Showing posts with label THOUGHT. Show all posts
Showing posts with label THOUGHT. Show all posts

Saturday, 20 October 2012

BERSYUKURLAH SELALU....ALHAMDULILLAH,,

Assalamualaikum,







Alhamdulillah...



Tidak MUDAH untuk kita memaafkan, saat kita di benci dan di hina. Namun akan terasa INDAH saat kita menyadari bahwa itulah CARA ALLAH menyucikan dan mengingatkan kita dari kesalahan2 yg prnah kita buat (aib kita).

Tak MUDAH melepaskan dan menerima kenyataan akan kehilangan se2orang yg kita cintai, namun akan terasa INDAH saat kita menyadari bahwa ALLAH telah memberi kita kesempatan dn waktu utk bersamanya, meskipun hanya sesaat..

Dan memang TAK MUDAH berdamai dengan HATI, saat berbagai masalah dan cobaan hidup sedang mendera kita. Namun di sinilah sesungguhnya ALLAH sedang memproses kita untuk menjadi pribadi yang SABAR, KUAT dan IKHLAS.

Subhanallah.....
INDAH nya cara yang di pilih-Nya untuk menuntun kita kepada-Nya.









Alhamdulillah.....







Credit : FB Muslimah Solihah

Wednesday, 19 September 2012

CORAT CORET RAMADHAN : FINAL - TAMAT

Assalamualaikum dan Good Morning !!

Seperti yang dijanjikan, ni dia sambungannya untuk episode yang lepas ( ewahh, macam drama pulak rasa)...pada sapa2 yang belum baca part 1 tu boleh tengok sini CORAT CORET RAMADHAN FINAL-PART 1. 

Hari terakhir puasa.

Lepas merehatkan diri beberapa jam, semua dah rasa ok, kami semua bersiap2lah untuk berbuka di Haram, macam biasa, keadaan jemaah yang sangat ramai, tambahan pula malam raya, mengingatkan saya pada musim haji yang lepas...MasyaAllah..perasaan hanya Allah sahaja yang tahu.

Usai solat maghrib dan isya', kami terus ke As-Safwah Tower untuk membeli makanan dekat D'saji. Perjalanan dari masjid ke Safwah Tower memakan masa hampir 20 minit ( biasa dalam 5 - 6 minit aje kot) , memandangkan terlalu ramai jemaah, sekali lihat seperti lautan manusia. Subhanallah. 


Dari pandangan tingkat atas

Lautan manusia, di hadapan Masjidilharam. MasyaAllah

Beginilah keadaannya pada malam raya

Subhanallah..
Bila sampai pada tempat yang di tuju, nasib kami betul2 baik kerana masih banyak lagi tempat kosong, sementara saya pegi tengok makanan, Nuhin dan Cik Arip pergi cari meja,tapi Nuhin bisalah, kalau tempat awam macam ni ( kecuali masjid) dia akan menjadi super-active, lompat sana, lompat sini tanpa kira orang kiri kanan, so, adalah sorang hamba Allah duk pandang si Nuhin tanpa berkelip, duk cakap ni anak melayu ke anak Jepun...hahahah.. dan lagi cakap dia suka dengan rambut Nuhin macam rambut pelesu katanya, at first, seriously i dun even notice sapa orang yang cakap tu, memang tak perasan, sampailah my hubby cakap, itu Azwan Ali, yang hari2 awak duk mengadap masterchep....oic, tepuk dahi saya..rupanya si Azwan Ali,  hehehe. So,lepas sesi kenal mengenal, dia ajak kami duduk semeja dengan dia, memandangkan  dia seorang jadi kami setujulah.

Well, komen saya, knowing him dalam masa a few hours tu, ermm ok lah, personalitinya memang sangat berbeza dari yang kita tengok dalam tv. Humble, tak sombong, sangat peramah, dan penting dia memang sukakan budak-budak. Banyak jugaklah dia bercerita dan tukar2 idea.. tapi yang pasti  kami tak bergossip okeh..so pada sapa2 yang nak tahu gossip2 masterchep ke, pasal erra fazira ke, lupakan  .. hehehehehe. 

With Uncle "Double A"


Uncle tengah kushyuk dengar Nuhin baca Yaasin dan Al-Ala( tiba2 aje dia nak show off gitu kat Uncle masterchef )


Wahh ada buffet raya esok...^_^


Dimana pun berada, siapa pun kita, tetap sujud pada yang SATU. MasyaAllah.
-antara gambor ekslusip-

Selesai menjamu selera, kami menuju ke hotel, sampai hotel, dah berehat dalam 20 minit, Cik Arip ajak turun, dia ajak jalan2 tengok suasana malam raya kat sini, saya dan nuhin ok aje. So kami bertiga pun turun melihat keadaan disekitar. 

Penat seh, rehat jap

Menara jam,bersinar terang, dah tu ada kelip2 plak kat cahaya tu..dulu masa datang tak ada lagi cahaya biru tu.

Jalan utama depan Al-Massa dan Le-Meridien Hotel 

Jalan nak menuju hotel kami, pendek kata semua penuh dengan Jemaah

eceh ceh...sempat jugak beli minyak atar fav...


Happy face sebab dapat beli cincin raya sama macam uncle azwan...

