Wednesday, 5 October 2011

KISAH TAUGEH

Suka makan taugeh?? Taugeh dalam hidup orang melayu ni penting la jugak, selain dari byk khasiat, ianya juga menjadi pelengkap dalam hidangan masakan seharian kita...tak lengkap rasanya kalau makan laksa ke, mee rebus ke dan lain-lain makanan yang sewaktu, kalau tak de taugeh. Tapi kali ni tak nak cite pasal khasiat taugeh, cuma nak cerita tentang susahnya nak makan taugeh kat bumi Arab ni...

Bukan tak ada,tapi susah sangat nak dapat..kalau ada pun harganya agak mahal dan kualiti tersangatlah kurang memuaskan hati. Kalau taugeh yang kecik2 dari kacang hijau tu sebekas kecik dalam SR4 lebih, tapi kalau taugeh yang besar-besar panjang dan gemuk tu SR15..mahalkan...

Dulu, masa kecik2 teringat arwah mak cerita masa hidup susah, arwah dengan kakak no.1 dan no.4 tanam taugeh, lepas  3 hari pergi kutip dan jual dekat kedai, dapatlah duit untuk belanja hari tu. Tapi masa dengar cerita  tu saya tak pernah nak ambik tahu macammana nak tanam dan menghasilkan taugeh yang segar, gemuk macam kat kedai, rugikan, emas dah depan mata, tapi tak nak gali..nyesal pun dah tak guna..

Jadi bila kat sini, untuk mendapatkan taugeh yang segar, bersih dan halal, terpaksalah saya mencari cara dan ambil alternatif untuk tanam dan tuai sendiri, mula2 buat tak jadi, saya cuma rendam dan tutup dengan kain, taugeh saya keluar pendek2, tak nak panjang pulak ekornya, lepas tu buat sikit research , kali ke dua buat, saya guna "Black Eye Bean" yang mana kacang ini senang nak dapat kat sini dan Alhamdulillah menjadi, segar,gemuk, dan panjang,sedap pulak tu, lemak gitu...kira puas hatilah.. :D

Inilah Black Eye Bean

Selepas 3 atau 4 hari boleh lah di tuai
Lepas tu buat eksperimen lagi, kali dengan kacang hijau, pun jadi..suka..suka sangat.Beza kedua2 kacang ni, kalau guna kacang hijau taugeh nya still cantik tapi tak lah panjang mcm "Black Eye Bean", tauge kacang hijau ni sesuailah dimakan dengan laksa atau apa masakan yang gunakannya sebagai eksesori..tapi kalau guna "Black Eye Bean" tu pandangan saya kurang sesuai digunakan sebagai ekesesori sebab ianya terlalu besar...dan kepalanya tu agak besar..rasa macam makan kacang je nanti..tapi kalau nak buat sayur lemak ke, atau goreng kicap untk makan dengan nasi ayam amatlah sesuai dan enak


Taugeh dari Kacang Hijau

Taugeh Kacang Hijau Selepas 3 -4 hari

Cara Nak Tanam Taugeh :

Kacang direndam dahulu semalaman
Letakkan tuala / guni basah dalam bekas berlubang ( saya guna kukusan )
Kemudian masukkan kacang yang telah direndam semalaman
Tutup kacang dengan sehelai tuala lembab
LEtakkan bekas ditempat gelap, dan pastikan tuala atas yang menutupi kacang tersebut hendaklah sentiasa basah. Jangan biarkan ianya kering,..nanti tak jadi plak taugeh tu.
Selepas 3 - 4 hari boleh la dituai ...:D



Taugeh Black Eye Bean - Lebih panjang dan besar

Taugeh Kacang Hijau - Lebih kecil berbanding gambar di atas





Ok Selamat Mencuba...bye

2 comments: