Showing posts with label WEEKEND IN JUBAIL. Show all posts
Showing posts with label WEEKEND IN JUBAIL. Show all posts

Saturday, 22 October 2011

WEEKEND IN JUBAIL : GET TOGETHER@MAJLIS AQIQAH,DUTA VISIT n TAZKIRAH OLEH USTAZ HASSAN


Hari Jumaat baru-baru ini, semua Malaysian di jemput ke MAjlis Aqiqah dan sedikit taklimat dari Duta Malaysia, disamping ceramah untuk bakal-bakal haji tahun ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, makanan banyak dan sedap sangat, punyalah seronok duduk, sampai tak sedar masa berlalu,  rasa macam tak cukup masa pulak.

Menikmati Nasi Mandi Kambing




Antara yang hadir


YB Dato' Duta, Syed Omar Syed Al Sagoff, sedang memberikan taklimat


Puan PurpleHeart bersama anak bujang..

Ladies...posing depan Nasi Mandi Kambing n Ayam

Ummi Qayyem..


Meyya yang Ranggi Vs Umminya " Slice of Bledo "

Bayi Aqiqah bersama Dato' Duta 


Ani n Haini...duk dekat pun susah nak jumpa ya...:D


Monday, 17 October 2011

OUT AND ABOUT : WEEKEND IN JUBAIL 2

Minggu Lepas, kami piknik waktu pagi, tapi minggu ni kebetulan ramai jiran-jiran satu kompaun cuti, jadi kami rancanglah untuk berpiknik dan berBBQ..Selepas bincang dan semua setuju, hari Jumaat petang lebih kurang  pukul 3.30ptg kami gerak,

Cuaca pun cantik sangat, dan budak-budak memang suka la...dapat main dekat padang yang luas dan menarik tu. LAgi suka sebab kawan kami yang baru balik dari Malaysia dapat ikut sama, kurang suka sikit sebab  3 orang jiran kompaun kami tak dapat ikut atas urusan - urusan tertentu.

ok guys, let the pictures do the talking ..:D

Menu utama: Nasi Kerabu Kuning + Biru, Selingan : Pulut Kuning, Kuey teow goreng, Puding

Agar2 Roti, Udang & Ketam untuk bakar

Beginilah cara orang-orang sini habiskan weekend

Santai

Pantai terbahagi pada dua, untuk orang bujang dan untuk family, kalau untuk family, orang bujang memang tak boleh masuk



Friends


Chicken in action

Ni betul2 tolong bakar atau eksyen amik gambor je nih?





Kaum bapa menjamu selera


All the way from Malaysia, tqvm cIk Haila



Peralatan BBQ

Get together lepas lama tak jumpa

Abg Aliff n Abg Nuhin

Udang BB@

Kalau ada first lady, mesti ada first man,mlm tu kalu tak dop cik Usop, tak merasalah ayam, udang n ketam bakor....:D

Sbb port yg kami pilih tu agak jauh dari playground, kids yg memang dah bosan ni pretending la ni mcm gelongsor...betullah budak2 memang kreatif...

Saturday, 15 October 2011

OUT n ABOUT : WEEKEND IN JUBAIL

Entri terdahulu, saya ada cerita kalau hari2 biasa, petang-petang kami buat apa, hari ni pulak nak cerita aktiviti musim sejuk atau penghujung musim panas pada hari minggu. Disini hari minggu dan hari rehat pada Khamis dan Jumaat dan biasanya kedai-kedai kat sini akan dibuka dari pagi sampai zohor, dan akan tutup sampailah ke waktu asar dan akan di buka kembali pada pukul 4:00 petang.

Tapi hari ni nak cerita tentang makan-makan kat tepi pantai dengan kawan-kawan, jiran atau pun  Kelab Fotografi Jubail. Minggu ni kebetulan  ramai pulak member kelab off day, jadi lepas berbincang, kami dah bersetuuju untuk "outing" ambil sunrise, dan memandangkan matahari muncul awal, pukul 4:00 pagi janji nak gerak dari rumah masing-masing..hehehehehe , tapi saya terlambat bangun...huhhhuhuhu.....

So, masa keluar rumah pagi tu, nampak kabus tebal sangat-sangat, tapi cuaca tidaklah terlalu sejuk, jarak pengelihatan memandu lebih kurang 2km dan kadangkala mencecah 0km. Keadaan ini memang agak membahayakan jika tidak berhati-hati, nampak jugak lah 2-3 biji kereta peronda polis yang berjaga-jaga kalau-kalau berlaku kemalangan.

Sebab bertolak lambat, kami orang yang ke 3 sampai..hiks dan nasib baiknya disebabkan keadaan berkabus yang agak tebal tu, menjadikan sang mentari agak lewat melebarkan sinarnya..hinggalah salah seorang rakan kami As sampai....pandai pulak bajet masa, bila semua korum dah cukup, elok-elok aje si mentari tersenyum indah menampakkan dirinya....MAsyaAllah, cantik sungguh.....

Ini kabus masa keluar simpang rumah kami.

OTW ke Fanateer Beach



Bun Kentang

Suhun / Bee hoon Goreng

Nasi Putih + Gulai Ayam Mabeles ( gulai tak nampak lerr)



Selera lain macam makan ramai ramai ni.

Sementara kaum bapa layan anak-anak mandi laut, kaum ibu duk sembang-sembang.



Cantikkan lautnya..tenang tak de ombak




Cute little boy- Rayyan

I like this one very much

Packing time


Nuhin & Nurin

Lepas gian mandi laut

Tenangnya fikiran mengadap ciptaan Allah SWT


Babai, jumpa lagi