Teringat lagu Fauziah Latif yang popular zaman dolu2, jom kita nyanyi sket..
Tua Mengejar, pasti tiba saatnya...
kita merasa hidup tak segagah waktu remaja,
dimana tenaga menyala2..
Betullah kot, kalau dulu nak berdiri 2 hari 2 malam pun takde hal, tapi sekarang, berdiri 20 minit pun semua sendi dah sakit2..kalau dulu masa saya remaja, saya tertanya2 macam manalah agaknya yer, bila saya berada di fasa 30-an...sekarang apabila dah merasai fasa 30-an, hati tertanya2 pula bagaimana agaknya rasa berada di fasa 40-an..dan begitulah seterusnya persoalan yang tak pernah habis, itupun jika diberi kesempatan untuk merasai nikmat hidup pada peringkat umur tersebut.
Gambar sekadar hiasan, ini salah satu gambar kegemaran dalam koleksi saya, renungan pakcik ini membawa 1001 makna. Sentiasa tersenyum ketika berbicara, Terima Kasih Pak Cik atas segala nasihat. |
Jika tidak diberi kesempatan bagaimana ya?? Sebenarnya, bagi saya fasa umur tidak penting kerana umur hanyalah angka semata, umur sebenar kita apabila, mata tertutup, nafas terakhir terhenti, maka itulah umur sebenar, jadi dah bersediakah saya untuk menghadapi semua itu, apalah bekal yang bakal saya bawa ke "sana" nanti.......
No comments:
Post a Comment