Ok, tamatlah sudah kisah Ramadhan untuk tahun ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas segala kurniaNYA, atas segala rezeki, kesihatan dan semua nikmat dariNYA yang memungkin segalanya berlaku..sesungguhnya segala2nya adalah milikNYA....tulisan ini hanyalah sekadar sebuah perkongsian dan untuk kenangan dimasa akan datang. Saya mohon maaf andai ada tulisan yang mengguris perasaan kawan2.  Sesungguhnya yang baik itu semuanya dari Allah, dan yang buruk itu dari saya sendiri. 

InsyaAllah, selepas ini jika ada kesempatan akan saya sambung berkongsi tentang pagi Syawal di sini,,,maasalamah.


CORAT CORET RAMADHAN : FINAL -PART 1

Alhamdulillah dengan izin -NYA, dapat lagi menulis dan berkongsi cerita...Kiranya ni dah  masuk akhir  corat coret Ramadhan untuk Ramadhan 1433H. ( Yeayyy, finally dapat jugak saya kotakan janji..). Kalau ingat pada awal2 entri Ramadhan boleh tengok RAMADHAN KAREEM , ada menceritakan tentang kesempatan berbuka puasa pada hari pertama di Makkah. Dan Alhmadulillah dengan tak sangka dan tanpa dirancang, dengan izin-NYA, kami sekali lagi dapat berpuasa dan berbuka puasa di Makkah tapi kali ini agak berbeza kerana ianya pada hari dan malam-malam terakhir Ramadhan. Alhamdulillah.

Rasanya semua antara kita tahu tentang kuatnya kuasa doa..kadang-kadang, hanya dengan  berdoa sepenuh hati,pengharapan dan keyakinan, ianya menjadi kenyataan. Dalam rentetan kehidupan seharian, ianya banyak terjadi dalam hidup saya, Alhamdulilllah, apa yang saya pelajari selagi kita bergantung dan yakin dengan Allah, insyaAllah, selamatlah semuanya. 

Sebenarnya memang tiada dalam perancangan pun untuk beraya atau berpuasa di Makkah pada tahun ini memandangkan jadual kerja Cik Arip teramatlah sibuknya, namun dalam hati tetap menanam impian dan sentiasa berdoa semoga adalah jemputan untuk kami sekeluarga ke Mekah dalam bulan Ramadhan ini.

Dan segalanya terjadi pada malam itu, selepas menunaikan Tarawikh, masa duduk2 landing, kami adalah bincang - bincang tentang raya tahun ni.

Cik Arip : Nanti raya kena kerja ni macammana?

Me : Oklah, alang2 tak balik / cuti raya, kerja pun tak apa, i tak kisah..redha aje  ( sambil wat muka        sedeyyy)

Cik Arip : Ermm, tapi rasa macam nak raya dekat Mekah, nak rasa suasana raya kat Mekah tahun ini.

Me :  Betul ke , nak..nak ..nak...( sambil bulat2kan mata buat muka ala2 kiut mcm kucing siam ^_^ )

Cik Arip : InsyaAllah, kita doa aje moga2 ada jalannya, tapi jangan harap sangat tau.

Me: InsyaAllah...(dalam hati dah simpan harapan )

Ok, kisah tu berakhir macam tu, saya cubalah untuk tak terlalu mengharap tapi dalam hati tak putus2 berdoa, moga Allah permudahkan dan adalah jalan buat kami. 

Keesokkannya, waktu tengah hari tu, Cik Arip talipon, nilah perbualannya :-

Ring...ring...ring..( tu telepon pesen lama, skrang samsung tune)

Me : Assalamualaikum, hubby nak bagitahu berita baik ke (tiba2 je kan ?? )

Arip : Eh..eh macammana tahu nim..

Me : C the leg lah ( berlagak..sebenarnya tatau apa2 pun), kenapa ?

Arip : Alhamdulillah, cuti approved tapi 3 hari je. So, bolehlah kemaskan barang, insyaAllah malam ni lepas Tarawikh kita gerak.

Me : Alhamdulillah, ( still lagi terkejut ) ok lah nanti I siapkan apa2 yang patut.

Arip :  lagi satu, jangan lupa masak rendang, bawak beras pulut dan periuk skali untuk buat pulut kuning sekali nanti boleh makan pagi raya, boleh bagi2kan...

Me : ok..maafi musykilla. ( tak ada masalah ) :D 

Begitulah, dengan kuasa Allah, tak ada apa2 yang mustahil, masa ni rasa nak menitik air mata pun ada, tak sangka tanpa dirancang, kami dapat juga merasakan suasana penghujung Ramadhan di Mekah dan paling penting dapat menyambut raya di sana, Alhamdulillah.

So, malam itu, ingatkan nak bertolak pukul 2 pagi, tapi Cik Arip cakap nak tidur dulu, lepas subuh baru nak gerak. So, saya ok aje . Lepas subuh dalam pukul 4 pagi dengan langkah Bismillah, kami mulakan sesi bermusafir, kami ke Mekah tanpa apa2 perancangan, tanpa menempah bilik hotel terlebih dahulu ( yang mana kami tahu waktu ini orang tersangat ramai dan harga bilik memang tersangatlah mahalnya) kami betul2 berserah pada Allah SWT.

