Setelah 2 tahun.....
Setelah 2 tahun menyepi dari dunia penulisan maya ini, tiba2 terdetik utk pula hati ini untuk memulakan "rumah" baru...buat teman2 blog yg lama, maafkan saya ye sbb lama sungguh menyepi lantaran kesibukan yg memang sengaja dibuat2...tapi kerana kalianlah saya kembali..kalianlah semangat saya...sekali lagi terima kasih atas sokongan , email2 yg masih lagi sampai bertanya khabar...terima kasih.

Kalau dulu segalanya tentang Malaysia, sekarang kita berjalan agak jauh sikit iaitu Saudi...kini segalanya tentang Saudi....tapi Malaysia tetap di hati tau..:D, kalau diikutkan selama 2 tahun menyepi, tentu sekali banyak peristiwa pahit manis, suka duka yg nak saya kongsikan, tapi nanti lah, jika ada kelapangan akan saya coret dan lakarkan sedikit demi sedikit.
So, memandangkan ini entri pertama saya setelah bertahun, saya nak kongsikan satu pengalaman yang tak ternilai buat kami sekeluarga...pengalaman saya sendiri....pengalaman yang amat menyedarkan saya bahawa Allah itu Maha Berkuasa....Allahuakhbar.....
UMRAH
Alhamdulillah dan syukur pada Allah, hari ni 20hb April 2011, kami akan bermusafir lagi, menuju ke tempat impian seluruh umat Islam iaitu ke Makkah Al-Mukkarammah. Semoga segalanya dipermudahkan Allah SWT.
Kami bertolak pada pukul 3:00 petang waktu Saudi, dan berjanji utk berjumpa Nasir di hentian pertama highway. Alhamdulillah buat masa ni perjalanan memang lancar aje..Nuhin masuk kete memang terus tido…Highway Dammam Airport adalah merupakan salah satu highway kegemaranku, tambah lagi pada waktu petang2 begini…dapat tengok banyak betul unta2 dikiri dan kanan highway….kalau nasib baik dpt tengok unta melintas jalan dan kalau sempat, siap blh bergambar lagi..heheh, entah kenapa, walaupun dah lebih setahun menetap di Saudi ini, keterujaan dan kejakunan tengok unta masih lagi ada..pelik betulll, selain dari highway ini ada lagi satu highway yg menarik ya'ni Highway Dammam- Riyadh kat sini pun cantik sangat pemandangannya..tambah2 lagi ketika matahari jatuh…dgn padang pasir yg kemerah-merahan dilimpahi cahaya matahari, deretan pokok tamar dan dilengkapi dengan kehadiran unta yg berjalan pulang ke kandang…Masya'Allah memang cantik.Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT, Alhamdulillah aku diberikan kesempatan melihat semua ini..dan, lagi satu pemandangan menarik yang memang tak kan dapat kita lihat di Malaysia ialah, banyak kereta2 berhenti ditepi2 highway baik keluarga atau yang bujang..mereka berhenti bukan kerana penat,tetapi berhenti utk menunaikan solat pada setiap kali masuk waktu. Rasa sejuk dan tersentuh sangat hati waktu melihat semua itu..meraka hanya bersolat beralaskan tikar atau hanya beralaskan pasir,,,disini yg ingin aku katakan panggilan azan dimuliakan dan didahulukan…masuk saja waktu solat, semua orang akan solat tak kira dimana, tepi jalan, tepi pantai, atau dimana sahaja....Masya’Allah….
antara gambar yg nak dikongsi
Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar, kami tak de la bawak laju sangat…kali ini kami mengamal sistem pemanduan berhemah..almaklumlah…banyak mpv berkamera duk menunggu kat tepi jalan, takut nanti dapat "surat cinta" plak. Kami sampai di Riyadh lebih kurang pukul 8 malam,juz rehat kejap n makan bekalan yg dibawa, aku ni memang suka kalau berjalan bawa bekal dari rumah, lebih terjamin kebersihannya. Alhamdulillah…kenyanglah kami malam tu…..lepas makan dan solat isya’ kami pun meneruskan perjalanan, memandangkan malam masih muda , kami memutuskan utk meneruskan perjalanan. Ehermmm bila perut dah kenyang, driver mula la mengantuk….cik abe aku ni sampai tak leh buka mata….penat lah aku duk menepuk dan mengejutkannya….Setelah dua jam lebih perjalanan, akhirnya dalam keadaan yg sedikit penat..kami sampai di sebuah hotel ( tak taulah nama apa hotel tu) , tempat tu lebih kurang 200km dari Riyadh. So lepas cik abe melihat keadaan bilik n bincang pasal harga, kami bersetujulah bermalam disitu…dengan harga bilik ( more to apartment sebenarnya) SR150, terdapat satu bilik mandi, ruang dapur yg agak besar ( kalau family ramai boleh aje bawak comforter duduk kat situ ) dan juga satu bilik tidur yg selesa…boleh dikatakan sangat berbaloilah dengan harga SR150 tu.
