Tuesday 28 August 2012

CORAT CORET RAMADHAN 1433H : PROLOG

Assalamualaikum...

Sebenarnya tatau nak letak tajuk apa, hari tu during Ramadhan nak update memang tak sempat sesangat..so,  terpaksalah saya kumpul dan sekarang insyaAllah akan saya ceritakan secara pukal ( boleh guna word ni? ala bolehkan aje kan...)

Sejak demam ari tu, tak dapat nak buat apa, tido manjang.. ALhamdulillah, sekarang dah kebah sikit..tapi selsema dan batuk2 tu still ada...teruss hajat untuk buat makan2 raya tergendala...tak tahulah jadi ke tidak buatnya.

Ramadhan tahun ini antara ramadhan yang memberi penuh erti pada saya dan suami serta anak bujang saya..kenapa?  Kerana pertamanya, Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, kami sekeluarga dapat isitiqamah dalam melakukan apa sahaja yang tidak sempat kami lakukan pada tahun lepas. Dan lebih bermakna, tahun ini Nuhin dah mula puasa...98% adalah puasa penuh..Alhamdulillah. 

malas nak rotate...masa sahur..ginilah keadaannya....

Mulanya tak yakin dengan semangatnya, tambah pula, puasa kat sini agak lama jangkamasanya..+- dalam 16 jam jugak. Sekali sekali bila diimbaskan kembali terasa lucu, mana taknya bila kena suapkan sahur sambil dia tidur diriba...keh..keh..keh..mata pejam..siap berdengkur..tapi bila nasi sampai ke mulut..ok aje dia buka dan kunyah..yang pasti, during sahur, dia akan makan apa sahaja yang dia nak makan selain nasi, kadang xtranya seperti buah, conflakes, jus, susu dan macam2 kerana dia tahu after imsak, takkan ada acara makan2. Kadang2 bila bangun dari tidur ( lepas sahur), dia tanya, ermm tadi dah makan ke?hahahhaha boleh tak ingat tu dia makan..kelakar kan...tapi macammana pun, Alhamdulillah dia faham. Dia juga sudah mula menghayati Ramadhan dan dapat melakukan Tarawikh sepenuhnya dimasjid. Alhamdulillah.

Dan yang paling bermakna, dengan izin dan jemputan dari-NYA, tanpa dirancang, kami dapat merasai suasana hari-hari terakhir Ramadhan seterusnya menyambut 1 Syawal, di Masjidil Haram, Makkah. Alhamdulillah...syukurnya tak terkata.....Jadi, mana nak mula dulu, cerita tentang Syawal atau Ramadhan?? Since Ramadhan yang datang dulu, saya kogsikan corat coret Ramadhan kami bertiga di Jubail ini..

Terlalu banyak cerita yang nak dikongsi..pengalaman jiran sebelah rumah meninggal, Majlis berbuka puasa KRMJ, jalan2 Ramadhan, Perjalanan ke Makkah, pertunjukan bunga api, pertunjukan tarian arzah iaitu tarian tradisional orang arab dan macam2 yang pastinya akan di sertai gambar2 yang sangat menarik dan gojes gitew ( ahaks)....so just tunggu tau, jangan lari ke mana-mana.

Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment