Showing posts with label ME. Show all posts
Showing posts with label ME. Show all posts

Wednesday, 1 August 2012

Renungan bersama...

Salam untuk teman2 semua.....

Sedikit renungan bersama  di petang Ramdhan nan mulia dan penuh barakah ini....


Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba yang diredhai Allah SWT di dunia dan di akhirat. ameen.

Friday, 20 July 2012

Ramadhan Kareem


Salam Ramadhan buat kawan-kawan pembaca sekelian. Semoga Ramadhan tahun adalah yang terbaik berbanding Ramadhan sebelum ini. InsyaAllah.

Bagi saya, Alhamdulillah, ini merupakan tahun ke 3 saya menyambut Ramadhan di sini, Saudi Arabia.  Tahun pertama disini memang terasa janggal kerana waktu puasanya adalah lebih panjang dan berpuasa dalam keadaan suhu panas membahang yang kadangkala ianya mencecah 50++ darjah. Tapi Alhamdulillah dapat juga disempurnakan..cuma agak terkilan kerana pada tahun itu, saya tidak pergi menunaikan solat Tarawikh di masjid. Masa tu ingatkan hanya lelaki sahaja solat dimasjid.

Dan tahun lepas, antara tahun yang bermakna bagi saya sekeluarga, kerana Ramadhan pertama disambut di Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah. Masih saya ingat ditika itu, pertama kali berbuka di Masjidil Haram, hati sebak dan sayu sesayunya..hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan disaat itu...walaupun berbuka dengan hanya SETEGUK ZAMZAM DAN SEBUTIR TAMAR, tanpa lauk pauk yang sedap, tanpa kuih muih penuh meja, tanpa jus dan teh namun nikmatnya amatlah tidak terhingga, tak dapat di luahkan dengan kata-kata. Alhamdulillah.


MashaAllah, Subhanallah, Allahuakhbar


Walaupun dalam keadaan umat manusia yang bersesak-sesak, sempit, , namun dengan izin Allah, insyaAllah tempat kita pasti ada...MasyaAllah..Allahuakhbar...Masih saya ingat ketika laungan Azan Maghrib dilaungkan, saya masih mencari2 tempat duduk, tiba2 ada seorang makcik menarik saya untuk duduk disebelahnya berdekatan dengan tiang dan berhadapan dengan deretan air zamzam, manakala suami saya mencangkung dihadapan saya, dan kami diberikan beberapa biji tamar, gahwah dan air zamzam dan ketika suapan pertama buah tamar ke mulut, tiba-tiba air mata bercucuran, tanpa henti,,...perasaan tak dapat digambarkan., saya rasakan diri ini amat kerdil, melihatkan keadaan keliling, semuanya menikmati juadah berbuka dengan tamar, gahwan, air zamzam dan jika ada yang lebih sikitpun roti, namun diwajah  mereka semua memaparkan perasaan yang sungguh indah..mereka betul-betul menikmati hidangan itu dengan penuh syukur, MasyaAllah. Tiba2 saya rasa termalu sendiri...saya kalau berbuka tak sah kalau hidangan tak penuh meja. Tak habis buang saja. senang bukan. Astaghfirullahaladzhim..Semoga Allah ampunkan saya. InsyaAllah ianya tidak akan berulang.

Alhamdulillah, pada tahun itu juga, saya berkesempatan menunaikan solat Tarawikh di masjid2 sekitar Jubail hingga ke penghujungnya dan paling menarik kami dapat solat Tarawikh berimamkan imam muda yang umurnya 11 tahun..MasyaAllah, alunan ayat2 suci al-quran dan doa qunutnya amat menyentuh sanubari, dan tanpa sedar air mata pasti mengalir, kemerduan bacaannya membuatkan kita seolah-olah tidak mahu mengakhiri solat tersebut, MashaAllah, Subhanallah.....Ini memang betul-betul pengalaman baru buat saya Nuhin juga sangat teruja kerana sangka imam itu sebaya dia, setiap hari lepas solat, masuk je kereta, dia akan cakap, "Ummi, I  want to be like him...I want to read Quran in the Masjid same like him. Alhamdulillah..moga berjayalah suatu hari nanti, ameen.

