Assalamualaikum...
Lama betul tak buat makan2 kat rumah...jadi sempena hari raya ni kami mengambil kesempatanlah untuk menjemput beberapa orang kawan2 untuk datang ke rumah...nak kata open house pun bukan, jamuan raya pun bukan..yg dijemput pun bukanlah ramai sangat, hanya 3-4 keluarga sahaja iaitu jiran-jiran satu compound dan juga bekas jiran satu compound...
Alhamdulillah, walaupun persiapan tak seberapa, tapi ianya berjalan dengan lancar. Terima kasih lah kepada yang sudi datang dan makan, walaupun masakan memang tak sedap dan tak seberapa....
Lepas jamuan raya tu, minggu selepasnya ada juga rakan2 lain yg datang beraya ke rumah terutamanya yang baru balik dari Malaysia...ceria sungguh wajah masing-masing....mereka ni datang pulak bukan dengan tangan kosong, sebaliknya banyak pulak ole-ole dari Malaysia...terima kasih yang tak terhingga untuk kak norma OTAI lama dalam dunia blog ni, pst...pst... nak tengok blog kak norma boleh la ke sini ye
PURPLE HEART. Dan terima kasih juga buat Nasir dan Kak sah....
Ada yang sempat ambik gambar, ada pulak bila kalut-kalut tak sempat pula nak ambik gambar...pada yang lain-lain tu kalau sudi meh lah datang berjalan ke rumah ya....tapi cam biasalah, janga lupa bagi advance call.
|
Ayep yang paling cool n sporting.... |
|
ni pulak jiran atas rumah, en mat shah dan cik puan ida tak sempat pula nak ambik gambar. |
|
Kak Sah dan anak-anak, untuk mereka kami jamu nasi putih, sup tulang, sayur campur, sambal belacan, tempe dan pencuci mulut serta tapai....sedap pulak makan ramai2 macam ni... |
|
Nasir ( my x-boss ) dgn hubby |
|
Satay yang di sediakan lebih awal , satay ayam, daging, dan sedikit satay limpa |
|
Satay, kuah kacang, nasi impit dan mee hoon |
|
Gulai daging, Jelatah, Belacan, Ayam Goreng, dan Nasi Minyak |
|
Pencuci Mulut yang tak seberapa, lemon cheese cake, agar2 kosong, biskut raya dan tapai pulut
|
No comments:
Post a Comment