Jubail - Makkah ( 1300 ++ KM )


Antara Lori ( Lori ke) penarik kereta ( Towing Car )

Balik kampung. hooo hoo balik kampung, banyak juga nampak kenderaan yang balik kampung katas jalanan. ..boleh la ambil feel.. :D

Pemandangan biasa yang terdapat pada hentian2 rehat..tapi harganya tersangatlah mahal dan kadang2 keadaan barang pun dah tak cantik 

Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, pemandangan biasa disini, biasanya kenderaan2 ini akan dibiarkan dalam tempoh agak lama..tak tahulah kenapa

Lori terbalik, kejadian baru saja berlaku ketika kami melewati kawasan ini.

Lagi lori kemalangan..mungkin faktor mengantuk .

Rasanya kalau di Malaysia sudah di kira terlebih muatan agaknya.. :D


Alhamdulillah, disepanjang perjalanan, segalanya berjalan dengan lancar, sampai di Riyadh pada pukul 9 pagi, perjalanan diteruskan dan Alhamdulillah kami sampai di Miqat Sayl Al-Kabir lebih kurang pukul 4 petang. Selesai berniat Ihram, kami sampai ke Mekah lebih kurang pukul 5 petang dan suasana ketika itu memang tersangatlah sibuk kerana terlalu ramai jemputan dari seluruh dunia yang sama2 ingin menggali pahala sebanyak yang mungkin. Disinilah kami menghadapi sedikit ujian. Alhamdulillah.


Miqat Sayl Al-Kabir
Macammanalah  boleh letak lain sebelah ...kalut /eksaited punya pasal...heheehee 


Memandangkan banyak jalan utama yang biasa kami gunakan ditutup, maka agak sukar bagi kami nak cari jalan lain, so terpaksalah berpusing2 banyak kali. Dalam perjalanan kelihatan ramai para jemaah umrah yang sedang menunaikan solat / menunggu azan maghrib, kebanyakan mereka membentangkan sejadah di atas divider jalanraya, didepan hotel masing..pendek kata semua ruang itu penuh tak kira di tepi kaki lima, dijalan raya, dimana2 sahaja ruang kosong, so boleh tak bayangkan betapa ramainya jemaah...lebih kurang macam musim haji. 

Sebahagian dari kenderaan yang bersesak2  - Jalan belakang berhampiran Pintu Safa-Marwah

Hamba Allah yang berhati mulia, sedang sibuk menyediakan juadah berbuka yang akan diedarkan didalam Masjidil-Haram

Langit Petang Di Mekah..MasyaAllah.

Lagi pembahagian juadah untuk berbuka.

Menara Jam Mekah / Clock Tower -MasyaAllah

Alhamdulillah, sebaik sahaja azan maghrib berkumandang, dengan izin Allah, kami temui juga tempat parking sementara, dapatlah Cik Arip berehat kejap sebelum mengerjakan umrah. Pada ketika ini,juadah berbuka kami adalah hasil sedekah,  iaitu sebiji epal, 3 biji buah tamar, sebotol air mineral,dan sebotol laban.. Alhamdulillah, ketika itu terasa betapa bersyukur atas rezeki dari Allah ini, teringat saya ketika mula2 berbuka puasa di Masjidil Haram tahun lepas, suasana yang berbeza tapi rasa yang sama.. rasa sedih dan sayu..walaupun hanya dengan juadah ini, rasa nikmatnya tak dapat digambarkan, ianya lebih nikmat dari makan dimana2 seantero dunia.Ya Allah...

Alhamdulillah, ini juadah berbuka saya. 
Selesai berbuka, kami hanya solat dipadang tempat letak kereta bersama2 jemaah lain, tak sempat nak ke Masjidil Haram. Usai solat, kami terus ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan umrah. Alhmadulillah ketika ini Nuhin tak buat perangai. Memandangkan jemaah yang ramai, kami dapat menyempurnakan umrah lebih kurang pukul 1 pagi. 

Memandangkan ini pengalaman pertama menyambut 10 terakhir Ramadhan di Mekah, baru kami tahu, rupanya pada tengah malam, akan diadakan solat tahajud . Alhamdulillah dapat juga rasa walaupun hanya satu malam. Setelah selesai mengerjakan semuanya, kami ke tempat letak kereta. Sementara itu Cik Arip pergi beli makanan untuk sahur, memandangkan hari raya jatuh pada hari Ahad, jadi ini bermakna esok kami masih ada sehari lagi peluang berpuasa di Mekah, Alhamdulillah. Sahur kami malam itu adalah kabsah ayam, dan roti bersama kari kambing. Kami hanya bersahur di celah2 kereta beralaskan carpet yang dibawa...waktu ini terasa betapa kerdilnya diri ini, kami bersahur bersama2 dengan bangsa2 lain  berlantaikan tanah, dan beratapkan langit, dalam keadaan yang serba sederhana namun terasa penuh nikmat. Suasana dan keadaan sebegini betul2 mengajar saya, suami terutamanya Nuhin supaya menghargai setiap titis nikmat yang Allah SWT berikan..betapa kita perlu bersyukur atas segala nikmat dari NYA dan jangan sekali-kali kita sia-siakan... Subhanallah.

Antara jemaah di kaki lima jalan - Kualiti gambar agak teruk

Lagi , jemaah atas divider jalan. Tersentuh sungguh hati melihat keadaan ini.  