Kami masuk bilik, bersihkan badan dan terus tidur….lena betul, kurang lebih pukul 4 pagi, usai menunaikan solat subuh, kami meneruskan lagi perjalanan.Alhamdulillah, sekali lagi Allah mempermudahkan perjalanan kami..best ajee jalan sbb tak bayak kenderaan. Yang kelihatan hanyalah lori2 yg memakir di kawasan yg disediakan, mungkin utk merehatkan badan dan tidur….kami meneruskan perjalanan, makan pagi cik abe hanya beli sandwich dan shai sahaja..ok aje aku boleh je telan…:D…dah setahun lebih diajar dgn makanan mcm ni….sedap apa..:D
Ini adalah gambar hotel yg kami bermalam di Quwaiwiyah(maaf ejaan mungkin x tepat)
Lebih kurang pukul 1:00 petang kami sampai ke tempat Meqat Al-Sayl. Nasir yang sampai dulu, dengan baik hati telah pun “membooking” bilik untuk kami berehat dan mandi…Alhamdulillah. Kami selesai agak cepat, mungkin kerana hanya 3 orang, so kami memutuskan utk meneruskan perjalanan terlebih dahulu n berjanji untuk jumpa nasir di Masjidil Haram.. Lebih kurang 1 jam perjalanan, kami tiba di Bandar Makkah,seperti biasa keadaan Bandar Makkah memang tidak pernah sunyi dari kesibukan kenderaan2, manusia 2 serta kerja2 pembinaan yang mana keadaan ini menyebabkan banyak jalan yang ditutup. Dan keadaan ini agak menyukarkan kami utk ke tempat pakir kereta , yang menyambungkan kepada hotel yg akan kami duduki ya’ni hotel As Safwah Tower Orchid Royale..dan disinilah dugaan bermula.
DUGAAN DITANAH SUcI...
DUGAAN DITANAH SUcI...
Akibat agak sukar hendak ke tempat pakir hotel tersebut, cik abe mengambil keputuskan utk memanggil sebuah teksi bagi menunjukkan jalan, setelah mendapat sebuah teksi yg bersetuju, kami terus mengikutinya dan Alhamdulillah dalam masa beberapa minit,, kami tiba didepan Safwah Tower, setelah membayar sebanyak SR20, kami terus ke tempat pakir kereta, yang cajnya agak mahal iaitu SR15/hour. So bila dah sampai kat lobby hotel, hubby ke kaunter utk check in ..dan kami sedikit kecewa bila dpt tahu yg bilik belum sedia, walaupun reservation dah dibuat 2 hari in advanced. Disebabkan itu, kami perlu menunggu dalam 2-3 jam lagi…tapi aku redha aje, mungkin ini dugaan , dan Alhamdulillah Nuhin pun ok ajee….tak buat perangai…so sementara menunggu, hubby cakap dia nak meletakkan kereta ditempat parkir Azizah memandangkan caj yg dikenakan di tempat tadi agak mahal, bayangkan jika SR15/hour, 3 hari maunya beratus. At first, aku rasa nak ikut aje, tapi lepas a few discussion, aku stay kat lobby hotel aje memandangkan banyak barang berharga. Ermmmm lama gak la hubby pergi, -/+ dalam 1 jam..dan bilik pun still not ready….
Lepas satu jam, hubby sampai, dan aku dah nampak air muka hubby yang agak luarbiasa...hubby cakap, bilik dah ready ke? Aku cakap, belum lagi kenapa….then dia diam dan selepas seminit, dia cakap, “ Humaira, kita ada satu masalah besar, masalah besar sangat…” aku masa dengar tu tak de la terperanjat, cuma perasaan ingin tahu tu meronta2 la nak tahu kan..then aku tanyalah kan, masalah apa bie?...dia cakap kunci kereta tertinggal dalam teksi….aku tak terkejut langsung dan Alhamdulillah sangat2 sbb Allah SWT berikan ketenangan pada aku bila dengar berita tu,…korang bayangkan lah, kunci kereta boleh tertinggal dalam teksi tu…dan teksi tu plak bukannya ada no telpon ke, atau apa2 contact number …taxi tu juz ambik hb aku, hantar depan Masjidil Haram dan dia pun tak tau hubby aku tinggal dihotel mana..so, kalau nak hantar balik pun dia tak tau nak hantar mana. Dan macam2 jugak kemungkinan yg boleh terjadi,Subhanallah….masa dapat berita itu, hanya satu difikiran aku,itu adalah ujian dariNya, dan aku perlu redha…dan ayat pertama aku lepas dengar musibah tersebut, aku cakap tak de apa bie, masalah kecil aje tu, ( kecil ke? dalam hati Allah aje yang tahu) itu ujian dari Allah di tanah suci ini, dan kita kena yakin, Allah itu Maha Besar dan tak ada yang mustahil bagiNYA. Mungkin ada kesilapan dan kelalaian yang kami lakukan tanpa sedari…so, lepas keadaan dah sedikit tenang, kami beristighfar banyak2 dan berdoa pada Allah, moga Allah memberikan jalan penyelesaian.
