Saturday 15 October 2011

OUT n ABOUT : WEEKEND IN JUBAIL

Entri terdahulu, saya ada cerita kalau hari2 biasa, petang-petang kami buat apa, hari ni pulak nak cerita aktiviti musim sejuk atau penghujung musim panas pada hari minggu. Disini hari minggu dan hari rehat pada Khamis dan Jumaat dan biasanya kedai-kedai kat sini akan dibuka dari pagi sampai zohor, dan akan tutup sampailah ke waktu asar dan akan di buka kembali pada pukul 4:00 petang.

Tapi hari ni nak cerita tentang makan-makan kat tepi pantai dengan kawan-kawan, jiran atau pun  Kelab Fotografi Jubail. Minggu ni kebetulan  ramai pulak member kelab off day, jadi lepas berbincang, kami dah bersetuuju untuk "outing" ambil sunrise, dan memandangkan matahari muncul awal, pukul 4:00 pagi janji nak gerak dari rumah masing-masing..hehehehehe , tapi saya terlambat bangun...huhhhuhuhu.....

So, masa keluar rumah pagi tu, nampak kabus tebal sangat-sangat, tapi cuaca tidaklah terlalu sejuk, jarak pengelihatan memandu lebih kurang 2km dan kadangkala mencecah 0km. Keadaan ini memang agak membahayakan jika tidak berhati-hati, nampak jugak lah 2-3 biji kereta peronda polis yang berjaga-jaga kalau-kalau berlaku kemalangan.

Sebab bertolak lambat, kami orang yang ke 3 sampai..hiks dan nasib baiknya disebabkan keadaan berkabus yang agak tebal tu, menjadikan sang mentari agak lewat melebarkan sinarnya..hinggalah salah seorang rakan kami As sampai....pandai pulak bajet masa, bila semua korum dah cukup, elok-elok aje si mentari tersenyum indah menampakkan dirinya....MAsyaAllah, cantik sungguh.....

Ini kabus masa keluar simpang rumah kami.

OTW ke Fanateer Beach



Bun Kentang

Suhun / Bee hoon Goreng

Nasi Putih + Gulai Ayam Mabeles ( gulai tak nampak lerr)



Selera lain macam makan ramai ramai ni.

Sementara kaum bapa layan anak-anak mandi laut, kaum ibu duk sembang-sembang.



Cantikkan lautnya..tenang tak de ombak




Cute little boy- Rayyan

I like this one very much

Packing time


Nuhin & Nurin

Lepas gian mandi laut

Tenangnya fikiran mengadap ciptaan Allah SWT


Babai, jumpa lagi




No comments:

Post a Comment