Showing posts with label LIFE In Saudi Jubail. Show all posts
Showing posts with label LIFE In Saudi Jubail. Show all posts

Tuesday, 7 June 2011

Sekejap aje masa berlalu..dah besar dah dia...

Nuhin dah masuk 4 tahun, hari tu masa jalan2 dekat Jubail Ballad,nampak cute je budak tadika balik sekolah, so terlintas nak hantar Nuhin ke tadika jugak. Kebetulan hari tu dapat info dari sorang kawan kat sini, cakap ada Kinder garten bagus nama " Tenderfeet", it's American, tapi diasaskan oleh Indian's Teacher,dekat Jubail ni, yang mana pernah bukak kindergarten ini selama 15 tahun di Riyadh. So, pada hari Isnin baru ni, lepas hubungi Mrs Depti, saya dan suami terus buat sesi lawatan ke sekolah tersebut.

Ermmm, actually bukanlah sekolah, tapi rumah besar yang sebahagiannya dijadikan kelas, ruang kelas menarik ( aisyeh, nak amik gambar masa tu bateri plak kong)Nuhin suka dan teacher pun bagus. Ada 8 orang murid. Yang saya suka pelajar tak ramai, jadi dari segi monitoring dan eye to eye learning to lebih bagus dan berkesan. Untuk summer, kelas bermula dari jam 8:30 pagi - 11:30 pagi. Yuran SR400/month termasuk pengangkutan. Makan sendiri.
Ni a few pics on his first day to school..at first, he was sooo xcited, malam tidur awal, pagi tak menyempat2 bangun nak gi sekolah, tapi bila masuk van......hermm....


Mama, I am too excited ...:D

where's the van???

Tetiba je keceriaan tu hilang, dah start nangis and said " mama, Nuhin don't want go.." rasa sedih dan nak gelak pun ada...

Bye-bye and see you...

Tak sabar nak tunggu dia balik dan dengar cerita apa yang dibawa dari sekolahnya....hermmm.....

Wednesday, 18 May 2011

out and about - part 2

Tiba2 petang Jumaat En Suami, ajak ke pantai, bawak Nuhin main basikal, so, saya pun sediakan apa yang patut. Jarak corniche tidak la jauh, lebih kurang 1/2 jam perjalanan dari rumah.

Kebiasaannya, beginilah cara penduduk disini menghabiskan hari minggu mereka, bersantai2 di taman2 atau ditepi2 pantai bersama keluarga. Seronok tengok, kadang2 siap dengan kerusi meja, dapur gas dan macam-macam lagi, memang betul2 meriah...so,seperti biasa, biarlah gambar yang bercerita.


Ini aje yang sempat masak, nasi putih + ayam rebus +sup +sos, beserta kuih apam balik

 Ini salah satu manisan yang dijual disini, Halwani Halwa Pista.



Inilah rupa halwa tersebut, bahan utama kacang pistachio dan susu, rasanya manis,( dah nama pun halwa..hehheheh), tapi manis yang sedap dan bukannya manis yang tak boleh dan telan ...should try..:D

My Little Boy, Nuhin..



Bot / Feri, yang boleh di naiki untuk pusing2 sekitar Fanateer, saya tak pernah naik jadi hariga tiket saya tak berapa pasti,, rasanya lebih kurang SR20.

Sangat Meriahbukan?? sempat jugak kami capture gambar remaja yg sedang membuat terjunan lipat berlipat ..:D




Makan2 Di Rumah Kak Iena
Pada Hari Sabtu yang lepas, salah seorang teman disini ada buat majlis makan2, Terima Kasih buat Kak Iena dan keluarga, sedap betul Nasi Dagang tu...lepas rindu....:D, lain kali jemputlah lagi ye..:D, Semoga Allah melimpahkan rezeki dan rahmatNya buat Kak Iena Sekeluarga ya!!.....
7 beautiful and gorgeous women on earth - Masya'Allah..:D

The Foods : Nasi Dagang Yang sungguh sedap, dan kuih muih yang jugak lazat...

Kuih Muih yang di bawa oleh tetamu
 
Muhammad.....