Bersedia untuk menunaikan solat Maghrib

Usai  makan, Cik Arip berjalan ke hotel sekitar untuk tanyakan bilik kosong, tapi kesemuanya penuh, kalau ada pun harga SR1000 keatas, macam membazir, jadi kami ambil keputusan untuk tidur dalam kereta sahaja sementara menunggu subuh ( -+ 2 jam lagi)...kami berdua letak aje kepala, terus lena tak sedar apa, sementara itu Nuhin buat hal sendiri, langsung tak tidur, kami langsung tak sedar apa2 hinggalah Nuhin panggil Walidnya, cakap, "Walid, bangunlah, polis panggil, rupa2 nya polis ketuk tingkap suruh keluar dari tempat parking tu...huhuhuhu, kami pun keluar dari parking ketika azan subuh berkumandang. Jalan utama masih lagi tutup, pusing2 kami berhenti solat dekat masjid yang berdekatan.

Selesai solat, kami masih lagi tak tahu nak kemana, sambil pusing2, akhirnya pada pukul 6 pagi, kami dapat panggilan dari Pak Helmi, biasanya kalau ke Mekah, ramai orang Malaysia yg menetap di Saudi akan menghubungi beliau bagi menguruskan penginapan. Setelah berbincang, kami akan berjumpa Pak Helmi di depan Le-Meridien Hotel, dan Alhamdulillah, pagi ini, jalan kesana tak tutup macam semalam...so segalanya berjalan lancar.


Dalam pukul 8 lebih, akhirnya dengan izin Allah, kami dapatlah bilik hotel dan harganya SR500, tapi atas budi bicara pemilik hotel, kami  dapat diskaun jadi SR300, dan yang penting jarak ke Haram tidak lah jauh, lebih kurang 5- 10 minit perjalanan. Alhamdulillah.



Alhamdulillah, ..

Tandasnya pun ok..

Ok, sekian dulu untuk FINAL - PART 1 ni, InsyaAllah esok sambung lagi Final part 2 ya.  Assalamualaikum, Maasalamah.... :D 

Wednesday, 1 August 2012

Renungan bersama...

Salam untuk teman2 semua.....

Sedikit renungan bersama  di petang Ramdhan nan mulia dan penuh barakah ini....


Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba yang diredhai Allah SWT di dunia dan di akhirat. ameen.

Friday, 20 July 2012

Ramadhan Kareem


Salam Ramadhan buat kawan-kawan pembaca sekelian. Semoga Ramadhan tahun adalah yang terbaik berbanding Ramadhan sebelum ini. InsyaAllah.

Bagi saya, Alhamdulillah, ini merupakan tahun ke 3 saya menyambut Ramadhan di sini, Saudi Arabia.  Tahun pertama disini memang terasa janggal kerana waktu puasanya adalah lebih panjang dan berpuasa dalam keadaan suhu panas membahang yang kadangkala ianya mencecah 50++ darjah. Tapi Alhamdulillah dapat juga disempurnakan..cuma agak terkilan kerana pada tahun itu, saya tidak pergi menunaikan solat Tarawikh di masjid. Masa tu ingatkan hanya lelaki sahaja solat dimasjid.

Dan tahun lepas, antara tahun yang bermakna bagi saya sekeluarga, kerana Ramadhan pertama disambut di Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah. Masih saya ingat ditika itu, pertama kali berbuka di Masjidil Haram, hati sebak dan sayu sesayunya..hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan disaat itu...walaupun berbuka dengan hanya SETEGUK ZAMZAM DAN SEBUTIR TAMAR, tanpa lauk pauk yang sedap, tanpa kuih muih penuh meja, tanpa jus dan teh namun nikmatnya amatlah tidak terhingga, tak dapat di luahkan dengan kata-kata. Alhamdulillah.


MashaAllah, Subhanallah, Allahuakhbar


Walaupun dalam keadaan umat manusia yang bersesak-sesak, sempit, , namun dengan izin Allah, insyaAllah tempat kita pasti ada...MasyaAllah..Allahuakhbar...Masih saya ingat ketika laungan Azan Maghrib dilaungkan, saya masih mencari2 tempat duduk, tiba2 ada seorang makcik menarik saya untuk duduk disebelahnya berdekatan dengan tiang dan berhadapan dengan deretan air zamzam, manakala suami saya mencangkung dihadapan saya, dan kami diberikan beberapa biji tamar, gahwah dan air zamzam dan ketika suapan pertama buah tamar ke mulut, tiba-tiba air mata bercucuran, tanpa henti,,...perasaan tak dapat digambarkan., saya rasakan diri ini amat kerdil, melihatkan keadaan keliling, semuanya menikmati juadah berbuka dengan tamar, gahwan, air zamzam dan jika ada yang lebih sikitpun roti, namun diwajah  mereka semua memaparkan perasaan yang sungguh indah..mereka betul-betul menikmati hidangan itu dengan penuh syukur, MasyaAllah. Tiba2 saya rasa termalu sendiri...saya kalau berbuka tak sah kalau hidangan tak penuh meja. Tak habis buang saja. senang bukan. Astaghfirullahaladzhim..Semoga Allah ampunkan saya. InsyaAllah ianya tidak akan berulang.

Alhamdulillah, pada tahun itu juga, saya berkesempatan menunaikan solat Tarawikh di masjid2 sekitar Jubail hingga ke penghujungnya dan paling menarik kami dapat solat Tarawikh berimamkan imam muda yang umurnya 11 tahun..MasyaAllah, alunan ayat2 suci al-quran dan doa qunutnya amat menyentuh sanubari, dan tanpa sedar air mata pasti mengalir, kemerduan bacaannya membuatkan kita seolah-olah tidak mahu mengakhiri solat tersebut, MashaAllah, Subhanallah.....Ini memang betul-betul pengalaman baru buat saya Nuhin juga sangat teruja kerana sangka imam itu sebaya dia, setiap hari lepas solat, masuk je kereta, dia akan cakap, "Ummi, I  want to be like him...I want to read Quran in the Masjid same like him. Alhamdulillah..moga berjayalah suatu hari nanti, ameen.

