Filem ini merupakan salah satu filem kegemaran aku dan Mr hubby. Laskar Pelangi,sebuah filem Indonesia, yang dah berkali - kali aku tonton, dan setiap kali itulah aku akan menangis bila tiba di part yg paling akhir....sedihhh seeeyyy
Filem ini sebenarnya diadaptasikan hasil dari sebuah novel karya Andrea Hirata. Berlatarkan suasana 1970-an, bagi aku filem ini sangat sangat menarik dan menyentuh rasa. Kenapa, mari aku ceritakan., mengisahkan hari pertama pembukaan kelas baru sekolah SD Muhammadiyah, sebuah sekolah kampung yang sangat uzur dan daif, Memiliki hanya seorang guru perempuan dan seorang kepala guru ( guru besar) (sedih tau tengok sekolah mereka sungguh menginsafkan) Situasi menjadi cemas kerana, pada hari pertama pembukaan kelas baru, hanya 9 orang murid yang mendaftar sdangkan jumlah minimum untuk membuka kelas adalah 10 orang, jika tidak, sekolah terpaksa ditutup. Akhirnya, kehadiran Harun menamatkan penantian 2 orang guru lantas menyelamatkan sekolah tersebut daripada ditutup. Maka dengan itu kelas mereka bermula dan guru wanita mereka yang bernama Bu Muslimah telah menamakan mereka sebagai Laskar Pelangi.
Filem ini banyak mengisahkan tentang kehidupan pedalaman yang sangat daif dan miskin, kesusahan dan ketabahan pelajar-pelajar dan guru mereka dalam menggapai pelangi. Saya masih ingat lagi, apabila seorang murid ( saya sudah lupa namanya), yang ditugaskan ke kedai cina bagi mengambil kapur tulis dan kapur itu diambil secara hutang...suatu hari, sewaktu kekedai untuk mengambil kapur seperti biasa, dia terlihatkan tangan anak tauke yang sungguh putih menghulurkan kapur melalui satu tingkap kecil dan terus jatuh cinta,..( adengan ini amatlah lucu - anda perlu tonton utk merasainya..tak tahu nak gambarkan macammana) dan ada juga dimana satu ketika, keadaan menjadi sangat sedih apabila sekolah dilanda ribut, dan pondok sekolah mereka banyak yang rosak serta perlu dibaiki. Dengan keazaman yang kuat, mereka semua bergotong royong membaiki sekolah tersebut termasuk kepala guru, Pak Harfan. Sungguh menyentuh!
Selama 5 tahun mereka belajar disekolah tersebut, bersama2 Bu Muslimah dan Pak Harfan ( guru besar), mereka berjuang habis-habisan untuk meneruskan, memastikan sekolah ini terus berdiri. Terlalu banyak tekanan yang diterima antaranya daripada jabatan pendidikan yang mendesak supaya menutup sekolah ini.

Filem ini juga menyelitkan tentang betapa pentingnya nilai persahabatan yang mana mampu menyelamatkan hidup manusia, yang secara fitrahnya memang memerlukan, dan saling bergantungan satu sama lain. Kesemua pelajar ini memiliki kecekalan hati untuk meneruskan persekolahan mereka, begitu jua dengan dua orang guru mereka. Semangat guru mereka itu boleh dilihat, apabila Kepala Guru mereka meninggal dipejabat sekolah., sungguh tragis, saya teresak juga semasa menonton adengan ini......
Kematian Pak Harfan, memberi impak yang besar kepada Bu Muslimah, yang mana beliau terpaksa sendirian mengajar 10 murid dan menghadapi cabaran sehingga terbit rasa putus asa, namun, atas dorongan dan semangat waja dari 10 murid ini, beliau kembali bersemangat mempertahankan SD Muhammadiyah. Diantara 10 orang murid ini, terdapat 3 orang murid yang benar2 pintar iaitu Ikal, Lintang dan Mahar yang mana kerana kecerdasan dan kepintaran merekalah yang mendorong murid2 lain. Lintang adalah pelajar pintar yang boleh melakukan pengiraan hanya menggunakan imaginasinya, kelebihan itu telah menaikkan nama sekolah apabila mereka meraih kemenangan dalam pertandingan kuiz antara sekolah. Namun begitu, kegembiraan yang dikecapi tidak lama, apabila dia pulang ke rumah untuk memberitahu bapanya(ibunya telah mati) tetapi, sebaliknya berlaku apabila mendapati adiknya menangis mengatakan bapanya tidak pulang2 sejak tadi..(ayahnya meninggal ketika keluar ke hutan)..serentak dengan itu, dunia Lintang menjadi gelap kerana terpaksa berhenti sekolah lantaran perlu bekerja untuk menanggung adiknya..Disaat ini, masih terbayang2 ekspresi muka Lintang..sungguh mampu buatkan saya menangis teresak2 lagi....huhuhuhu
Akhir kata, tarikan cerita ini banyak dibantu oleh pelakon hebat kanak2nya yang pandai bermain dengan emosi wajah, yang mana ada ketikanya boleh membuatkan kita gelak sakan dan ada ketikanya boleh buat kita teresak2 .......Filem ini mempunyai sekuelnya iaitu " Sang Pemimpi" yang juga sangat menarik...nanti ada kelapangan, saya akan kongsikan dengan kawan2 yer....
No comments:
Post a Comment