Showing posts with label Dubai. Show all posts
Showing posts with label Dubai. Show all posts

Wednesday, 21 September 2011

EID IN DUBAI TAKES #0

Ermm, entri pasal Eid In Dubai dah dimasukkan,jadi sekarang nak cerita dari mula2 perjalanan ke Dubai, # by # ye. Jadi untuk ntri kali ni nak cerita dari hari mula-mula kami bertolak ke Dubai iaitu hari Rabu, 24.08.2011 lebih kurang pukul 1.00 petang.

Memandangkan kami bermusafir pada bulan puasa, bekal untuk buka puasa saya dah masak siang-siang, sebab takut susah nak jumpa kedai makan, walaupun biasanya banyak aje yang akan memberikan buah tangan pada musafir-musafir seperti kami ni..

mode : sgt happy


Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar, kami memang dari dulu suka travel dengan kereta...suka sangat sebab dapat melihat pemandangan di kiri dan kanan perjalanan..dapat melihat kebesaran Allah S.W.T, Subhanallah, MasyaAllah..rasa kagum tak terucap ....melihat luasnya padang pasir, unta-unta berkeliaran, unta yang sedang melepak...biri2 dan macam-macam lagi lah, btapa besarnya kekuasaanNYA...Alhamdulillah...

Can u see the "Lepaking" Camels??

Petrol Station...sempoi...walaupun sempoi, masjid tetap ada..

Ini adalah rumput2 yang dipadatkan untuk makanan ternakan seperti unta, biri2 dan lain2


Lebih kurang pukul 3.00ptg, kami sampai ke pekan HOFUF, Al-Ahsa. ,pekan ni agak popular juga dikalangan pelancong, ada mengatakan bahawa tempat ini mempunyai lagenda tersendiri seperti disini lah tempat pengebumian pasangan Laila dan Majnoon.

Hofuf, Al-Ahsa

Salah satu daripada ladang2 kurma yang terdapat disini



Selain itu, di Hofuf juga mempunyai rangkaian Oasis terbesar di Saudi ARabia, yang mana kewujudan oasis2 secara tidak langsung, menyebabkan kita disajikan pemandangan  hijau dikiri dan kanan perjalanan, menjadikannya seolah2 kita memandu di negara sendiri. ( perasan kejap ). Hofuf , Al-Ahsa merupakan tempat yang menghasilkan paling banyak pokok Kurma . Dan jika anda teringin nak makan  kurma yang paling enak dan manis silalah datang ke Hofuf dan Al-Ahsa kerana disinilah terdapatnya kurma yang paling enak dan manis. Selain tarikan kurma yang manis, di Hofuf juga terdapat tempat2 bersejarah seperti kubu lama, Gua Batu Kapur dan juga Souq ( pasar ) yang menarik.  Untuk maklumat lanjut boleh lah ke SINI.

Selepas melewati pekan Hofuf, AL-Ahsa, kami meneruskan perjalanan, target untuk sampai di Border sebelum Maghrib, dan  berbuka di persinggahan stesyen minyak terakhir sebelum border. Alhamdulillah sebagaimana yang dirancang tepat2 azan Maghrib, kami sampai di hentian  tersebut.

Kedai sebegini memang banyak ler kat hentian, tapi semuanya memang mahal....


Ikut kata GPS, kul 11.58 sampai... 

Jalan Lurus, besar dan kiri kanan padang pasir....luas mata memandang..hebatkan cipataan Allah SWT

 Batha


Pengalaman berbuka dalam permusafiran kali ini memang tak dapat saya lupakan..begini ceritanya, ketika En hubby membelokkan kereta ke hentian tersebut bagi mencari tempat berbuka ( port yang selesa untuk buka bekal), sewaktu hubby melalui sekumpulan lelaki ( Saudi, India, Pakistan etc,) yang sedang berbuka, merka melambai2 kami  mempelawa untuk berbuka bersama2,  untuk mengambil hati dan meraikan, hubby saya memakir kereta berhampiran mereka sekadar untuk bersalaman dan minum air, sebaliknya 2 orang warga arab berlari2 kearah kami menghulurkan 2 botol air mineral, beserta kurma .....saya waktu itu rasa sangat terharu....belumpun sempat sebiji kurma saya telan, pemuda arab tadi datang lagi dengan sedulang makanan dan memberitahu kami agar makan didalam surau wanita yg dilengkapi hawa dingin. Disini seperti yg kita sedia maklum,  mereka menghormati wanita, dan wanita sama sekali tidak boleh berada dimajlis yang dihadiri bukan muhrim, jadi saya dan suami disuruh makan dibilik solat wanita...

Rezeki dari Allah SWT untuk Iftar, Alhamdulillah

Ketika makan,saya tiba2 terasa syahdu,,,rasa bersyukur sangat ke hadrat Allah atas segala limpah kurniaNya....walaupun kami bukan warga Saudi, tetapi layanan yang diberikan amat baik terasa seolah2 sangat muliakan sedangkan siapalah kami ni...walaupun hanya berbuka dengan keadaan yang ala kadar, tapi itu sudah sangat2 cukup....pada minit2 pertama, saya tak dapat menikmati juadah,, kerana terlalu terharu...saya menangis tak henti (syahdu babe, kalau korang alami baru korang tau ) sampai En Suami panik...heheheheheh......bila kenangkan balik macam kelakar pun ada..