Untuk pengetahuan, disini, kebiasaannya, solat terawikh  akan dilewatkan sedikit..ya;ni tidak terus solat selepas solat Isya' seperti mana di Malaysia. Dan jika di Malaysia Doa Qunut akan dibaca bermula pada 15 malam terakhir, namun di sini Doa Qunut akan dibaca bermula malam pertama solat Tarawikh, juga kebiasaanya untuk 10 malam terakhir, solat terawikh akan di buat 4 rakaat sahaja pada awal malam, makmum akan balik dan pada pukul 12 malam, makmum akan datang semula dan akan disambung semula tarawikhnya berserta doa yang sungguh syahdu..MasyaAllah, malam -malam 10 terakhir ini doanya lebih panjang dan biasanya si imam akan membaca sepenuh hati bagi memohon keampunan dari Yang Maha Esa.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua. InsyaAllah,


Thursday, 19 July 2012

PABILA YANG DIRANCANG TIDAK MENJADI, REDHAILAH IA, KERANA ITU YANG TERBAIK

Geram, marah dan sakit hati,  itulah perasaan tika ini. Itulah rasanya bila janji dimungkiri.

Saat ini sebagai manusia yang sangat lemah, saya memang berasa sangat marah, sakit hati dan kecewa..tetapi dalam masa yang sama, saya tahu, saya harus meredhainya dan menerima dengan hati terbuka, dan ya saya sedang cuba untuk menahan hati..cuba untuk beristighfar sebanyak mungkin agar kemarahan dan kekecewaan itu padam kerana saya sedar siapalah saya untuk marahkan takdir, atau marahkan seseorang...saya tidak punyai apa2 dalam hidup ini..semuanya hak mutlak Allah SWT....wah betapa kerdilnya diri saya,


Tuhanku, sesungguhnya ku tak layak untuk syurga-Mu, namun ku tak sanggup ke neraka-Mu, Oleh itu ampunkan daku....



Sudah hakikat dan rencah kehidupan..kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi sebaik manapun perancangan kita, perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik, dan apa yang pasti, sesuatu kejadian itu pasti akan ada hikmahnya yang tersurat mahupun tersirat. Itu adalah rahsia Allah SWT.

Walau bagaiman rapi perancangan tersebut,,walaupun baik buruk dah dikira, dihitung, ditolak, dicampur, kita sebagai hambaNYA tetap tidak dapat melawan takdir. Jika takdirnya tak menjadi, tak jadilah, sebaliknya jika takdirnya menjadi, jadilah seperti yang dirancang, maka bersoraklah siperancangnya...oleh itu wahai hati, belajarlah untuk menerima sesuatu itu dengan hati yang terbuka dan redha walaupun pedih. Maafkanlah sidia itu.  Mungkin itupun bukan kehendaknya.

Siapalah kita untuk mempertikaikan segala sesuatu itu ? Sesungguhnya Allah SWT adalah pencipta kita, dari DIA kita datang dan kepadaNYA jualah kita akan kembali..dan pastinya segala sesuatu yang terjadi itu adalah yang terbaik untuk kita. InsyaAllah. 



Semoga Allah SWT mengampunkan saya dan anda semua..amennn.






Thursday, 12 July 2012

I am back !!!! Huuyeehhhhh





Wah wah seronok nampak...ok... untuk kali ni tak mo cite panjang - panjang...cuma nak bagitahu cik puan zarif akan aktif semula nak menulis...dolu2 ingat macam nak biarkan aje blog ni jadi tukun .. atau sarang labah2, memandangkan macam tak cukup masa ( alasan terbaikkan..), tapi bila difikirkan balik..untuk seseorang saya mulakan semula menulis blog ini. InsyaAllah mulai esok, nantikan siaran tertunggak yang berjaman lamanya...tunggu tauu.... ok, ni dah malam sangat..ngantuk pulok....jumpa esok ya....Assalamualaikum.....

Monday, 27 June 2011

FELT ! FELT ! FELT !

I love cooking, and so does crating !! To me crafting is fun, easy to get into and beneficial to everyone !!!!, It's joyous to make that first item, knowing it won't be your last... Addicted u.....
And now, I am deeply in love dengan Felt Craft..so guys, sehari dua ni asyik duk bermain dengan felt fabrics aje...check it out...


P/s : tak ada la cantik sangat....it's juz so - so aje, tapi  kata hubby, for the beginner, it's acceptable la...:P






My first felt project : Quite book, spent 7 hours to complete this book.