 Nya...awek dari Korea...:D


                                                   **** good nite****

Tuesday, 17 May 2011

out and about - part 1

Kehidupan di Saudi ni, bagi kaum wanita, walaupun tidak bekerja, sebenarnya banyak aje aktiviti yang boleh di lakukan, tambah2 bila tiba hari minggu, pada hari minggu kali ni, kami  ke Al-Khobar, belikan basikal untuk si Nuhin, kesian pulak tengok asyik duk naik lori mainan yang dijadikan sebagai basikal aje, so kami pun pergilah tengok2 kot2 ada yang berkenan.., kemudian terus ke Dammam corniche untuk aktiviti santai sambil ambil gambar bersama DSLR Group Photo. Macam biasalah, nak coleteh panjang2 pun takut nanti ramai yang bosan baca, so let pictures talk..enjoy..:D

Kalau ke Damman/Khobar, kami mesti singgah beli sandwich ni dekat stesyen minyak pertama  Highway Jubail - Dammam. Memang menjadi kegemaran kami,Setakat yg pernah saya rasa, ini adalah yang paling sedap ,


 Harganya SR1.50 satu, ada macam2 pilihan intinya seperti daging, telur dadar, telur hancur, hati lembu,dan ayam. Semua sedap. Kalau Nuhin sekali makan boleh habiskan 2 biji.


Mula2 tengok2 dekat Toys R Us, tak ada sale lah pulak..

 Papa dah pening kepala, paling murah semua SR 400 lebih

 Nuhin said " this one also ok papa"..:D... Nuhin like..
 

Finally, setelah pusing 2,3 buah kedai, jumpa jugak la yang berkenan dari segi kualiti dan juga harga yg berpatutan, tengoklah rupa orang happy tu,....:D

Dan inilah lori yang Nuhin selalu jadikan basikal dia..kesiankan???
Ingat nak singgah sini kejap, tapi sebab kesuntukan masa nak ke Dammam, terus tak jadi..:(


 Ok pulak jalan hari ni tak banyak kereta..Alhamdulillah

 Sampai dekat Dammam, dah hampir Maghrib, kawan2 dah tunggu, well sbb hari dah gelap, so tak banyak gambar yg dapat diambil,..Auntie Mazura bersama dengan Nurin.
Kaum Adam menunaikan solat berjamaah, Setiap kali melihat situasi ini hati pasti tersentuh, tak kira dimana, panggilan Yang Satu DiUtamakan..walaupun hanya beralaskan rumput..MasyaAllah...

Mat yang sungguh kiut miut, auntie suka betul kat budak ni...

Sama tak serupa, Aisya dan Zahra, both of them are sooo cute!!

Yeah, Finally, they get together...bangga auntie adda dapat satukan aisya ngan rayyan..:D
 

and, last but not least, hasil tangkapan slr pada malam itu...:D

ok, itu saja, Insya'Allah jumpa lagi. Assalamualaikum.

Monday, 16 May 2011

Ada apa dengan malamm Rabu???


Macam biasa, hari Rabu malam ada usrah, tapi sebelum usrah, Jumanisaa' telah bersepakat untuk mengadakan kelas Bahasa Melayu untuk anak2 Malaysia di bumi Jubail ni, walaupun jauh dari negara tercinta, bahasa melayu tetap menjadi bahasa kebanggaan....tak gitu???, terima kasih kepada cikgu-cikgu yang seikhlas hati mengajar anak2 Malaysia ni ya...moga Allah membalas jasa kalian....jom kita tengok gambar2 ni.....:D


Kelas untuk remaja ( umur 12tahun dan ke atas) guru mereka cikgu Norma & cikgu Iena..


Ini pula untuk anak2 dari umur 10-11 tahun , guru : cikgu Yas dan cikgu Liley

Percaya tak, tak ada seorang pun dapat markah penuh, paling tinggi 7/10, nampaknya lepas ni tiap2 minggu kena buat kelas Bahasa ni.

cikgu yas :" hari ni kena cakap Bahasa Melayu sahaja, siapa cakap selain Bahasa Melayu, cikgu Yas makan"....ada kelas lah cikgu Yas...:D

Ini pula untuk anak2 pra sekolah dan yang berumur 5 tahun ke atas, guru : cikgu syasya..
Mak cik kantin yang vogue lagi angun, kak nina wenk....

happy je sorang2 lepas kelas..

oloh, Nuhin plak tutup mata.

Zahra yang sibuk makan ayam...comelkan budak kecitt ni??
ada a few lagi gambar, nanti bila ada masa saya upload lagi yea...:D