Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Thursday, 20 September 2012

INFO SIHAT : DIET SIHAT, CANTIK DAN BERTENAGA

Erm. sejak Ramadhan lalu, rasanya rata2 berat badan makin meningkat...dah tu badan pulak rasa macam letih memanjang, yelah bila siangnya tidur, malam berjaga, cari cucu tak dapat ada...eh..eh apa yang saya melalut ni ya...apa yang saya nak cakap, kat sini, biasanya orang tak tidur waktu malam, depa biasa tidur selepas solat subuh, dan office hour bermula pukul 10 pagi dan berakhir jam 4 petang.. jadi secara tak langsung kami pun sikit sebanyak terikut2 jugak, jadi memandangkan badan dah semakin lemau, hari2 rasa letih tak bermaya, untuk keluarga tersayang dan kerana sayangkan diri sendiri juga, maka saya pun mengambil inisiatif ke arah gaya hidup sihat, so meh saya nak kongsi...saya dah mula ikut dah, anda bila lagi ??


AIYAKK.. TIRED MAH ..

Berikut adalah tips untuk diet terbaik yang saya dapat dari hasil pertanyaan pakcik google.


100 Tips Diet Terbaik
( copy paste dari : Ellyana- cariigold )


Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?

1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.

2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.

3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.

4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.

5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.

6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.

Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?

7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.

8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.

9. Gunakan pinggan salad.

10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.

11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.

12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.

13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.

14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.

15. Simpan jurnal makanan.

16. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"

17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.

18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.

19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.

20. Bawa bekal makanan sendiri.

21. Duduk tertib semasa makan.

22. Campurkan jus dengan air.

23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

24. Makan masakan sendiri di rumah.

25. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim

Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?

26. Ambil jus tomato semasa minum petang.

27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.

28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.

29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.

30. keledek juga adalah sayur.

31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.

32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.

33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.

34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!

Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan?

35. "Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak".

36. "Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain".

37. "Saya mahu nikmati hidup lebih lama".

38. "Saya sedang bekerja keras sekarang ini".

39. "Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang".

Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?

40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)

41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)

42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)

43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.

44. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.

45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.

46. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)

Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?

47. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.

48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.

49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.

50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.

51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.

52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)

53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.

54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.

55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.

56. Panaskan 1 tin sup.

57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.

58. Sandwich sayuran.

59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.

Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?

60. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"

61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.

62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.

63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.

64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.

65. Jangan kasihan pada makanan.

66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.

67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.

68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.

Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?

69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.

70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)

71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.

72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.

73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)

74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.

75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.

Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?

76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.

77. Makan di atas meja makan dengan tertib.

78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.

79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.

80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.

81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"

82. Berus gigi selepas makan.

83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.

84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.

Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?

85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.

86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.

87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.

88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.

89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.

90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.

91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.

Apakah tip senaman yang boleh membantu?

92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.

93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.

94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.

95. Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.

96. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum.

Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi?


97. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan.

98. Carilah teman untuk berbual.

99. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melaui emel.




Amacam, bestkan tips tersebut. Lepas ni kita cerita pasal menu dan resepi diet pula ok..seronok tau, Cik Arip suka hati dapat turunkan 6kg, saya ??? tak payah cerita la sebab ehheheheh *_^, ok babai...Assalamualaikum.

Friday, 14 September 2012

INFO SIHAT : GIGI - RAWATAN AKAR / ROOT CANAL TREATMENT

Pernah sakit gigi? Iskkk sakit gigi ni kalau sakit, memang tak ada ubat..kalau tengah kemuncak sakit tu, rasa macam tak nak jumpa orang kan..usahkan bercakap, pandang orang pun rasa macam nak kunyah2 aje macam chewing gum dok gitu?

Kenapa tiba2 keluar cerita tentang gigi ni? ok, macamni ceritanya, seminggu yang lepas, cik Arip ngadu2 sakit gigi, ingat kan sakit gigi biasa, tapi bila dah sampai pipi pun nampak bengkak forsure sakitnya seriuskan, so, sebelum makin teruk, kami pergilah dentist. Pilihan kami pastinya dentist dekat Kims Medical, kerana atas pengalaman terdahulu, dentist disana sangat bagus.

First time jumpa dentist kat Kim ni atas cadangan seorang kakak iaitu Kak Jahan, masa tu giliran saya sakit gigi, mula2 nak ke hospital lagi satu, sbb ramai Malaysian yg ke sana, tapi kebanyakan feedback, cakap dentist tu bagus, cuma bila dibandingkan dengan Miss Praven, dia lebih bagus, So, tanpa fikir panjang, i pun pergi dan guess what, ya betul, dia sangat bagus dan professional. Cabut gigi pun seminit je dan yang penting lepas tu tak ada langsung pendarahan atau gusi/pipi bengkak( adalah sikit2 darah masa cabut tu, tipulah kalau tak ada langsung). Tak sampai 2 hari keadaan dah macam biasa. Alhamdulillah, again semua tu dengan izin Allah jugak.


