Salah sebuah pokok kurma yang ditanam ditepi2 pagar rumah2 disekitar Jubail. |
Inilah pokok Kurma yang sedang lebat berbuah..teringat pokok pauh kat kampung..... |
Sekarang di Saudi tengah musim panas...suhunya kadang-kadang cecah 50, panasnya tok sah cakaplah..sampai air paip pun panas...kalau nak cuci tangan ke, cuci pinggan ke atau mandi mesti kena tadah dulu air dalam baldi..kalau tak melecur habislah tangan dan anggota tubuh badan,......
Biasanya bila masuk musim panas, pokok-pokok kurma akan berbuahlah..suka sangat tengok nanti mana-mana sahaja betapanya lebatnya pokok kurma berbuah....seronok sangat......geram pun ada...dan biasanya dekat2 nak masuk bulan Ramadhan akan banyaklah buah-buah kurma segar yang separuh masak dijual, baik di kedai kurma, maupun pasaraya...
Biasanya kurma segar ni di panggil ROTUB... Rotub ni sedap dimakan dengan fresh cream, cara makannya cicah macam tu je dalam fresh cream. Sedap tau, rotub yang rasanya pahit2 manis digabung pulak dengan rasa lemak berkrim fresh cream tu...hermm apa lagi......sedar2 tinggal separuh dah rotub dalam bekas....
Inilah Rotub, masa saya beli ni harganya masih lagi SR15 |
Rotub diawal musim, harganya agak mahallah SR20 untuk satu bekas, bila dah pertengahan musim dia jadi SR15 dan nanti bila dah masuk Ramadhan harganya akan turun lagi jadi SR10.
Rotub memang sedap dimakan dengan Fresh Cream, kalau ikut tekak saya, rotub yang telah betul2 masak rasanya lebih kurang mcam buah ciku.....sedap |
Untuk pengetahuan kawan2, kurma yang masih tak masak ni, kalau dibiarkan di suhu bilik, ianya akan cepat masak, dalam masa 2 hari dah masak ranum....tapi kalau tak nak bagi kurma2 ni masak cepat saya biasanya simpankan aje dalam peti sejuk....ha..memang tak masak la...dan tahan lebih lama....
No comments:
Post a Comment