The pingu ( which not so ok  :/, sangat tidak puas hati dengan jahitan) - requested by Nuhin., Needle case and my mini hard-disk case.

Needle case

The inside





Monday, 20 June 2011

MY MACARONS....


wah lama sungguh saya tak update blog ni, bukan malas, tapi internet kat sini memang lembab ngalahkah siput, tak tahulah apa masalahnya, nak buka satu page pun ambik masa 1/2 jam.....tapi hari ni sebab terlalu happy, saya sabarkan diri jugak untuk kongsi tentang kegembiraan saya....:D..


 Alhamdulillah, akhirnya jadi jugak macaron saya, tak pecah dan berkaki..suka sangat...tau tak nak dapatkan hasil mcam ni, hampir 7 kali cuba dan gagal, tapi saya ni jenis yang selagi tak dapt mesti nak buat sampai dapat...so, lepas berminggu2 buat research, ini lah hasilnya.....suka..suka sangat.....hari ni sepanjang hari senyum sampai telinga tau....


Macarons - swiss method.

Sebab macarons ni memang dah manis, so fillingnya saya hanya letak peanut butter...

p/s : nak resepi? nanti ye bila line intenet dah ok sikit saya akan masukkan resepi kat zarif kitchen.

Monday, 13 June 2011

DIA DATANG, DIA KEJAR....

Teringat lagu Fauziah Latif yang popular zaman dolu2, jom kita nyanyi sket..

Tua Mengejar, pasti tiba saatnya...
kita merasa hidup tak segagah waktu remaja, 
dimana tenaga menyala2..

Betullah kot, kalau dulu nak berdiri 2 hari 2 malam pun takde hal, tapi sekarang, berdiri 20 minit pun semua sendi dah sakit2..kalau dulu masa saya remaja, saya tertanya2 macam manalah agaknya yer, bila saya berada di fasa 30-an...sekarang apabila dah merasai fasa 30-an, hati tertanya2 pula bagaimana agaknya rasa berada di fasa 40-an..dan begitulah seterusnya persoalan yang tak pernah habis, itupun jika diberi kesempatan untuk merasai nikmat hidup pada peringkat umur tersebut.

Gambar sekadar hiasan, ini salah satu gambar kegemaran dalam koleksi saya, renungan pakcik ini membawa 1001 makna. Sentiasa tersenyum ketika berbicara, Terima Kasih Pak Cik atas segala nasihat.

 Jika tidak diberi kesempatan bagaimana ya?? Sebenarnya, bagi saya fasa umur tidak penting kerana umur hanyalah angka semata, umur sebenar kita apabila, mata tertutup, nafas terakhir terhenti, maka itulah umur sebenar, jadi dah bersediakah saya untuk menghadapi semua itu, apalah bekal yang bakal saya bawa ke "sana" nanti....... 

Sunday, 15 May 2011

Feeling Happy..:)

Alhamdulillah....,



Memetik satu kata pujangga :

""kita tidak perlu menang semua PEPERANGAN, akan tetapi, kita perlu menang semua PERJUANGAN"

dan Alhamdulillah, hari ini sekali lagi aku telah menang satu lagi perjuangan, terima kasih Ya Allah...

Wednesday, 27 April 2011

LASKAR PELANGI

Filem ini merupakan salah satu filem kegemaran aku dan Mr hubby. Laskar Pelangi,sebuah filem Indonesia, yang dah berkali - kali aku tonton, dan setiap kali itulah aku akan menangis bila tiba di part yg paling akhir....sedihhh seeeyyy 

Laskar Pelangi





Filem ini sebenarnya diadaptasikan hasil dari sebuah novel karya Andrea Hirata. Berlatarkan suasana 1970-an, bagi aku filem ini sangat sangat menarik dan menyentuh rasa. Kenapa, mari aku ceritakan., mengisahkan hari pertama pembukaan kelas baru sekolah SD Muhammadiyah, sebuah sekolah kampung yang sangat uzur dan daif, Memiliki hanya seorang guru perempuan dan seorang kepala guru ( guru besar) (sedih tau tengok sekolah mereka sungguh menginsafkan) Situasi menjadi cemas kerana, pada hari pertama pembukaan kelas baru, hanya 9 orang murid yang mendaftar sdangkan jumlah minimum untuk membuka kelas adalah 10 orang, jika tidak, sekolah terpaksa ditutup. Akhirnya, kehadiran Harun menamatkan penantian 2 orang guru lantas menyelamatkan sekolah tersebut daripada ditutup. Maka dengan itu kelas mereka bermula dan guru wanita mereka yang bernama  Bu Muslimah telah menamakan mereka sebagai Laskar Pelangi.

