Sunday 16 October 2011

LIFE IN JUBAIL : MALAYSIANS' COMMUNITY DAY @ DAKWAH N GUIDANCE CENTRE

Hari Rabu minggu lepas, tempat kaum wanita menggali ilmu, telah mengadakan hari terbuka untuk kaum wanita Malaysia. Inti sebenarnya adalah untuk memperkenalkan dengan lebih dekat apa itu sebenarnya Dakwah Centre, dan apa kursus yang disediakan. Selain itu ada juga acara sampingan seperti indoor game, macam kotak beracun, pertandingan sepit paling banyak dan sapa pakai setokin laju...hahahaha kelakar sungguh. Selain itu yang lebih menarik, ada kurus pendek tentang haji dan juga penerangan tentang herba-herba yang amat mujarab dijadikan ubat yang mana disertakan hadisnya sekali....Alhamdulillah rasa sungguh berbaloi .

Dakwah Centre ini tempat dimana kaum wanita tak kiralah islam atau tidak, yang berminat untuk belajar Bahasa Arab,Tajwid, Hafazan, Bahasa Inggeris, Kelas Solekan dan Keperibadian dan macam-macam. Yuran di kenakan SR150 ( tidak termasuk buku ) termasuk pengangkutan pergi dan balik, dan untuk Nusery ( disediakan bagi ibu-ibu yang punya anak ) adalah SR200, untuk satu semesta, saya lupa berapa bulan tapi lebih dari 7 bulan kalau tak silap...kalau sapa2 tahu tolong betulkan yerk...:D. Pada siapa yang belajar sampai tamat dan menduduki final xam, akan mendapat sijil dan sekiranya tamat untuk semua level, akan di tawarkan untuk jadi tenaga pengajar di situ.

Ni Bas Sekolah Kami.


Pintu Masuk Utama, dekat gate lupa pulak nak ambik gambau

Ini sebahagian dari herba-herba yang baik untuk kesihatan, InsyaAllah ada kesempatan  saya akan buat entri khas untuk ini, sangat bermanfaat.

Buku Panduan Haji  dan Umrah, Buku sunnah Rasulullah SAW yang diberikan percuma



Sebahagian daripada kaum2 ibu yang hadir

Kak Zura, the first lady kita, .tqvm kak zura.

Kak Zira 

Sessi bergambo lepas dengar taklimat Haji

Geng Bas Skolah

Replika susun atur dari MAsjidil HAram, Mina, Mudzalifah dan ARafah bagi memudahkan kefahaman.

Ok, sekian dulu, maaf ye kalau bahasa saya agak berterabur....:D

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Terima kasih utk entry ni...
    Sekurang2nya saya dah dapat skit gambaran life kat sana...
    Suami baru dapat keja kat sana...
    Sbb tu tgh search komuniti malaysian kat sana....
    Harap dapat join one day..

    ReplyDelete