Assalamualaikum kawan2...semoga sihat2 dan didalam lindungan Allah selalu ya.Seperti yang dijanjikan saya nak sambung cerita pasal sesi lawatan ke pasar tani Qatif, sebut aje pasal Qatif, ni teringat saya beberapa peristiwa yang berlaku pada saya dan suami masa baru2 sampai ke Tanah Arab ni dulu, tapi pasal "peristiwa" sedih dan lucu itu, nantilah kita cerita, Jika ada kelapangan ,saya akan buat satu entri khas pasal Qatif, yang ingin saya katakan untuk pengetahuan kawan2, Qatif merupakan tempat yang sangat terkenal sebagai penempatan masyarakat Syiah.
Ok, pada hari Khamis, kami dan satu lagi keluarga di Jubail ni berjanji untuk membuat sessi lawatan ke Pasar Qatif ni, yelah selama ni asyik dengar aje, orang cakap, tempat tu best, macam2 ada, macam pasar kat Malaysialah, so keterujaan tak dpt nak dibendung lagi, jadi pagi tu, lebih kurang pukul 7 pagi, kami pun 2 buah kete bertolaklah, perjalanan dari jubail ke Qatif memakan masa kurang lebih 1/2 jam,.setelah sekali tersalah jalan, dan bertanya pada penduduk tempatan, akhirnya kami sampai. ke destinasi yang dituju...ekspresi pertama saya, saya dan suami tentulah tersangat gembira,ternyata apa yg diberitahu benar dan memang ada kelainan dari Jubail memang betul bagai dikata, macam kat Malaysialah.
Ada banyak barang dan sudut jualan, cara jualannya tidaklah begitu teratur seperti dipasar Jubail, Susun atur mungkin lebih mirip kepada pasar malam/pasar tani di Malaysia, yang mana ada terdapat pelbagai barangan yang dijual daripada kraftangan,barang2 antik,abaya, jubah, tekstail, bag2 tangan,permainan kanak2,gadget2,perabot, sayur2, buah-buahan, dan ikan ( tapi ikan bukanlah tarikan utama kerana kalau tdk silap saya terdapat pasar ikan khas di sini , kami tak pergi pun)...tapi yang paling menarik bagi saya yang mana kita takkan jumpa walaupun di Malaysia ialah sudut haiwan -haiwan hidup termasuk haiwan eksotik seperti ular, landak, pelbagai jenis burung2 seperti burung helang, kakak tua,dan macam2.
So, tanpa bercerita banyak, korang bolehlah cuci mata dengan gambar2 dan video2 ni yea ...
p/s : minta maaflah, untuk video ni gambar sangat kurang kualitinya kerana seperti yg kita sedia maklum, ditanah arab ni sangatlah tidak mesra kamera, tambah lagi tempat2 seperti ini, jadi saya ambil video ni pun curi2 guna kamera henpon yang diletakkan atas stroller anak saya...
ini sudut menjual barangan antik, macam2 ada, dari video tape lama hinggalah pemain cakera zaman P-Ramlee yang harganya tidaklah terlalu mahal, malah masih lagi boleh di kurangkan jika betul2 berminat.
Ini pula video sudut buah-buahan / sayur-sayuran semua segar2
buat masa ni, saya uploadkan 2 video sahaja dahulu, insya'allah ada kelapangan , saya akan uplaod a few videos lagi termasuklah bahagian haiwan hidup yang saya sebutkan tadi...
Ini antara pemandangan nak ke Pasar Qatif
Antara Burung2 yang dipamerkan
Sebahagian burung2 yg dipamerkan untuk jualan
dan lagi
Dan ini pula apa yang saya beli , tak banyak pun..:D
Alas Meja ribbon Embroidery yang besar tu SR30 dan yang kecik SR20
Ini pula adalah Badam yang masih lagi didalam kulitnya, SR24 sekilo, saya beli 1/2kg aje utk rasa
Ini pulak badam yang dah dikeluarkan dari kulitnya, agak mengejutkanlah bagi saya yang tak pernah makan badam fresh ni kan, memang rasanya jauh lebih sedaplah, rangup...
Dan ini pula rupa walnut yang masih bersalut kulit, SR22/kg..... comelkan
Inilah rupanya walnut..... rasanya pun lebih sedap dari yg biasa
Ini pula ialah bawang putih dengan pokok2nya sekali, SR15,mahal jugakkan...., sayang pulak nak masak
Ini pulak cermin mata besar SR5...cute kan????, model tu saya tak beli tau..
Ok, sekian dulu, nanti saya akan tambahkan lagi gambar2 lain.. selamat malam.
No comments:
Post a Comment