Ermm, entri pasal Eid In Dubai dah dimasukkan,jadi sekarang nak cerita dari mula2 perjalanan ke Dubai, # by # ye. Jadi untuk ntri kali ni nak cerita dari hari mula-mula kami bertolak ke Dubai iaitu hari Rabu, 24.08.2011 lebih kurang pukul 1.00 petang.
Lebih kurang pukul 3.00ptg, kami sampai ke pekan HOFUF, Al-Ahsa. ,pekan ni agak popular juga dikalangan pelancong, ada mengatakan bahawa tempat ini mempunyai lagenda tersendiri seperti disini lah tempat pengebumian pasangan Laila dan Majnoon.
|
Hofuf, Al-Ahsa |
|
Salah satu daripada ladang2 kurma yang terdapat disini |
Selain itu, di Hofuf juga mempunyai rangkaian Oasis terbesar di Saudi ARabia, yang mana kewujudan oasis2 secara tidak langsung, menyebabkan kita disajikan pemandangan hijau dikiri dan kanan perjalanan, menjadikannya seolah2 kita memandu di negara sendiri. ( perasan kejap ). Hofuf , Al-Ahsa merupakan tempat yang menghasilkan paling banyak pokok Kurma . Dan jika anda teringin nak makan kurma yang paling enak dan manis silalah datang ke Hofuf dan Al-Ahsa kerana disinilah terdapatnya kurma yang paling enak dan manis. Selain tarikan kurma yang manis, di Hofuf juga terdapat tempat2 bersejarah seperti kubu lama, Gua Batu Kapur dan juga Souq ( pasar ) yang menarik. Untuk maklumat lanjut boleh lah ke
SINI.
Selepas melewati pekan Hofuf, AL-Ahsa, kami meneruskan perjalanan, target untuk sampai di Border sebelum Maghrib, dan berbuka di persinggahan stesyen minyak terakhir sebelum border. Alhamdulillah sebagaimana yang dirancang tepat2 azan Maghrib, kami sampai di hentian tersebut.
|
Kedai sebegini memang banyak ler kat hentian, tapi semuanya memang mahal.... |
|
Ikut kata GPS, kul 11.58 sampai... |
|
Jalan Lurus, besar dan kiri kanan padang pasir....luas mata memandang..hebatkan cipataan Allah SWT |
|
Batha |
Pengalaman berbuka dalam permusafiran kali ini memang tak dapat saya lupakan..begini ceritanya, ketika En hubby membelokkan kereta ke hentian tersebut bagi mencari tempat berbuka ( port yang selesa untuk buka bekal), sewaktu hubby melalui sekumpulan lelaki ( Saudi, India, Pakistan etc,) yang sedang berbuka, merka melambai2 kami mempelawa untuk berbuka bersama2, untuk mengambil hati dan meraikan, hubby saya memakir kereta berhampiran mereka sekadar untuk bersalaman dan minum air, sebaliknya 2 orang warga arab berlari2 kearah kami menghulurkan 2 botol air mineral, beserta kurma .....saya waktu itu rasa sangat terharu....belumpun sempat sebiji kurma saya telan, pemuda arab tadi datang lagi dengan sedulang makanan dan memberitahu kami agar makan didalam surau wanita yg dilengkapi hawa dingin. Disini seperti yg kita sedia maklum, mereka menghormati wanita, dan wanita sama sekali tidak boleh berada dimajlis yang dihadiri bukan muhrim, jadi saya dan suami disuruh makan dibilik solat wanita...
|
Rezeki dari Allah SWT untuk Iftar, Alhamdulillah |
Ketika makan,saya tiba2 terasa syahdu,,,rasa bersyukur sangat ke hadrat Allah atas segala limpah kurniaNya....walaupun kami bukan warga Saudi, tetapi layanan yang diberikan amat baik terasa seolah2 sangat muliakan sedangkan siapalah kami ni...walaupun hanya berbuka dengan keadaan yang ala kadar, tapi itu sudah sangat2 cukup....pada minit2 pertama, saya tak dapat menikmati juadah,, kerana terlalu terharu...saya menangis tak henti (syahdu babe, kalau korang alami baru korang tau ) sampai En Suami panik...heheheheheh......bila kenangkan balik macam kelakar pun ada..
|
Makanan inilah yang buat aku menangis terisak2...rasa kerdilnya diri ini, rasa betapa aku kurang bersyukur atas segala pemberianNya selama ini.... |
|
Ini Kopi Arab, dipanggil Gahwah, rasanya sangat pahit ( tak letak gula tau), biasa diminum dalam cawan kecil bersama2 dengan kurma, cara minum, minum kopi sikit terus gigit kurma, so rasanya balance. Gabungan manis kurma dan pahit kopi ni menjadikannya rasany sangat sedap..lemak2 gitu... |
|
Makaroni goreng tuna...sedap pulak...dalam sedih2 tu aku boleh abiskan lebih dari separuh..tinggalkan untuk En hubby...:D |
|
Ini Sup Ayam, lainkan dari sup ayam kita. sup ini dicampurkan dengan kacang dhall, tapi rasanya memang sedap sangat....Alhamdulillah... |
Selepas beberapa ketika, keadaan reda, barulah boleh menikmati juadah tersebut...kebiasaannya di sini, pada bulan puasa, memang ramai dermawan yang berlumba2 mengumpul pahala dengan menyediakan makanan2 untuk berbuka pada para musafir...biasanya makanan dan minuman diletakkan di hentian2 minyak, masjid, dan juga diagihkan melalui polis2 yang bertugas di checkpoint tertentu.
Usai menunaikan solat Maghrib kami meneruskan perjalanan ke Border Saudi....Insya'Allah di sambungan yang akan datang, saya akan menceritakan tentang cara dan porsedur serta dokumen yang diperlukan beserta tips...nantikan ye....:D
bestnye....kisah yang menarik...x sabar utk next episode....;)
ReplyDeletetochee...tochee..tochee miss cotton
ReplyDeletekak neeza pulak yang meleleh air mata baca cerita Iffa ni...
ReplyDeletetulah kak neeza, bila mengalami sendiri terasa betapa Allah itu menyayangi hambaNYA kan walaupun kadang2 kita ni selalu lupa....
ReplyDelete