Untuk pengetahuan, disini, kebiasaannya, solat terawikh  akan dilewatkan sedikit..ya;ni tidak terus solat selepas solat Isya' seperti mana di Malaysia. Dan jika di Malaysia Doa Qunut akan dibaca bermula pada 15 malam terakhir, namun di sini Doa Qunut akan dibaca bermula malam pertama solat Tarawikh, juga kebiasaanya untuk 10 malam terakhir, solat terawikh akan di buat 4 rakaat sahaja pada awal malam, makmum akan balik dan pada pukul 12 malam, makmum akan datang semula dan akan disambung semula tarawikhnya berserta doa yang sungguh syahdu..MasyaAllah, malam -malam 10 terakhir ini doanya lebih panjang dan biasanya si imam akan membaca sepenuh hati bagi memohon keampunan dari Yang Maha Esa.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua. InsyaAllah,


Thursday, 19 July 2012

PABILA YANG DIRANCANG TIDAK MENJADI, REDHAILAH IA, KERANA ITU YANG TERBAIK

Geram, marah dan sakit hati,  itulah perasaan tika ini. Itulah rasanya bila janji dimungkiri.

Saat ini sebagai manusia yang sangat lemah, saya memang berasa sangat marah, sakit hati dan kecewa..tetapi dalam masa yang sama, saya tahu, saya harus meredhainya dan menerima dengan hati terbuka, dan ya saya sedang cuba untuk menahan hati..cuba untuk beristighfar sebanyak mungkin agar kemarahan dan kekecewaan itu padam kerana saya sedar siapalah saya untuk marahkan takdir, atau marahkan seseorang...saya tidak punyai apa2 dalam hidup ini..semuanya hak mutlak Allah SWT....wah betapa kerdilnya diri saya,


Tuhanku, sesungguhnya ku tak layak untuk syurga-Mu, namun ku tak sanggup ke neraka-Mu, Oleh itu ampunkan daku....



Sudah hakikat dan rencah kehidupan..kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi sebaik manapun perancangan kita, perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik, dan apa yang pasti, sesuatu kejadian itu pasti akan ada hikmahnya yang tersurat mahupun tersirat. Itu adalah rahsia Allah SWT.

Walau bagaiman rapi perancangan tersebut,,walaupun baik buruk dah dikira, dihitung, ditolak, dicampur, kita sebagai hambaNYA tetap tidak dapat melawan takdir. Jika takdirnya tak menjadi, tak jadilah, sebaliknya jika takdirnya menjadi, jadilah seperti yang dirancang, maka bersoraklah siperancangnya...oleh itu wahai hati, belajarlah untuk menerima sesuatu itu dengan hati yang terbuka dan redha walaupun pedih. Maafkanlah sidia itu.  Mungkin itupun bukan kehendaknya.

Siapalah kita untuk mempertikaikan segala sesuatu itu ? Sesungguhnya Allah SWT adalah pencipta kita, dari DIA kita datang dan kepadaNYA jualah kita akan kembali..dan pastinya segala sesuatu yang terjadi itu adalah yang terbaik untuk kita. InsyaAllah. 



Semoga Allah SWT mengampunkan saya dan anda semua..amennn.






Tuesday, 17 July 2012

SEDIH....

Assalamualaikum kawan-kawan dan taulan semua...semoga semuanya sentiasa didalam lindungan Allah SWT.


Hidup dan matiku hanyalah untuk-Mu Ya Allah.


Semalam, petang semalam waktu Saudi, saya menerima satu sms dari seseorang yang saya kenal dan rapat sedari kecil..sms yang diterima amat mengejutkan dan bikin hati ini menjadi gundah segundah gundahnya.

Katanya didalam sms tersebut, dia menerima sekeping surat dari hospital yang mana pihak hospital meminta beliau ke hospital untuk ujian ulangan darah dan mengarahkan dirinya supaya tidak menderma darah pada mana-mana hospital selagi ujian ulangan tidak dilakukan. Disamping itu, beliau juga dikehendaki menghadiri sesi kaunseling.

Saya tak berlengah terus menalifon sahabat ini dan betapa sedihnya bila mendengar suaranya yang sedang menangis...tanpa berkata apa2 kami hanya terdiam yang terdengar hanyalah esakan ..sedih..sungguh sedih...disaat ini yang mampu saya lakukan hanyalah mendoakan yang terbaik buat sahabat saya. Tak dapat nak dibayangkan seandainya sesuatu yang buruk berlaku padanya kerana selama hari ini, dia adalah tunggak keluarganya...apa yang akan terjadi pada kedua orang tuanya sekiranya sesuatu yang tak diingini berlaku padanya.

Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini..untuk dia, saya ingin dia tahu, InsyaAllah saya akan sentiasa ada untuk dia dan saya sangat sayangkan dia.

Kawan-kawan , tolong doakan yang terbaik untuk sahabat saya ini ya...

Assalamualaikum.


