Monday, 11 July 2011

NAK KURUS ????? JOM MAKAN DADIH/YOGURT

Meh sini orang2 kampung, nak bagitau pada sapa2 yang sibuk nak kuruskan badan, meh nak bagitau lagi satu cara yang senang dan mudah....well, artikel ni saya dapat daripada email, dan sumber asala pula dari berita harian...

Gambar ihsan En Googel


 Berita Harian, 30 Jan 2004

 Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

PENGAMBILAN yogurt atau dadih sebagai sumber kalsium dalam masyarakat negara ini masih rendah.

 Jika dibandingkan dari segi jantina, lelaki paling kurang mengambilnya kerana rasanya yang agak masam menyebabkan ia tidak digemari.
 
 Tetapi sebagai pilihan, pelbagai dadih di pasaran keluaran pelbagai syarikat serta dihasilkan daripada campuran buah-buahan dan herba sedikit sebanyak menggalakkan orang ramai mengambilnya dalam pemakanan harian.


 Dalam pada itu, pantang larang dalam masyarakat terhadap pengambilan dadih juga menyebabkan ia bukan makanan terkenal di negara ini malah Perunding Dietetik, Farah Diba Khan (gambar), berkata segelintir menjadikan ia makanan larangan bagi wanita hamil dan dalam pantang kerana ia dikatakan 'makanan sejuk'.

 "Hakikatnya tiada kajian menunjukkan dadih tidak baik untuk wanita hamil dan dalam pantang, ia hanyalah kepercayaan yang tidak berasas. Kenapa dadih elok diambil pada paras yang sejuk ialah bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan terbaik pada tubuh. Pada tahap panas ia menyebabkan bakteria berkenaan pasif," katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


 Beliau berkata, bakteria dalam dadih berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa (gula semula jadi dalam susu). Bakteria itu bertindak secara merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma 'tidak baik' hidup di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.






 Sementara itu, katanya, bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk tubuh asal, dadih adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
 
"Antara khasiat dadih yang amat tinggi nilainya ialah mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu di samping kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.


 "Sungguhpun begitu, dadih saja bukanlah diet terbaik sebaliknya perlu diikuti dengan makanan daripada sumber lain seperti karbohidrat dan protein yang turut penting kepada tubuh dan memulihkan segala luka.
 
 "Umumnya, tiada had pengambilan dadih dalam sehari malah ia sesuai dimakan atau diambil oleh semua peringkat usia tetapi seeloknya dimulakan pada peringkat kanak-kanak lagi kerana ia mengandungi kandungan kalsium yang tinggi seperti susu dan sekali gus membantu tumbesaran, membina tulang dan gigi yang kuat," katanya.
 
 Sementara itu, katanya, bayi atau kanak-kanak yang tidak serasi atau alah dengan susu boleh menggantikan dengan dadih atau mencampurkannya ke dalam susu sebagai sumber dalam makanannya.
 
 "Berbanding dadih, susu dan makanan bersusu yang lain mengandungi sejenis gula yang dipanggil laktosa. Bagaimanapun, ada yang tidak boleh minum susu kerana tubuh mereka tidak mampu menghasilkan enzim laktik yang dapat membantu menghadamkan laktosa.
 
 "Penyakit sukar penghadaman yang disebabkan oleh laktosa dialami oleh pelbagai peringkat usia, termasuk bayi. Ia kerap berlaku selepas minum susu, aiskrim atau keju. Antara tanda penghidapnya ialah cirit-birit, senak perut dan loya. Jika seseorang itu mengalami reaksi 'gangguan dalam perut' (gastrointestinal) selepas makan bahan bersusu, dia mungkin mengalami penyakit itu," katanya.
 
 Beliau berkata, bagi orang dewasa yang biasanya tidak gemar minum susu, elok menggantikannya dengan dadih bagi memastikan pengambilan kalsium berterusan sepanjang hayat dan memastikan pembekuan darah yang betul, kesihatan otot serta fungsi saraf apabila usia semakin meningkat.
 
 Menyedari khasiat dadih, beliau menyarankan supaya ibu bapa segera memperkenalkannya kepada anak masing-masing. Selain berbentuk dadih, ia juga kini disediakan berbentuk minuman.




komen saya : sebenarnya dadih / yogurt bukanlah untuk kurus semata, tetapi lebih kepada menyumbang kearah kesihatan yang lebih cemerlang...selain dapat membantu melangsingkan badan, ianya juga amat baik dimakan ketika sakit tekak, dan inilah yang selalu saya amalkan..jika baru2 nak sakit tekak tu, insya'Allah dalam sehari dua akan hilang...

2 comments: