Tadi, lebih kurang pukul 9:00 mlm waktu Saudi, ketika saya mencuci pinggan mangkuk didapur, dengar masjid dekat rumah mengaji.., pelik jugak, biasanya jika tiada apa2 peristiwa penting jarang kedengaran orang mengaji di masjid. Apabila En suami nak turun pergi kerja, dia interkom rumah, bagitahu semua masjid mengaji, saya pun macam pelik, tapi fikir punya fikir, baru teringat hari ni dijangka akan berlakunya satu lagi fenomena besar alam semulajadi, iaitu Gerhana Bulan Penuh..Masya'Allah, macam mana saya boleh terlupa...
Patutlah, sayu betul saya dengar imam ni mengaji, kejap2 dia berhenti kedengaran sebak suaranya mengimamkan solat sunat gerhana bulan. Tak nak cerita panjang2, sekadar berkongsi, dalam islam, kita sebagai penganutnya disunatkan untuk melakukan solat sunat khusuf/ solat sunat gerhana bulan.
Nak tahu lebih lanjut, bolehlah ke apa itu gerhana bulan dan ke solat sunat gerhana
Selamat beribadah kawan2, ambilah kesempatan selagi masih ada....
No comments:
Post a Comment