Tuesday, 26 July 2011

KIsah Awang dan Tijah

Jom kita tengok entri menarik kali ini..



Awang dan Tijah dua kekasih yang saling menyintai satu sama lain. Mereka telah bercinta selama 3 tahun. Suatu hari, Tijah memberitahu Awang yang dia ingin memutuskan perhubungan kerana ingin mencari kerja dibandar.. kerana merasa ego dan tercabar, Awang menerima keputusan tersebut , namun dalam diam Awang menyimpan dendam yang mendalam terhadap Tijah.

Setiap hari Awang tidak dapat berhenti memikirkan tentang Tijah, dan setiap kali teringatkan tijah, tiap kali itulah perasaan sakit hatinya tidak dapat dibendung lagi. Suatu hari, Awang mendapat satu idea untuk memburukkan nama Tijah, Awang mereka2 cerita buruk tentang Tijah. Awang menceritakan kepada kawan sekampungnya Ali,  bahawa Tijah pernah menceritakan padanya yang dia tidak lah suci lagi.

Cerita Tijah tidak suci telah merebak  seluruh kampung mereka hinggalah sampai ke pengetahuan ibu bapa Tijah yang telah tua. Ibu bapa Tijah amat bersedih di atas cerita tersebut, hingga mengakibatkan bapa TIjah jatuh sakit dan seterusnya meninggal dunia, akibat tekanan perasaan.

Awang amat terperanjat apabila mendengar berita kematian bapa Tijah, dan dia merasa amat bersalah kerana menyebarkan cerita palsu tersebut. Awang mengambil keputusan untuk meminta maaf dengan Tijah.

Setelah berjumpa Tijah dirumahnya, dan memohon maaf, Tijah yang masih lagi dalam keadaan sedih berkata, "Aku sedia memaafkan kamu dengan  syarat, pertama Awang dikehendaki mencari bulu ayam dan meletakkannya didalam sebuah guni beras". 

Awang begitu gembira dengan syarat pertama kerana baginya itu adalah kerja yang mudah, dan dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tijah memaafkan dia. Setelah mengumpul seguni bulu ayam, Awang membawanya kepada Tijah. Setelah melihat bulu ayam tersebut, Tijah berkata, " Kau bawa guni ini ke puncak bukit, dan kau terbangkan bulu2 ayam ini hingga bertaburan di sekitar bukit itu", mendengar syarat ke dua ,Awang amat gembira kerana itu adalah lebih mudah untuk dilakukannya.

Lantas Awang ke puncak bukit dikampungnya dan menerbangkan semua bulu2 ayam tersebut. Setelah selesai, Awang terus berjumpa Tijah dengna harapan TIjat memaafkannya. Tau tak apa kata Tijah pada Awang????

Tijah berkata " Awang, aku sedia memaafkan kamu seandainya kamu berjaya mengutip kesemua bulu2 yang kamu terbangkan itu....." Dengan muka yang sungguh terperanjat Awang berkata, " mana mungkin dapat ku kutip semua bulu2 yang berterbangan entah kemana.........


Well, kawan2, begitulah juga dengan fitnah ianya amat berbisa dan sungguh menyakitkan. Bukan saya menjatuhkan nama baik dan maruah seseorang, malah merosakkan hubungan silaturahim sesama manusia, ada keluarga sampai bergaduh sesama mereka, ada sahabat yg dulu berkawan baik terus membenci satu sama lain....itulah bahayanya fitnah...kalau tidak, takkanlah ada hadis " fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh".....fikir2kanlah ye kawan2 tersayang. Ingatan untuk diri sendiri jugak....

1 comment:

  1. Assalamualaikum

    Kindly provide skype punye user or mak long leh add ibu punye skype latifah_arshad

    ReplyDelete