Friday 9 August 2013

EID MUBARAK...

Eid Mubarak diucapkan buat semua .. 
Semoga semua amal ibadah kita diterima Allah dan diampunkan segala dosa.

Sedih tau tahun ni beraya diperantauan lagi,.bukan tak bersyukur, tapi kerinduan pada kerabat adik beradik dan suasana itu yang membuatkan rasa sedih tu membuak-buak..tahun ni beraya di Jubail, sejujurnya ini kali pertama I sambut raya di Jubail walaupun dah 4 tahun duk sini. 

Since Cik Arip kerja malam, so Alhamdulillah, pagi tu I berkesempatan menunaikan solat Aidilfitri. Ramai jugak jemaah wanita yang sama2 datang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Meriah !!! Jangan tak tahu, solatnya bermula pukul 5:30 pagi (awal tu), I sampai jam 5:15 pagi pun dah tak ada tempat..MashaAllah..


Depan Masjid, selepas solat sunat Aidilfitri.

Meeting Friends


Seperti di Malaysia, sesudah solat sunat Aidilfitri 2 raakat, disusuli dengan khutbah..sebaik sahaja khutbah tamat, ada sesuatu yang menarik disini yang tak ada kat Malaysia, nanti akan bangun beberapa orang kanak-kanak perempuan yang berumur sekitar 3-4 tahun membawa bakul kecil berisi coklat dan menghulurkan bakul tersebut pada jemaah,ada juga yang akan membaling-baling coklat pada jemaah..seronok dan meriah.macam satu pesta meraikan kejayaan. MashaAllah. Kalau di Malaysia kita meraikan anak-anak dengan duit raya, dia sini mereka lebih kepada bagi-bagi coklat. Ok juga tu...

Jalan yang sesak.

Usai solat, cik Arip ajak pusing2 bandar, tengok suasana...kemeriahan tidaklah setanding di Malaysia tapi Alhamdulillah..sekurang2nya kami masih boleh beraya bersama. 

Selain menyambut Aidilfitri dengan keluarga, biasanya Arab disini akan santai sambil bawa anak-anak ke "playground"

.................

ouchhh..ouchh....

Ok, begitulah serba ringkas tentang Eid kali ni. Apa-apa pun I tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan beraya bersama suami dan anak tersayang. Alhamdulillah.

EID MUBARAK !!!




2 comments:

  1. again.. come & go..

    why??

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete