Showing posts with label LIFE In Jubail. Show all posts
Showing posts with label LIFE In Jubail. Show all posts

Sunday, 16 September 2012

CORAT CORET RAMADHAN : PART 5, IN BETWEEN HERE N THERE.

Assalamualaikum....

Tiba-tiba elok pulak mood hari ini datang, sebenarnya rindu dekat suasana Ramadhan yang lepas. Entahkan sempat atau tidak lagi untuk kita berjumpa Ramadhan yang akan datang..

Okay, tak ada apa-apa pun yang hendak dibebelkan..cuma nak berkongsi gambar2 sekitar Ramadhan baru2 ini....




Waktu operasi shopping mall dibulan Ramadhan, sapa2 yang nak membeli belah, dinasihatkan pergi lepas pukul 9 malam. Kalau tak jenuhlah nak kena tunggu dalam gelap tanpa aircond.....:D

Salah satu Ramadhan Camp in Khobar, Ramadhan Camp ni adalah tempat iftar percuma untuk orang ramai, biasanya makanan disediakan hasil dari sumbangan orang2 kaya di Saudi. Camp biasanya didirikan di bandar2 besar saperti Khobar dan Dammam. Kalau di daerah kecil seperti Jubail, ianya dipanggil Breakfast Tent - konsep sama cuma lebih kecil.

Ramdhan-Tent In Jubail. Pembahagian makanan untuk Iftar, nak bawak balik pun boleh, nak makan disitu pun boleh - Khemah lengkap dengan hawa dingin disediakan. Selain khemah seperti ini, makanan juga disediakan dimasjid2. Alhamdulillah

Antara kontena yang berisi minuman - air kotak, mineral , etc, adalah terdapat2,3 biji kontena macam ni. Orang2 kaya disini memang berebut2 mencari pahala antaranya dengan memberikan sumbangan dalam bentuk sebegini. Alhamdulillah.



En Arip, ajak kami rasai pengalaman dan pergi tengok sendiri, dan Alhamdulillah dapatlah rasa dan berkongsi pengalaman, rasa insaf dan bila letakkan diri pada keadaan orang yang susah / memerlukan begini, terasa macam sangat berterima kasih  pada mereka2 yang bermurah hati menyumbangkan makanan dan minuman ini..secara tak langsung,  dalam hati mendoakan semoga  hidup mereka diberkati Allah SWT, Dapat juga mengajar Nuhin menghargai apa yang dimiliki sekarang, supaya dia tahu erti susah dan perlunya kita membantu insan2 yang memerlukan, semoga dia lebih tahu untuk menghargai nikmat2 pinjaman Allah SWT dan nampaknya dia faham..Alhamdulillah.


Kami dapat 2 bungkus, Ini antara menu / hidangan yang di berikan, Nasi Mandi Ayam, Tamar, Air Kotak  dan air mineral.
Alhamdulillah..
 p/s : Nasi Mandinya sangat sedap ya!!
 
Egyptian Food -Koshari- Nice, Satu bungkus ni SR8 kot. Banyak lapisan, ada bawahnya ada nasi, macaroni, spagetthi, lentil, dal, dan toppingnya bawang goreng, kuah tomato...

Dihidangkan dengan 2 jenis sos - sos lemon/lime dan minyak pedas ni ( dua2 tak sedap )

Pandangan yang lebih jelas... - koshari
 
Bengkang kedai tepi rumah ( buat sendiri ler...byklah kedai kat sini nak jual kann)

Ni pulak, nan kedai mamak belakang rumah - penat menguli roti ni weyhhh

Ni bahan2 untuk yong tau foo ..semua buat sendiri kecuali sosej tu...( lepas buat rasa mcam tak nak makan setahun yong tau foo )
Gambar 1 : isi ikan yang diblend disumbatkan kedalam sayur2 yang ada, dan di bentukkan panjang2 untuk ambik feel ala2 yong tau foo kat pasar malam malaysia
Gambar 2: setelah siap dikukus dan di potong
Gambar 3 : isi ayam yang diblend saya salutkan dengan kulita tauhu kemudian bakar...yummsss
Gambar 4 : Amcam, ada rupa frozen foods mcm kat Malaysia tak???
Kalau korang nak resepi sila bagitahu...:D

Chee Cheong Fun pelengkap YTF . Lembut pulak jadinya kalinya.. Alhamdulillah..

Alhamdulillah, syukur pada mu  YaAllah atas segala kurniaanMu...

Bihun sup sempoi Cik TOm depan rumah... ^_^
Mi Rebus Anak Itik pulang petang 

Satay Ikan depan skolah.. ^_^

PEnjual sayur dijalanan.... 
Ini pula hidangan pemberian jiran arab. Kalau dulu berjiran dengan orang Malaysia, seronok dapat  tukar tukar kuih Malaysia, sekarang pengalaman baru dapat rasa juadah berbuka penduduk tempatan. Alhamdulillah
Dan lagi, ini biasa makanan ruji tempatan disini, atas tu macam sup, tapi dicapur dengan dal, jagung, ayam dan herbs. sup ini pekat dan sedap, yang macam kuah kari tu, macam gulai la..sedap jugak buat cicah dengan roti, mangkuk lagi satu, pasta digoreng dengan tomato pun yummeh... roti tu pun sedap..simpan esok pun lembut dan bawah tu tak ingatlah nama apa..macam jemput tapi teksturnya lebih ringan mcm donut/cakoi..disalut dengan madu..yang ini pun sedap ... pendek kata semua sedap lah, lagi lagi bagi kami yang tekak semua boleh bedal...ngeh..ngeh..ngeh...
Alhamdulillah

Di sini, biasanya zakat dibayar menggunakan beras. Amat jarang dibayar menggunakan duit, dan untuk menyenangkan semua orang, beras khas untuk zakat yang telah siap di bungkus seberat 3kg memang disediakan di mana2 sahaja. Macam2 harga ada bermula dari SR15 ++ mengikut grade.  Senangkan???

Antara pilihan beras yang ada, Ini dipasaraya, kalau pada malam2 terakhir Ramadhan, banyak aje budak2 muda menjual beras ini di tepi-tepi jalan. 

Antara pemandangan unik disini, Sebenarnya ini gambar di kaki lima masjid, botol air mineral ini disusun oleh mana2 hamba Allah yang berhati mulia, memberikan air ini untuk siapa2 sahaja yang dahaga yang datang solat.. Alhamdulillah, semoga Allah SWT murahkan rezeki beliau dan memberkati beliau. Aminn

Biasanya usai menunaikan solat Tarawikh di Masjid, kami akan ke kedai ini untuk membeli air buah...semuanya sedap terutama avocado, harga pun ok....Alhamdulillah


Ini pulak taugeh yang dijual kat sini..kesian kan? Macam ni pun harga SR4 ++ :D
Oklah, rasanya gambar dan captions dah cukup menceritakan serba sedikit suasana Ramadhan di SAudi ini dan Jubail khususnya...Alhamdulillah, kami sekeluarga bersyukur kerana dapat merasai pengalaman yang tak terbeli ini. Ok, darlings semua, insyaAllah panjang umur jumpa lagi.










Tuesday, 11 September 2012

CORAT CORET RAMADHAN : PART 4

Assalamualaikum kawan2....semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Tak ada intro panjang2 hari ni, terus lompat pada cerita ye...

Malam itu ( totally lupa berapa hari bulan), saya macam dah tak ada idea langsung nak masak, so Cik Arip ajak lah berbuka dekat kedai. dan pilihan kami, adalah sebuah restoran ala-ala Thai, iaitu Pattaya Restaurant. Actually this is the only choice we have in Jubail, lainlah kalau ke Khobar. Biasanya kalau berbuka di luar, kami akan ke kedai selepas waktu maghrib, dan biasanya selesai makan, masa ngam2 untuk terus ke masjid Solat Isya' dan Tarawikh. Begitulah selalunya.

Jadi malam tu, lepas makan, masa keluar nak ke masjid, kami dapati keadaan dekat jalanraya depan kedai tu agak sibuk dan kecoh sikit, kerana terdapat 2,3 truck bomba dengan siren yang bising banget bunyinya , seolah2 ada satu kecemasan yang sangat besar dan dasyat. Dalam hati terbit juga rasa ingin tahu, tapi memandangkan masa tu memang dah dekat sangat nak masuk waktu, kami tak jadilah  ikut lori bomba tu, sebaliknya terus ke masjid. So kisah bomba tu terhenti di situ.


