Tuesday, 1 January 2013

Potato Hut, Dubai Mall


Potato Hut

Pernah makan tak? Ya Ampunnn punyalah sedap. Kesahnya begini masa tgk orang makan haritu I cakap, alah potato je kot dengan nada penuh berlagak.
Tapi hari tu masa jalan-jalan dekat Dubai Mall, terasa pulak nak beli. Potato Hut ni kedai yang jual kentang bakar yg dilecek dan dicampur dgn apa2 filling yg kita nak. Ada beberapa fillings seperti sausages, tuna, beet root, steak (daging steak yg dipotong kecil),
Bbq chicken dan mcm2 lagi. Sayur spt lada benggala, salad, sweet corn pun ada. Kentang yg dah dimasak, akan dicampur dgn filling pilihan kemudian ditutupi dengan mozarella cheese dan dibakar. MasyaAllah memang sedap rupanya. Pendek kata, It's more than potatolah.


My Version of Baked Potato

So sbb sdpkan balik rumah I buatlah eksperimen sendiri n ce teka jadi tak? Alhamdulillah sedap malah lagi sedap kot dr kedai sebab boleh letak apa sahaja filling yang u nak dan berapa banyak nak letak pun x pe.  So apa lagi marilah tengok resepi baked potato version I ni.

yummssss yummsssss yummssss


Alhamdulillah.. Tak sampai 5 mimit dah licin tau..

Ok ,buatnya terlalu senang dan InsyaAllah sedap Bahan2 :-
1)Beberapa biji ubi kentang yang bersaiz    besar / sedang.
2) butter - salted 2 sudu
3) mozarella cheese - ikut citarasa
4) jagung manis
5) capsicum
6) sausages / hotdog / frankfurter
Cara2:
Kentang dibasuh kemudian dilapkan dengan tuala bersih. Kemudian bakar dlm oven sampai masak. Saya balutkan kentang dengan foil. Bila kentang tu dah masak, masukkan kentang yg sebiji tu dlm bekas yg muat2 je kentang tu dan potong dua kat tengah2 tapi jangan sampai putus tau, sbb nanti nak korek2 isi kentang nak hancurkan dia tapi still nak keadaan mcm sebiji ( errr paham tak? Kalau x paham refer kat gambar last yg kentang kosong tu).
Bila dah hancur semua ambik 2 sudu besar butter gaulkan sekali dgn kentang sampai sebati. Lepas tu masukkan apa2 filling yg uols suka. Macam I, letak frankfurter yg dipotong kecil dan sweet corn yang macam corn in the cup tu. Then taburkan mozarella cheese kat atas dan bake lagi skali sampai cheese tu mencair ( eh betul ke ayat ni) atau hangus2. Pastu bolehlah letak apa2 sos yg uols suka. I letak chili sauce n mayonaise. Yummy tauu.
Note : filling tu boleh ltk apa2 yg uols suka ikut kegemaran.

1 comment:

  1. kat Restaurant Wendy's ada jual...mmg selalu beli bila teringin..boleh jer try buat sendiri kot ikut citarasa sendiri..

    kak yati, kd

    ReplyDelete