Makanan inilah yang buat aku menangis terisak2...rasa kerdilnya diri ini, rasa betapa aku kurang bersyukur atas segala pemberianNya selama ini....

Ini Kopi Arab, dipanggil Gahwah, rasanya sangat pahit ( tak letak gula tau), biasa diminum dalam cawan kecil bersama2 dengan kurma, cara minum, minum kopi sikit terus gigit kurma, so rasanya balance. Gabungan manis kurma dan pahit kopi ni menjadikannya rasany sangat sedap..lemak2 gitu...

Makaroni goreng tuna...sedap pulak...dalam sedih2 tu aku boleh abiskan lebih dari separuh..tinggalkan untuk En hubby...:D

Ini Sup Ayam, lainkan dari sup ayam kita. sup ini dicampurkan dengan kacang dhall, tapi rasanya memang sedap sangat....Alhamdulillah...

Selepas beberapa ketika, keadaan reda, barulah boleh menikmati juadah tersebut...kebiasaannya di sini, pada bulan puasa, memang ramai dermawan yang berlumba2 mengumpul pahala dengan  menyediakan makanan2 untuk berbuka  pada para musafir...biasanya makanan dan minuman diletakkan di hentian2 minyak, masjid, dan juga diagihkan melalui polis2 yang bertugas di checkpoint tertentu.

Usai menunaikan solat Maghrib kami meneruskan perjalanan ke Border Saudi....Insya'Allah di sambungan yang akan datang, saya akan menceritakan tentang cara dan porsedur serta dokumen yang diperlukan beserta tips...nantikan ye....:D






Sunday, 11 September 2011

EID IN DUBAI TAKES # RAYA..KONSULAT JENERAL MALAYSIA & MYUAE

Assalamualaikum semua, dah berminggu raya, baru nak update cerita yer..

Sebagaimana tahun lepas, tahun ni kami tak balik raya jugak...kalau tahun lepas kami menyambut Eid Mubarak bersama sepupu di Jordan dan Syria, tahun ini Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambutnya di Dubai, UAE.

Actually ni kali ke 2 kami ke sana, tapi Alhamdulillah, kali ni lebih bermakna kerana dapat beraya bersama2 rakyat Malaysia di Dubai dekat Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia yang terletak di MATRADE office, Al-Shaffena Building..lebih kurang 10 minit perjalanan dari Apartment yang kami menginap..

Suasana sangat meriah dengan kehadiran rakyat Malaysia tak kira bangsa dan semuanya berbaju kebangsaan Malaysia, mestilah Baju Melayu, Kurung dan kebaya...seronok sungguh bila dapat sama2 dengar takbir raya mcam kat Malaysia, dan khutbah raya dalam bahasa malaysia....

Lepas Solat Sunat Aidilfitri, kami dijamukan dengan brmcam2 juadah ...ada rendang, satay, ketupat, lemang, nasi lemak dan mcam2 lagi...kenyang perut dennnn....so, meh kita layan gambar sekitar hari raya di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia...


Antara kawan2 baru..Norli which is so friendly ....luv u...:D

My two heroes..tengah takbir raya..sweet tak?

Sujud Pada yang SATU..

Antara Juadah...satay

ROti Canai, Mee Hoon Goreng

Nasi Lemak, sayur2an

Kue Teow Goreng

Ayamg Goreng Berempah, Rendang dll

Jom Makan

Syoknya makan

Sesi bergambar - orang lama yang menetap di Dubai, Abg Zainal dan Kak Ani, Orang Dungung tu.. TQVM

Keluarga Besar Dubai yang baik2 belaka, TQVM also!!!

New Friend

Dengan Adik Norli yang baik hati

Dengan Kak Mona yang sangat peramah


Dan....................................yang paling penting yang nih....
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Orang lain lepas solat sibuk makan satay, tapi ini budak sibuk layan mata....hadooiiii

Tuesday, 30 August 2011

EID MUBARAK IN DUBAI.

Assalamualaikum semua..



Sempena hari baik dan bulan yang baik ni jugak, kami sekeluarga ingin mengmabil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Aidilfitri buat semua khususnya kaum keluarga dan sahabat / kenalan rapat yang jauh dimata, tapi sentiasa dekat di hati...dan dikesempatan ini jugak, kami sekeluarga memohon ampun dan maaf pada semua atas segala keterlanjuran yang disengajakan ataupun tidak....kami sayang dan rindu sangat-sangat dengan anda semua...

Tahun ini Alhamdulillah dengan berkat dan izin-NYa, kami sekeluarga dapat beraya di Dubai..Alhamdulillah jugak dapat dengar Takbir, Khutbah dan solat sunat Aidilfitri bersama2 komuniti rakyat Malaysia di Dubai ini...dah tu dapat attend open house....Alhamdulillah...nanti lah kita cerita panjang2 dalam entri akan datang ya....

Sekian , Assalamualaikum..