Selesai solat, entah macam mana malam tu, Cik Arip tak lalu jalan biasa, dia lalu ikut pantai dan terus ke Pasar Jubail. Tapi bila nak masuk jalan dekat pasar tu, nampak orang ramai sangat, kereta pun banyak, nak u-turn tak boleh sebab ada divider, so teruskan aja bawak kereta perlahan-lahan sambil panjangkan leher nak tengok apa sebenarnya yang berlaku, dan akhirnya bila dah sampai ke depan sikit, segala persoalan pun terjawab, nak tahu apa???

Rupa2nya 2,3 truck bomba yang kecoh2 tadi ke sini. Dari jarak sepelaung kami dah boleh nampak pihak bomba bertungkus lumus menjalankan tugas menyembur air buih ke satu kawasan di tepi stesyen minyak area pasar tu. Tapi kami tak tahu samada melibatkan api atau tidak, kerana semasa kami sampai, keadaan sudah dapat di kawal, kalau tengokkan keadaan, macam tak ada kemalangan nyawa...dan asap pun tak nampak...mungkin sebab kami sampai dah lambat plus suasana malam tu sungguh gelap...yelah nama pun malam kan...syabaslah  buat pasukan penyelamat. Alhamdulillah.

Dan macam biasa, sempatlah jugak ambik 2,3 keping gambar, minta maaplah sebab gambar pun tak berapa cantik, sebab tak guna flash... tak berani lerr ... polis ramai, tapi sebelum tu meh layan gambar makanan dulu...slurpppp....


Ikan Sweet Sour dengan Cili Hijau..
Star 3/5

Jasmine Rice ,  Nasi ni ala2 macam pulut sikit , fav Nuhin n Cik Arip

Tom Yam Seafood, macam2 ada, ikan, sotong, udang n ketam
Star : 3/5

Daging dengan Cili hijau - yumms
Star : 4.5/5



Kelihatan pasukan bomba masih lagi menjalankan tugas...


Pandangan dari belakang pasar ikan.


okies, sekian untuk kali ini,insyaAllah kita jumpa lagi...

Monday, 10 September 2012

CORAT CORET RAMADHAN : PART 3, PERGINYA SEORANG HAMBA


Kebetulan hari ini Cik Arip off, Alhamdulillah... macam biasa, usai sahur, dia bersiap2 untuk ke masjid solat Subuh, kalau rumah lama dulu, untuk ke masjid boleh jalan kaki, tapi rumah baru ni, kena naik kereta sebab masjid tu agak jauh la sikit.

Nak dijadikan cerita, biasa dalam 15-20 minit dah sampai rumah, tapi kali ni lambat pulak ( dalam hati cakap mungkin dia jumpa kawan2 kot) , nak call, handphone pula tertinggal, lebih kurang 1 jam baru dia sampai rumah dalam keadaan berpeluh2 dan muka penat, tanyalah kenapa, dia cakap kereta rosak ( bateri kong) nasib jumpa member dia, boleh lah jumper kereta ..Alhamdulillah.

Memandangkan kat sini subuhnya awal, so lepas rehat2 kejap, mesti kena sambung tidur. Masa baru2 nak lelap tu, kami dengar suasana macam bising sangat kat luar rumah, mula2 buat derk  aje sbb kat sini biasalah, diaorg tak tidur sampai pagi, siang karang baru depa tidur..tapi lepas 15 minit, dengar suara perempuan nangis2..kuat pulak tu, saya pun dengan gaya yang agak bz body ( ambil berat sebenarnya )gi lah tekapkan telinga kat pintu rumah ( dgr org nangis kuat jugak lah) pastu ada suara lelaki suruh diam, so saya kejutkan cik Arip suruh lah bangun dan tengok2kan kot2lah ada apa2 yg berlaku, bolehlah tolong, tapi cik Arip buat tatau, dia cakap sini bukan macam kat Malaysia, adat dan budayanya lain sikit, kang silap haribulan kita pulak yang kena...ermm betul jugak kata Cik Arip tu..so, kami sambunglah tidur dengan rasa tak bersalah...