Dalam pada itu kami masih lagi menunggu bilik siap,selepas sedikit desakan akhirnya kami diberitahu bilik kami telah sedia, malangnya apabila sampai dibilik, keadaan bilik masih lagi tidak berkemas, kami masih sabar, tetapi memandangkan kami masih belum menyempurnakan ibadah umrah, kami memutuskan utk meninggalkan barang berharga di dalam kotak keselamatan yg disediakan dan terus ke Masjidil Haram .Alhamdulillah kami dapat menyempurnakan Umrah kami dengan lancar.

Usai solat Maghrib, kami melakukan solat sunat taubat,sunat hajat dan berdoa memohon ampun dan bantuan Allah SWT. Didalam hati kami waktu itu hanya satu, kami yakin bahawa ALLAH SWT itu amat berkuasa….dan tidak ada yang MUSTAHIL bagi NYA kerana Dialah segalanya dan kami berserah sebulat2nya pada ALLAH SWT, selesai semuanya, dek kerana terlalu lapar ( dari pagi kami hanya makan sandwich), kami ke De saji,dan disana berjumpa dengan Nasir dan Adda.Disitu diceritakn musibah yang berlaku, semua terkejut dan tumpang simpati…semua berada dijalan buntu, dan mendoakan yang terbaik selain menasihatkan kami agar bersabar dan bertawakkal kepada Allah..setelah beberapa jam disitu, aku memutuskan utk pulang ke bilik, sementara hubby dan Hadly ke Aziziah,tempat dimana kereta diletakkan sambil dihati berdoa memohon pada Allah agar keajaiban berlaku.
KEAJAIBAN DARI ALLAH SWT. DIA YANG MAHA BERKUASA
KEAJAIBAN DARI ALLAH SWT. DIA YANG MAHA BERKUASA
Selepas 1 jam berlalu, hubby pulang dengan senyuman memberi petanda baik,…Ya Allah, terus kami melakukan sujud syukur, air mata mengalir tanda syukur, terasa betapa kerdilnya diri ini, terima kasih YaAllah..hanya itu yg mampu kami ucapkan…dengan kekuasaanNya, telah terbuka pintu hati pemandu teksi tersebut utk meninggalkan nombor telefon didalam kereta kami, 20 minit selepas hubby menghubungi pemandu teksi terbabit,beliau tiba dan menyerahkan kunci kereta kami..sebagai tanda penghargaan, hubby memberi sedikit saguhati..tiada kata2 yg mampu diucapkan selain Alhamdulillah…disini telah terbukti kekuasaanMu Ya Allah…bolehkah kita bayangkan tanpa mengenali, tanpa ada nombor untuk dihubungi dikalangan jutaan manusia, dikalangan ribuan pemandu teksi, kami boleh mendapat kembali kunci kereta tersebut…sedangkan banyak lagi kemungkinan kemungkinan yang boleh dilakukan oleh pemandu teksi tersebut,…semua itu adalah kehendakNYA Yang Maha Berkuasa…Allahuakhbar….Allahuakhbar..Allahuakhbar.
Sesungguhnya tiada yang mustahil bagiNYA
Banyak pengajaran yang kami dapat daripada peristiwa ini,Umrah kami kali ini betul2 diuji, sejak dari mula hingga ke akhir, walaubagaimanapun kami redha dan bersyukur, kerana dengan ujian ini lebih mendekatkan kami pada Pencipta kami,Allah Yang Esa..
Wahai teman, lihatlah betapa besarnya kekuasaanNya…tidak ada sesuatu yg mustahil bagiNya…tapi kita sebagai hamba, masih lagi lalai dan mengambil mudah atas suruhanNya…marilah sama2 kita renungkan, fikir2kan siapa lah diri kita ini untuk berlagak kerana tanpa keizinanNya setitis airpun kita tak dapat merasa. Semoga Allah sentiasa memelihara iman dan mengampuni kita ..ameennn….
No comments:
Post a Comment