nanti.
Bahan untuk Toppings :
Lobak merah - buatlah apa2 bentuk ikut kreatif
Kacang buncis - yang dipotong bulat2 kecil
Lotus root - dipotong ikut kreativiti
Apple - dipotong dadu kecil
Jagung manis - yg macam jagung dalam cup tu
Daun ketumbar
Cara nak buat siew mai :-
1. Letak kulit siew mai yang telah di canai bulat nipis tadi atas tapak tangan.
2. Letak satu sudu besar inti ditengah2 dan tekan dengan belakang sudu yang basah
3. Kemudian tutup keliling sepit2 / cubit2 tepi dia ( sumpah tak reti ai nak buat ayat yang ni),biar jadi macam
cawan / mangkuk comel ( kalau tak paham nanti aii cari video kat utube)
4. Susun dalam pinggan yang dialas dengan daun pisang atau apa2 yang boleh mengelakkan ianya melekat,
simpan dalam peti seketika untuk bagi ianya lebih "firm".- kejap je 5 minit kot
5. Susun dalam kukusan dan kukuslah selama lebih kurang 7 - 10 minutes.
( kukus tu saya alaskan dengan helaian kobis..jadi nanti kobis kita boleh makan sekali- sedap tau)
6. Hidang panas-panas ....
Sebelum kukus |
Yummsss |
Kalau sejuk, kulit sedikit liat, so kena panas kan balik..
p.s, selamat mencuba dan mohon maaf sangat2 sebab aii memang tak pandai nak mengarang resepi...^_^
Salam pagi Khamis,
ReplyDeletenampak sedap sangat ...nak sikit...hehehe
baca resepi dan cara buat mmg mcm mudah, tapi akak ni..mmm...mmm...agak "rajin" sikit ...hehehe
salam kak azzah, ini memang resepi kegemaran sepanjang zaman. Senang sangat membuatnya. Cubalah kak.InsyaAllah tak menyesal.
ReplyDelete