Monday 2 May 2011

TEMUJANJI DI HOSPITAL PAKAR SAAD, AL-KHOBAR

Tadi, lepas pulang dari rumah Kak Tina, dah kenyang perut ni, elok2 sampai rumah, 1/2jam kemudian En Suami dah sampai, lepas solat, kami pun bertolak dalam pukul 1:30 ptg, appointment pukul 3:00 ptg, tapi mana boleh bawa laju2, sini banyak MPV berkamera menunggu tepi2 jalan untuk candid gambar....saman kat sini SR300,ditambah pulak keadaan cuaca hari ini amatlah teruk, akibat dari ribut pasir malam semalam. 

Sebenarnya en suami ni ada appointment untuk fisio, rentetan dari pembedahan "slipped-disc" yang telah dijalankan beberapa bulan lepas.Tujuan fisio ini dijalankan untuk menguatkan semula otot2 yang lemah akibat pembedahan tersebut,nanti ada masa saya ceritakan secara terperinci ya, dan saya juga akan kongsikan segala tips/ pengetahuan yg saya ada mengenai slipped-disc ni...sangat bahaya.

Berbalik kepada Saad Specialist Hospital(SSH) ni, FYI,SSH ni antara hospital yang paling cantik dan diberikan gelaran 5-star Hospital, saya akui, masa mula2 masuk ke ruang lobinya pun dah terpaku "gila" memang sangat2 cantik, ibaratnya kalau tengah sakit tu, memang 10% dah hilang rasa sakit, hiasan nya tak ubah seperti 5-star hotel, Alhamdulillah, syukur pada Allah diberi kesempatan merasa nikmat ini.Semuanya milik dia, segala puji-pujian untuk Allah SWT. 

So, tak nak cerita banyak, cuma ada a few sahaja gambar yg sempat diambil untuk dikongsi.


Antara Bangunan yg terdapat di SSH, depan tu Science Building, Belah Kiri tu Out Patient


 Ini pula adalah bangunan Hospital dimana ward pesakit dan emergency unit ditempatkan

Ini pula ruang menunggu Unit Fisio

Pandangan syiling ruang Lobi

 ruang menunggu,outpatient

 cafe

Main Reception

Main Reception

Masjid Di Pintu Masuk Utama


Lobby



Appointment kali ni, En hubby berjumpa dengan Dr Micheal, pakar bahagian fisio,sangat bagus dan profesional, so, En hubby dimestikan untuk datang 6 sessi lagi bersamaan 2x seminggu ( bermakna 2x seminggu la i gi Khobar---menarilah saya dengan Nuhin sbb tak perlu berkurung dalam rumah..:D) sukanya, Oklah, lepas ni saya nak kongsi dengan kawan2 di Malaysia, tentang tempat di mana kami dapatkan asian's groceries  spt daun pisang, daun pandan, durian dll iaitu LULU....


3 comments:

  1. kalo mcm ni kak ifa duk sebulan pun xpe huhuh

    ReplyDelete
  2. ila, hehehehe, baru perasan plak komen ni..hehehehe, tulah tu ila belum tengok bilik dan makanan yg diaorg serve lagi, kalah awana tau...nanti ada masa kak iffa buat special entri yg a.arif operation hari tu....

    ReplyDelete
  3. as'salam kak nak tanya sekarg mcm mana ye encik suami dah ok ke selepas pembedahn slip disc tu,,saya pun ada masaalh slip disc..

    ReplyDelete