Wednesday 12 October 2011

Walau Nikmat Hanya Sekali, Bersyukur itu perlu selalu....

Semalam, waktu duduk santai bersama En Suami, dia menceritakan satu kisah yg boleh membuatkan saya berfikir panjang....



Diringkaskan , kisah yang diceritakan mengenai sepasang suami isteri yang lengkap dari segala segi, dari harta kemewahan, rupa, budi pekerti dan segala-galanya, namun mereka diuji Allah SWT, kerana tidak dikurniakan zuriat...bukan tidak berusaha, tapi mungkin rezeki belum memihak.

Suatu hari, si isteri pengsan, setelah di bawa ke hospital untuk pemeriksaan, alangkah gembiranya suami isteri ini apabila dimaklumkan bahawa si isteri telah hamil, kenduri kesyukuran,diadakan, mereka juga makin giat bersedekah...

Dan sampailah ketikanya si isteri bersalin,dapatlah mereka seorang bayi lelaki yang sangat comel, dan pastinya ditatang seperti minyak yang penuh...apabila si anak menginjak umur 3 tahun, kenakalan sangat terserlah..segala barang2 ibunya di pecahkan, yang mana kenakalan ini amatlah menguji kesabaran siibu..lantas, suatu hari, keluar dari mulut si ibu, kalau beginilah keadaannya, lebih baik tidak ada anak...

Sesungguhnya, kata2 ibu itu suatu doa, kena pada masa yang mustajab, maka tertunailah doa itu, dan suatu hari, ketika siibu sibuk berkemas dan memasak untuk menyambut tetamu yang akan melawat,si anak seperti biasa, mula menyepahkan ruang tamu, memecahkan pasu, siibu yang sibuk didapur, sudah mulai bengang dengan sikap si anak lantas mengambil rotan untuk merotan anaknya, akibat ketakutan si anak memohon maaf dan berkata, maafkan adik, lain kali adik tak buat lagi sambil berlari ke luar rumah lantas melewati pintu pagar..

Dan tiba-tiba terdengar bunyi hentakkan yang sangat kuat..ibunya berlari dan melihat badan sianak berlumuran darah dan berkeadaan nyawa-nyawa ikan...dipangku anaknya sambil menangis...dalam keadaan susah payah sianak masih lagi berkata, maafkan adik, adik tak buat lagi....

Kisah ini hanyalah suatu kisah yang mungkin kita boleh rungkaikan dan kuiskan dalam kehidupan hari2 kita...banyaknya Allah SWT memberi...tapi adakah setimpal dengan lafaz syukur kita padaNYA...., bila nikmat ditarik, menyesal tidak berguna lagi....renung2kanlah.

Saya tinggalkan anda dengan kata2  ini ;

               " Aku menangis kerana tidak berkasut, sehinggalah aku bertemu insan tidak berkaki "


No comments:

Post a Comment