Monday, 24 September 2012

K.S.A NATIONAL DAY / 23rd SEPTEMBER 2012 - PART 1

Assalamualaikum..

Amboi..mengada-ngadakan..pasal 31st August  dan hari Malaysia tak ada pun nak buat entri spesial ehh.., nak buat macammana kan, saya gembira nak cerita pasal benda baru dan pengalaman baru ajek...^_^, tapi Malaysia tetap dihati yer...

Cuti umum ni jatuh pada hari Ahad, tapi kat sini Sabtu pun declare cuti jugak sebab Khamis dan Jumaat memang off day bagi orang - orang yang bekerja. So, mana2 yang kerja office hour tu seronok sebab dapat 4 hari terus...i tak dapat, sebab Cik Arip kerja shift, kena pulak shift malam :( , tapi memandangkan selama 3 tahun duk sini, tak pernah sekalipun tahu  tengok macam mana cara orang-orang sini sambut merdeka, so Cik Arip ajak la jugak pergi tengok, biasanya tempat sambutan kat jalan-jalan tepi pantai...

Tahun ini, tiada sambutan rasmi, beberapa acara dan pertunjukan sempena hari kemerdekaan ini dibatalkan oleh King Abdullah sempena menghormati keadaan di Syria. Yang dikatakan sambutan itu, adalah sambutan secara tak rasmi oleh rakyat dan muda mudi negara ini. So, berikut sebahagian daripada gambar-gambar yang menunjukkan meriah dan betapa semangatnya budak-budak muda ini dengan mengambil inisiatif sendiri  bagi menzahirkan kasih sayang mereka kepada negara terchenta. Untuk video dan separuh lagi gambar, akan saya masukkan dalam part 2 .

Nak tahu cara diaorang sambut merdeka kat sini ...nah tengoklah gambar - gambar ni sampai pancit.

Kereta yang cantik comel ni akan dicat dengan warna hijau - warna bendera mereka..
dan ditulis jugak dengan KSA, I love KSA dll

Duduk atas kereta sambil lambai, dengan topeng dan eksesori warna HIJAU.

Waving the National Flag.. :)


Hijau



Waving the national flag 

NICE!!

Green









Oh my, saya suka yang ini..so sweet kan??

Mereka akan berdiri atas kereta yang bergerak.. sila jangan focus pada kereta purple belakang :P

Ada juga yang spray satu "badan" kereta ..

"THE PURPLE HEART"
Motif cat kaler purple dalam pesta hijau ??


Kepala keluar ikut atap, dan duduk atas pintu kereta sambil kereta bergerak


Lagi pesen duk atas kereta


Bergayut kat pintu, pintu kereta terbuka dan kereta bergerak sambil bunyi2 hon

Bak kata kawan saya, " Ku lihattttt hijauuuu" 


Semangat si kecil pun tak ketinggalan...




I LOVE KSA !!!

Berdiri atas kereta sambil kibar2 bendera kecik ..hehehehhe

Ada jugak yang pakai topeng ...aduihhh

Anak I pun sampai terikut2 nak duduk atas bumbung kereta ,dan yang tak tahan tak nak turun tuu

Budak2 juga tak ketinggalan

Budak ini sangat comel

Ikat bendera kat muka....

Lagi..( adehh penat lah nak tulis caption)

Pendek kata,segala benda hijau, dan ada gambar pemerintah 

Yang jalan kaki pun adooo







Say Cheese !!




steady la


Cat Jubah ( thobe) dengan cat hijau



See ya in Part 2


Ok, nanti sambung lagi ya dalam part 2, insyaAllah, akan ada video sekali...so tungguuuuu....

2 comments:

  1. Sakan jugak diorang celebrate ya. Tapi yang nyata... semuanya lelaki. Pompuan tadak. Bagus kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, baguskan, kagum jugak tgk betapa semangatnya muda mudi kat sini tunjukkan perasaaan kecintaan mereka....ini side yg perlu ditabik...( pandangan iffa ).

      Delete