Sebenarnya dah lama saya nak bercerita tentang kehidupan disini, nak berkongsi dengan kawan-kawan dan kaum keluarga tentang macam mana kami menjalani hidup di negara yang memang asing pada kami . So untuk entri pertama tentang jubail saya ingin ceritakan tentang pasar Jubail.
Actually pasar ni letaknya lebih kurang 2 kilometer dari rumah saya, lebih kurang 5 minit perjalanan. Pasar disini dibahagikan mengikut beberapa section, iaitu ada section ikan ( Fish Market ), Ayam dan Daging ( Meat and Chicken), dan Pasar Sayur/Buah (Fruits/ Vegetables Section ), dan terdapat juga beberapa buah kedai runcit dan kedai makan yang mana kita boleh upah kedai tu masak once kita beli ikan, daging, ayam, udang dan sebagainya..biasanya caj dikenakan mengikut berat ikan.
Okay, untuk part 1, saya nak bercerita mengenai Pasar Ikan. Pasar ikan disini dibuka setiap hari dari pagi sampai malam ( tak sure pulak pukul berapa) dan biasanya ditutup setiap kali waktu solat. Dan makluman, di Saudi, setiap kali waktu solat, semua operasi jual beli akan dihentikan. Alhamdulillah..
Tak nak cerita panjang, biarlah gambar yang bercerita, jom layannnnn :-
|
Biasanya pada setiap pagi akan ada Lelongan Ikan (Fish Auction) |
|
Ikan2 ini biasanya akan diborong oleh pemilik gerai ikan dan pemilik restoran. |
|
Segala macam dan berjenis-jenis ikan yang ada ( ini gambar sewaktu musim sejuk ya), dari sekecil2 ikan kembung hingga sebesar2 ikan cermin...
|
|
Ikan Yu, banyak betul pada musim sejuk |
|
Lagi ikan, ikan2 ini dijual secara borong kepada pekedai ikan ataupun pemilik restoran. |
|
Banyak seyhh ikan...rambang mata dan geram sungguh. |
|
Ini pula salah satu gerai ikan yang terdapat di Pasar Ikan |
|
Ikan2 sama je macam ikan kat Malaysia |
|
Tokey kedai dengan ikan2nya.. |
|
Ini pulak telur ikan segar, macam telur ada, telur ikan duri, telur ikan tenggiri, hanya SR10 satu bakul, murahkan?? murah lah sebab permintaan untuk telur ikan amatlah kurang...permintaan hanyalah dikalangan orang2 Malaysia / Filipino.
|
Okaylah itu sahaja serba sedikit tentang pasar ikan. Satu tips yang nak dikongsi ialah biasanya harga ikan akan lebih mahal pada hari minggu iaitu hari Khamis dan Jumaat.. besanya adalah dalam 10-20 rial...so, adalah lebih baik beli ikan pada hari2 biasa....
ok, babai...
No comments:
Post a Comment