Tuesday, 22 November 2011

KISAH HUJAN & CERITA SEMASA KECIL

Assalamualaikum kawan-kawan ...semoga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT selalu ya....

Alhamdulillah, akhirnya ada juga masa untuk saya mengemaskinikan blog saya ni. Ada ke yang rindu?? Sebenarnya saya yang rindu...rindu sangat.....rindu untuk menulis, berkongsi rasa, pengalaman dan segala macam yang bersarang diminda. Banyak yang ingin dibicara, bersusun baris ayat2 yang ingin dilakarkan, merata-rata kata2 di minda yang ingin disepahkan disini, tapi semua tu bukan untuk hari ini...hari ini sekadar berkongsi kesyukuran ke hadrat Allah SWT,  kerana dengan Kebesaran dan KekuasaanNYA, bumi Jubail di limpahi hujan...Alhamdulillah.

Termasuk hari ini, dah 2 hari hujan turun....wah..seronoknya, anak saya gembira betul. Tahu tak, petang semalam masa kali pertama lihat hujan turun. dia tak tahu apa itu hujan., alahai anak ummi, kesiannya , sampai tak kenal hujan ye...jadi hari ini bila hujan, saya ajak lah dia turun ke bawah untuk tengok hujan.....huhuhuhu kesian kan.....:D.


Itu cerita tentang anak saya...tentang budak-budak arab pulak,  mereka bukan main gembira...semua bersorak dan pakat mandi hujan...hihihihiii..tak sejuk ke?? Kalau hujan rintik biasa, boleh lah mandi, tapi kalau hujan air batu...main baling2 ais agaknya...huhuhuhu.

Merenung titik titik hujan yang jatuh, mengingatkan saya satu pada lagu yang selalu kami nyanyikan sewaktu di sekolah rendah dahulu, agak2 zaman sekarang ni ada lagi tak lagu ni ya...

            " Tanya sama pokok apa sebab goyang "
               Nanti jawab pokok angin yang goncang
              Tanya sama langit apa sebab hujan
              Nanti jawab langit tanya lah awan
              Awan nanti kata, aku kandung air
              Sampai tempat sejuk aku pun cair
              Lihat dalam air, nampak bayang-bayang
              Campak satu batu , bayang pun hilang..


Bukan nak komen pasal lagu tu sebenarnya..saya cuma teringat sewaktu tinggal di Malaysia, kalau di kampung saya sekarang ni, tentu tengah hujan lebat dan kena elok, dah banjir pun

Mengimbau zaman kanak -kanak comel dulu..apabila masuk musim tengkujuh dan banjir, yang mana suatu keadaan yang amat dinantikan oleh semua kanak2 kampung saya. Biasanya tengah hujan lebat tu, nanti akan ada "chief" kami akan akan menjerit dari tingkap rumah dengan dialog macam ni, "woiii, mung nok gi takak ikang dok kekgi?",lepas tu, nanti jiran akan jerit ke rumah sebelah , dan begitulah seterusnya sampai habis. Mesej dihantar dari rumah ke rumah melalui tingkap,dulu tak de sms/fb lagi, terpaksalah guna kreativiti yang ada.  

Nanti bila dah tiba waktu yang ditetapkan, kami kanak2 yang comel ni akan siap sedia berbaju hujan dan membawa bersama satu bekas besar untuk isi hasil tangkapan, tangguk ikan kalau ada, dan kalau tak ada, kami rembat mak punya penapis teh atau bakul memasak, kemudian kami ramai2 satu kampung akan keluar sama-sama, tangkap ikan sama-sama, macam2 spesis ikan yang kami jumpa, ada ikan sekila, kalu yang jantan elok tu kami panggil ikan sekila gebbeng, ada ikan kkarim, ada anak ikan haruan yang warna oren belang2 tu, ada ikan puyu, ikan sepat,anak ikan keli, dan macam2 spesis ikan termasuk belut, lintah dan kerbau pun kadang2 join sekaki.. 

Lepas tangkap ikan, kami mandi pulak depan rumah tu..( depan rumah saya padang yang sangat luas...lebih kurang 1ekar kot..so boleh bayangkan tak macam mana bila banjir...macam tasik tau....maunya tak seronok mandi...mandi sampai tak hengat balik rumah...sampai lah ayah masing2  datang bawa rotan..maka masa tu kami bertempiaran lari, dan kadang-kadang dengan ayah kami pun mandi sama ,wahh seronoknya..indahnya zaman itu. Itu belum masuk  kenangan digigit lintah lagi sampai ambulance datang., pengalaman disudu ( gigit) angsa dan macam2 tragedi waktu musim tengkujuh.. Hermm alangkah indahnya kenangan itu....kenangan yang tak mungkin boleh dibeli dimana2 kedai dalam dunia ini. Kalau nak cerita, satu hari suntuk pun belum tentu sempat.

Dalam pada itu, hati ini bertanya...masih adakah semua itu dalam dunia serba moden dan canggih ini?( dulu dengar perkataan canggih pun jakun). Jika ada, saya ingin sekali membawa anak saya melalui saat2 seperti itu .... terasa ruginya  kerana tidak dapat membawa anak saya menikmati salah satu rencah pengalaman hidup yang boleh dijadikan kenangan dihari tua, yang mana nilainya amat dan sangatlah berharga....
               

Monday, 17 October 2011

SHARING IS CARING


sekadar gambar hiasan

Sharing is caring & caring is loving.......


