Friday, 26 July 2013

MALAYSIA 2013 - DUNGUN & MERCHANG


Dah sampai di Dungun, pagi-pagi bangun adik aku ajak cari makanan..wahh rasa sungguh ohsem sebab dah lama kan tak ke gerai-gerai nasi lemak , roti canai...dah beli-beli makanan tu kitaorang pusing-pusinglah bandar Dungun kejap...dan pastinya Pantai Teluk Lipat menjadi destinasi utama...


Sangat nyaman dan tenang bukan ??

Menghayati sepenuhnya

Pokok2 Rhu ni sangat cantik dan biasanya menjadi tempat penggambaran budak2 Uitm,Politeknik ambil gambar sambil baling2 topi lepas graduation day, kalau tak pun tempat pasangan pengantin baru datang sini ambil gambar. Lokasi, Tepi pantai depan Sekolah Menengah Sura Dungun.

Nuhin n Dayat yang baru lepas accident motor,,..

Ni pulak, "kepelikkang yang tiada batasang" Eksaited ko...nak panjat pokok Nyiur

No comment..

Lepas dah habis breakfast, aku dan Nuhin bersiap untuk ke Merchang jumpa Opah dia. Rasa sungguh happy dan teruja sebab buat pertama kalinya lepas 2 tahun boleh bawak kereta...aku ok je tapi Nuhin macam cuak sebab macam tak cayakan umminya mampu bawa kereta....

Jalan Rantau Abang

Home Sweet Home


Dgn Opah, samakan mukanya

Inilah Kampung, nak tengok benda2 macam ni tak perlu bayar...

Pokok2 herba

Kejar kejar itik punya moment...

  
Oh, satu kemestian bila balik Merchang, Roti Mek Tam

Hanya satu ni je kot di Terengganu, Keunikkannya roti ni dibakar dalam tin  4 segi tu (no oven), diatas dan dibawah tin diletakkan sabut kelapa. dan dulang pembakar roti juga adalah dibuat dari tin 4 segi tu juga.

Intinya kaya yang sungguh lazat.(sambil telan-telan airliur)..dan ianya hanya di Merchang, dijual pada waktu pagi sahaja,lepas subuh cepat2 pergi kalau lambat tak merasalah jawabnya..
   
Kenal tak ni apa? Inilah teritip...orang2 kampung ni panggil tiram..ermm boleh la..dalam kategori yang sama cuma ini tak de pearl kat dalam sarangnya. Tapi rasa sedap tau..

Itu sajalah kot, untuk entry hari ini...nanti update lagi tentang kisah cuti-cuti Malaysia ni. Bai....





No comments:

Post a Comment