KIMS Medical Center

So, atas sebab itu, untuk Cik Arip kali ni kami jumpa Dr Praven Molly jugak...pada mulanya ingat nak cabut terus gigi tu, sebab tak nak la nanti sakit gigi tu berulang lagi.. Tapi bila dah check tu, dr cakap, gigi masih elok dan sayang kalau cabut, so dia cadangkan buat rawatan akar atau Root Canal Treatment ( RCT )

Jadi apa itu RCT ?, ok, meh nak share, saya rasa rawatan ini agak menarik, ia merupakan rawatan untuk gigi yang telah mati akibat rosak atau jangkitan. Ianya bertujuan untuk mengekalkan gigi pada rahang / iaitu ianya kekal dan berfungsi dalam mulut, tetapi infeksi akan dikeluarkan dari akar gigi dan ditampal dengan bahan tampalan khas akar.. gitulah lebih kurang..errr, kalau kurang tepat maaflah..tapi itulah pemahaman saya.


Credit to : klinikpergigiansyarifah

Biasanya gigi yang rosak teruk / mempunyai tampalan besar  dan gigi yang telah mati memerlukan rawatan ini. Hasil dari bacaan dan pemerhatian hari itu, RCT ini mempunyai beberapa proses, selain x-ray pada bahagian gigi yg sakit, dan setelah pasti dimana bahagian sakit dan diukur panjang dari gigi ke akar ( dibuat melalui tv -kamera dimasukkan ke dalam mulut) proses2  lainnya ialah :-

1) Mewujudkan rongga gigi

Gambar kredit to : klinikpergigiansyarifah

 - lubang akan dibentuk kedalam gigi
 - semua tisu pulpa yang berpenyakit akan dibuang menggunakan peralatan khas


2) Pembersihan dan Pembentukan Saluran Akar Gigi

Credit to : klinikpergigiansyarifah

 - Setelah kanal gigi dibersihkan, dan kuman telah dibasmi, ianya akan dipenuhi dengan bahan getah.
 - Bahan getah ini akan memenuhi terusan dari hujung akar bagi mengcegah jangkitan.

RCT yang sempurna akan membuang bakteria yang wujud dalam gigi, ia juga membuang tisu saraf yang tidak sihat yang hadir dalam gigi yang mana tisu ini akan menjadi sumber makanan bakteria yang wujud dalam gigi .Ia juga akan mengisi dan menyekat diruang saraf didalam gigi, supaya secara fizikalnya tiada ruang bagi bakteria boleh hidup atau melawan tahap imunisasi badan kita. 

Itulah serba sedikit info tentang RCT ini yang saya dapat daripada Dr Praven Molly dan juga hasil pembacaan dari blog INI.

Saya secara personal, saya menggalakkan pada sapa2 untuk cuba kaedah ini, kalau di Jubail ni, rawatan dengan Dr Praven, tidak mengambil masa yang lama ( mungkin terpulang pada kes ), tapi perlu dua kali datang, pertama sesi pembersihan gigi dan kedua sesi pembentukan salur gigi...biasanya part kedua tu, hanya memakan masa 15 minit sahaja dan pastinya kedua2 sesi ini tidak menyakitkan...InsyaAllah. 


Tengok video ni memang nampak ngeri kan, tapi tok sah risaulah, sikit pun tak sakit
sebab bius.. hehehehe..


Ok, kawan2 harap perkongsian kali ini memberi manfaat.  Sebenarnya semasa mencari info tentang rawatan ini, saya terjumpa satu website yang amat bagus...banyak info tentang gigi dari website doktor ini....credit to her. Dan kalau nak dapatkan tips tentang gigi boleh ke SINI


ok, sekian dulu, Assalamualaikum dan InsyaAllah jumpa lagi.

Monday, 11 July 2011

NAK KURUS ????? JOM MAKAN DADIH/YOGURT

Meh sini orang2 kampung, nak bagitau pada sapa2 yang sibuk nak kuruskan badan, meh nak bagitau lagi satu cara yang senang dan mudah....well, artikel ni saya dapat daripada email, dan sumber asala pula dari berita harian...

Gambar ihsan En Googel


 Berita Harian, 30 Jan 2004

 Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

PENGAMBILAN yogurt atau dadih sebagai sumber kalsium dalam masyarakat negara ini masih rendah.

 Jika dibandingkan dari segi jantina, lelaki paling kurang mengambilnya kerana rasanya yang agak masam menyebabkan ia tidak digemari.
 
 Tetapi sebagai pilihan, pelbagai dadih di pasaran keluaran pelbagai syarikat serta dihasilkan daripada campuran buah-buahan dan herba sedikit sebanyak menggalakkan orang ramai mengambilnya dalam pemakanan harian.


 Dalam pada itu, pantang larang dalam masyarakat terhadap pengambilan dadih juga menyebabkan ia bukan makanan terkenal di negara ini malah Perunding Dietetik, Farah Diba Khan (gambar), berkata segelintir menjadikan ia makanan larangan bagi wanita hamil dan dalam pantang kerana ia dikatakan 'makanan sejuk'.

 "Hakikatnya tiada kajian menunjukkan dadih tidak baik untuk wanita hamil dan dalam pantang, ia hanyalah kepercayaan yang tidak berasas. Kenapa dadih elok diambil pada paras yang sejuk ialah bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan terbaik pada tubuh. Pada tahap panas ia menyebabkan bakteria berkenaan pasif," katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


 Beliau berkata, bakteria dalam dadih berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa (gula semula jadi dalam susu). Bakteria itu bertindak secara merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma 'tidak baik' hidup di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.