" Orang-orang zaman dulu miskin sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai berai.Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia bukan pada harta yang banyak, tapi pada jiwa yang tenang. Tenang ini pula bukan boleh dibeli dia market, tapi ia datang daripada Allah SWT......"

Petikan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kuliah Medan Ilmu, 5 Januari 2010..



Hanya sekadar berkongsi, petikan kata-kata ini saya dapat dari webpage Tuan Guru Nik Aziz...Semoga Allah sentiasa merahmati beliau...aminn..



Wednesday, 12 October 2011

Walau Nikmat Hanya Sekali, Bersyukur itu perlu selalu....

Semalam, waktu duduk santai bersama En Suami, dia menceritakan satu kisah yg boleh membuatkan saya berfikir panjang....



Diringkaskan , kisah yang diceritakan mengenai sepasang suami isteri yang lengkap dari segala segi, dari harta kemewahan, rupa, budi pekerti dan segala-galanya, namun mereka diuji Allah SWT, kerana tidak dikurniakan zuriat...bukan tidak berusaha, tapi mungkin rezeki belum memihak.

Suatu hari, si isteri pengsan, setelah di bawa ke hospital untuk pemeriksaan, alangkah gembiranya suami isteri ini apabila dimaklumkan bahawa si isteri telah hamil, kenduri kesyukuran,diadakan, mereka juga makin giat bersedekah...

Dan sampailah ketikanya si isteri bersalin,dapatlah mereka seorang bayi lelaki yang sangat comel, dan pastinya ditatang seperti minyak yang penuh...apabila si anak menginjak umur 3 tahun, kenakalan sangat terserlah..segala barang2 ibunya di pecahkan, yang mana kenakalan ini amatlah menguji kesabaran siibu..lantas, suatu hari, keluar dari mulut si ibu, kalau beginilah keadaannya, lebih baik tidak ada anak...

Sesungguhnya, kata2 ibu itu suatu doa, kena pada masa yang mustajab, maka tertunailah doa itu, dan suatu hari, ketika siibu sibuk berkemas dan memasak untuk menyambut tetamu yang akan melawat,si anak seperti biasa, mula menyepahkan ruang tamu, memecahkan pasu, siibu yang sibuk didapur, sudah mulai bengang dengan sikap si anak lantas mengambil rotan untuk merotan anaknya, akibat ketakutan si anak memohon maaf dan berkata, maafkan adik, lain kali adik tak buat lagi sambil berlari ke luar rumah lantas melewati pintu pagar..

Dan tiba-tiba terdengar bunyi hentakkan yang sangat kuat..ibunya berlari dan melihat badan sianak berlumuran darah dan berkeadaan nyawa-nyawa ikan...dipangku anaknya sambil menangis...dalam keadaan susah payah sianak masih lagi berkata, maafkan adik, adik tak buat lagi....

Kisah ini hanyalah suatu kisah yang mungkin kita boleh rungkaikan dan kuiskan dalam kehidupan hari2 kita...banyaknya Allah SWT memberi...tapi adakah setimpal dengan lafaz syukur kita padaNYA...., bila nikmat ditarik, menyesal tidak berguna lagi....renung2kanlah.

Saya tinggalkan anda dengan kata2  ini ;

               " Aku menangis kerana tidak berkasut, sehinggalah aku bertemu insan tidak berkaki "


Friday, 7 October 2011

SANTAPAN ROHANI PENGUBAT LARA...



Sheikh Zayed Mosque, Abu Dhabi. 


" MAKIN BANYAK DIKECEWAKAN ORANG"
MAKIN BANYAK ORANG MEREMEHKAN
MAKIN HATI INI MENANGIS KERANA SABAR
MAKA, MAKIN SEMAKIN SAYANG ALLAH KEPADA KITA "


P/S : Kata indah diatas bukan saya yang karangkan..saya hanya pinjam dari sebuah website keagamaan....:D


Oleh itu taulan yang disayangi, terSENYUMlah  &berSABARlah selalu..
TIADA APA YANG KEKAL DIDUNIA INI...
Dan INGATlah, ALLAH sentiasa bersama hamba2NYA...


Babai...

Tuesday, 4 October 2011

Salam Selamat Pagi...

Assalamualaikum....

Maaf ye kawan-kawan ,sangat sibuk seminggu dua ni, dengan Nuhin yang baru mulakan sesi persekolahan baru, dengan ummi Nuhin pun yang sibuk nak pergi kelas pagi-pagi , begitulah juga dengan Walid Nuhin....memang waktu pagi menjadi waktu yang paling sibuklah bagi saya....

Dalam pada itu teringat juga saya waktu di Malaysia, sibuk juga...tapi keadaan sungguh berbeza..kalau dulu sibuk bekejar untuk ke tempat kerja, takut lambat sebab susah nak keluar simpang, takut lewat sebab nak hantar anak ke tadika, tapi sekarang sibuknya lain pula...untuk mencari ilmu Allah, InsyaAllah..Alhamdulillah, saya amat bersyukur atas segala kurniaan dari Allah....

Alhamdulillah atas segala rahmat dari-NYA

Hanya sedikit pesanan untuk diri sendiri dan taulan semua, gunakanlah kesempatan yang diberi sebelum kita menyesal, usia kita, janganlah kita persiakan kerana pergi dan hilangnya usia itu memang takkan kembali, didunia kita takkan menjadi muda kembali...oleh itu ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara....