Dalam pukul 10 pagi, Cik Arip nak pergilah bengkel kereta, nak tukar bateri, bila buka pintu, tiba2 tak sampai 2 saat dia ketuk balik suruh bukak dan terus masuk dgn muka cuak, saya tanyalah kenapa, dia cakap macam ada kematian aje kat rumah sebelah..sebab orang ramai...saya pun mcm terkejut lah, tapi dalam masa yg sama tak tahu nak buat apa, takkan saya nak gi ziarah kot, ( dimaklumkan budaya sini sangatlah berbeza dgn Malaysia), so cik Arip pun taliponlah jiran atas rumah, tanya apa sebenarnya yang berlaku dan kami diberitau ibu kepada jiran sebelah meninggal..ibunya dah tua. Dan lagi mengikut jiran atas rumah tu, jenazah akan kebumikan lepas Asar. OOO begitu kisahnya..dan kebetulan hari tu jugaklah kereta kami buat perangai...ujian betul, kalau tak Cik Arip mungkin boleh ikut sama ke hospital atau tolong2 apa yg patut...nak buat macam mana kan...semua tu pasti ada hikmah..

So, kata cik Arip, insyaAllah sempatlah kot dia pergi  solat jenazah. Alhamdulillah kereta siap seperti yang dirancang dan masuk je waktu Asar, suami ke masjid untuk solat jenazah. Untuk makluman, di Jubail ni hanya ada satu masjid sahaja yang dikhususkan untuk solat jenazah, ikut kata penduduk sini, jika ada kematian, jenazah akan dibawa ke hospital untuk diuruskan dan kemudian akan dibawa ke masjid yg ditetapkan untuk solat jenazah. Masjid tersebut  letaknya di bandar jubail ( tetiba lupa pulak  nama masjid tu, will update later sekali dengan gps, kot2 ada yg nak pergi dan tengok cara uruskan jenazah disini.)

Ikut kata Cik Arip lepas solat Asar, mereka akan ke satu bilik yg menempatkan jenazah dan jenazah akan disolatkan disitu, kemudian jenazah akan di bawa ke kawasan perkuburan oleh ambulance untuk urusan pengkebumian. Usai pengebumian, nanti semua hadirin akan bersalaman dengan anak2 arwah si mati..disini tiada  pemberian duit seperti di Malaysia, cuma ucapan takziah. 

Ada lah beberapa keping gambar yang sempat Cik Arip klik2 secara curi..so, maaf ye, gambar mungkin kualitinya kurang sikit.


Kawasan Tempat pengebumian

Pemandangan sekitar kawasan tanah perkuburan disini, tiada nisan yang cantik dan terukir, tiada juga pagar batu mamar seperti di Malaysia. MashaAllah.

"Rumah" yang abadi


ucapan takziah kepada anak2 arwah

Perpisahan yang abadi

Al-Fatihah untuk arwah. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aminnn.

Thursday, 6 September 2012

CORAT CORET RAMADHAN : PART 1, MAJLIS BERBUKA PUASA KRMJ

Alhamdulillah, dapat juga cari mood untuk menulis...

Kita sambung lagi cerita pasal Ramadhan..

Taknak  mengarut panjang2, sejujurnya saya dah tak ingat Ramadhan ke berapa majlis ini diadakan, tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..makanan sedap-sedap dan paling seronok dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa..so, apa tunggu lagi, jomlah cuci mata..tengok2 gambar sekitar majlis tersebut.

Buat Swiss roll aje untuk ke  majlis tu

Kali ni majlis diadakan di Sabic BEach Camp

Yang mana dah sampai dulu


Pintu Masuk

Dewan utama

Hadeed...

Sebahagian dari juadah....nyum nyum nyum

antara lauk pauk

Bubur Lambuk terengganu

Kuih Asam Gumpal ( sagu berinti kacang hijau bersama santan)

SAtu kemestian - Rotub

Lagi Kuih Muih 

Dan lagi

3 mak dara yang anggun jelita.. :D

Rayyan

Ni sesi nak ambil makanan...

Alhamdulillah

Sekali sekala jumpa, banyaklah ceritanya

Kids also, tak ketinggalan...

Tarawikh berjemaah...Alhamdulillah

Twins mak ayah lain2...cute little zara n aisya...

The kiddos, bz with their own business

Gitu jugaklah dgn this little boy

Going Home...insyaAllah jumpa lagi

Last but not least, makanan zaman kanak2 pun ada....

Menggamit kenangan kanak2 rebina...

Selesai part 1, ada lagi beberapa part....:D
Bye...Assalamualaikum..