Filem ini banyak mengisahkan tentang kehidupan pedalaman yang sangat daif dan miskin, kesusahan dan ketabahan pelajar-pelajar dan guru mereka dalam menggapai pelangi. Saya masih ingat lagi, apabila seorang murid ( saya sudah lupa namanya),  yang ditugaskan ke kedai cina bagi mengambil kapur tulis dan kapur itu diambil secara hutang...suatu hari, sewaktu kekedai untuk mengambil kapur seperti biasa, dia terlihatkan tangan anak tauke yang sungguh putih menghulurkan kapur melalui satu tingkap kecil dan terus jatuh cinta,..( adengan ini amatlah lucu - anda perlu tonton utk merasainya..tak tahu nak gambarkan macammana) dan ada juga dimana satu ketika, keadaan menjadi sangat sedih apabila sekolah dilanda ribut, dan  pondok sekolah mereka banyak yang rosak serta perlu dibaiki. Dengan keazaman yang kuat, mereka semua bergotong royong membaiki sekolah tersebut termasuk kepala guru, Pak Harfan. Sungguh menyentuh!

Selama 5 tahun mereka belajar disekolah tersebut, bersama2 Bu Muslimah dan Pak Harfan ( guru besar), mereka berjuang habis-habisan untuk meneruskan, memastikan sekolah ini terus berdiri. Terlalu banyak tekanan yang diterima antaranya daripada jabatan pendidikan yang mendesak supaya menutup sekolah ini.


Filem ini juga menyelitkan tentang betapa pentingnya nilai persahabatan yang mana mampu menyelamatkan hidup manusia, yang secara fitrahnya memang memerlukan, dan saling bergantungan satu sama lain. Kesemua pelajar ini memiliki kecekalan hati untuk meneruskan persekolahan mereka, begitu jua dengan dua orang guru mereka. Semangat guru mereka itu boleh dilihat, apabila Kepala Guru mereka meninggal dipejabat sekolah., sungguh tragis, saya teresak juga semasa menonton adengan ini......

Kematian Pak Harfan, memberi impak yang besar kepada Bu Muslimah, yang mana beliau terpaksa  sendirian mengajar  10 murid dan menghadapi cabaran sehingga terbit rasa putus asa, namun, atas dorongan  dan semangat waja dari 10 murid ini, beliau kembali bersemangat mempertahankan SD Muhammadiyah. Diantara 10 orang murid ini, terdapat 3 orang murid yang benar2 pintar iaitu Ikal, Lintang dan Mahar yang mana kerana kecerdasan dan kepintaran merekalah yang  mendorong murid2 lain. Lintang adalah pelajar pintar yang boleh melakukan pengiraan hanya menggunakan imaginasinya, kelebihan itu telah menaikkan nama sekolah apabila mereka meraih  kemenangan dalam pertandingan kuiz antara sekolah. Namun begitu,  kegembiraan yang dikecapi tidak lama, apabila dia pulang ke rumah untuk memberitahu bapanya(ibunya telah mati) tetapi, sebaliknya berlaku apabila mendapati adiknya menangis mengatakan bapanya tidak pulang2 sejak tadi..(ayahnya meninggal ketika keluar ke hutan)..serentak dengan itu, dunia Lintang menjadi gelap kerana terpaksa berhenti sekolah lantaran perlu bekerja untuk menanggung adiknya..Disaat ini, masih terbayang2 ekspresi muka Lintang..sungguh mampu buatkan saya menangis teresak2 lagi....huhuhuhu

Akhir kata, tarikan cerita ini banyak dibantu oleh pelakon hebat kanak2nya yang pandai bermain dengan emosi wajah, yang mana ada ketikanya boleh membuatkan kita gelak sakan dan ada ketikanya boleh buat kita teresak2 .......Filem ini mempunyai sekuelnya iaitu " Sang Pemimpi" yang juga sangat menarik...nanti ada kelapangan, saya akan kongsikan dengan kawan2 yer....