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
DAN
Hidup sebelum mati....

Selamat beramal dan salam sayang buat semua...

Wallahua'lam...

Monday, 3 October 2011

RODA ITU BULATT???


Entah kenapa tiba-tiba saya terasa ingin menulis tentang kehidupan..ini semua gara2 menonton cerita Indonesia dan satu drama Melayu. Menarik sungguh.. dari barisan pelakon hinggalah kepada jalan cerita...yang mana penuh pengajaran...lepas tonton cerita tu tiba2 datanglah idea nak di kongsi...harap2 dapat memberikan kita sedikit peringatan...untuk diri saya sendiri khususnya dan rakan2 pembaca amnya...


Percubaan pertama ni lepas 2 tahun tak sentuh power point.....ok tak??hehehe


Hidup kita ini macam roda betul ke ? Betullah kot....kadang2 kita di atas dan kadang2 kita di bawah..hari ini kita ketawa esok belum tentu kan..? mungkin menangis atau mungkin masih lagi ketawa,apa yang penting kita harus ingat, jika ketawa, tak perlulah lebih2, simpan sikit untuk hari esok, dan begitulah sebaliknya..dan begitulah juga dalam hubungan sesama manusia, hubungan sesama haiwan atau harta benda, apa yang dilakukan sama ada yang baik, kurang baik atau langsung tak baik, pasti ada harinya kita akan mendapat pembalasan...

Ada yang mengatakan itu karma, ( tapi sebagai orang islam karma tidak wujud sama sekali ya!! ), ada yang  kata roda itu berputar, ada yang kata bola itu bulat, ada yang kata dunia itu bulat, dan ada juga yang kata what goes round comes round...what ever it is..apa yang pasti, Allah itu Maha Adil...buat baik atau jahat walaupun sebesar zarah akan ada pembalasannya sama ada di sini atau disana ataupun pada anak cucu kita...

Dan sebagai peringatan untuk diri sendiri, sentiasalah kita mengingati Allah dalam apa jua yang kita lakukan...sesungguhnya Allah itu Maha Adil., dan semua di dunia ini adalah milik Allah hatta diri kita sendiri....wallahua'lam..

Semoga semua keluarga dan kawan2 yang saya sayangi sentiasa dalam lindungan Allah selalu...i love you all....

Monday, 26 September 2011

JIWA KACAU....& CHILLED MANGO CHEESECAKE

Aduh...sehari dua ni sakit kepala betul...macam-macam masalah....tapi tak pe laa....apa2 pun itu semua adalah ujian dari Allah SWT....kita sebagai hambaNYA perlulah redha dan sabar kan...

DAn saya pulak bila jiwa dah kacau, mulalah rasa nak makan macam-macam...so untuk tak mengecewakan jiwa kacau ni, saya buat Chilled Mango Cheesecake yang resepinya saya ambik dari Dapur CMG kita...., rasanya tak perlu diperkenalkan lagi che mat gebu kita ni...dia memang banyak betul jasa pada orang2 yang baru nak belajar masak macam saya ni...

Untuk resepi, sila klik kat SINI ye..So, jom tengok hasil NO  BAKE CHEESECAKE  ni dulu...

Chilled  Mango Cheesecake,....lazat, lemak dan berkrim...

Nuhin dah tak sabar nak makan sampai sememeh kek saya potong, apa2pun kata nuhin kek ni spesel untuk "UMMI" di JB..

Saturday, 23 July 2011

BIRDS..

Lepas solat subuh pagi ni, tiba rasa nak bukak tingkap, bukan bukak besar-besar macam dekat Malaysia sinun yer, tapi sekadar nak jenguk nak tengok hari dah cerah atau belum.., untuk pengetahuan kawan2, waktu subuh disini pukul 3 lebih tau, so awalkan??,  Jadi saya pun bukak lah tingkap bilik tidur kami, masa nak bukak tu dah dengar dah bising sikit kat luar tingkap tu , macam ada something je..( hatiku berkata-kata)..jeng..jeng....suspen tau...bila saya bukak alangkah terperanjatnya saya bila tengok ada .........cuba teka apa dia????

Haaa.... dah dapat jawapan  apa dia??....hermmm alangkah terkejutnya saya bila tengok ada 2 ekor anak burung yang masih kecil, rasanya baru 1hari menetas kot...bulu2 pun tak berapa nak tumbuh lagi. Kesian dia, terkejut tengok saya, nak terbang tak boleh dan ibunya pula dah terbang menghilang entah ke mana, mungkin terperanjat bila dengar saya bukak tingkap tadi kot.

Alhamdulillah saya sempat lah snap gambar burung tu.....bukan senangkan nak dapat tangkap gambar burung punya la dekat cam gini...

Ini gambar anak burung itu..nampak tak bulu2 dia baru nak tumbuh...cantikkan...

Ini pulak 3 hari selepas itu...cepat betul bulu2 burung ni tumbuh..


Alhamdulillah, kagum betul saya dengan ciptaan Allah SWT, Betapa Allah itu Maha Berkuasa, kadang2 saya terfikir bagaimana burung2 dan anak2nya mampu hidup di Bumi Arab terutamanya pada musim2 panas yang adakala suhunya mencecah 50 darjah celcius....Masya'Allah, Sesungguhnya Segalanya Milik Allah dan berlaku atas kehendakNya....tak terjangkau dek akal saya yang terbatas ini....