Monday 10 September 2012

CORAT CORET RAMADHAN : PART 2, GET TOGETHER


Kebetulan my half off hari ni dan a good friend or us jugak off, so we decided untuk iftar sama, bila dah off mesti berbuka tempat jauh2 sikit lah...mana lagi kalau tak kat Khobar...dan kalau dah ke Khobar , nak ambik feel ala2 berbuka dekat Malaysia, kami ke Malaysian Kitchen yang tahun ni tema buffet . Satu kepala untuk dewasa SR55 makanan kira oklah. Padanlah dengan harga kan...ada 2 jenis nasi , nasi putih dan briani dengan lauk2 pauk yang menarik, ada bubur, bihun sup, pelbagai kuih muih serta minuman panas dan sejuk....boleh duduk sampai tengah malam. Surau ada, free wi fi pun ada...so selesalah..

Lepas puas menjamu selera, kami gerak ke destinasi yg memang tak sah kalau pergi Khobar tak singgah, iaitu Kedai Siam, Oriental dan Toko Indonesia....seterusnya kami terus ke LULU untuk cari barang2 yg payah nak dapat kat Jubail.

Alhamdulillah, dapatlah barang2 yang nak dibeli tu..dan paling best lagi, my half cakap, kalau tak puas  lagi beli hari ni, esok kita datang lagi Khobar, sebenarnya dia geram tengok ikan2 kat lulu kali ni segar bugar , dah le segar, murah pulak tu..so esok nak datang beli katanya... ( wa dalam hati dah tumbuh bunga2...sbb sambil2 tu leh melilau ke Tavola dan Zamil jap. Ngeh..ngeh...ngeh..ngeh...

Macam biasalah, cerita tak sah tanpa gambar, ada orang email saya siap suruh letak banyak2 gambar..katanya seronok tengok.. :D.




Malaysian Kitchen  kat Khobar, sorry kualiti gambar tak chantekk., tapi gigih nak tempek jugak..
  
Gambar ni diambil lepas waktu berbuka, so banyak dah kosong.. :D

Family section - selesa



The boys - kualiti gambar pun tak cantik

Cik Arip dengan Yaz, the tokey ..:D

Dengan Ustaz Lah yg banyak sumbang ilmunya masa kursus haji hari tu. 



Ni pulak kat Al-Lulu Hypermarket - fish section. segar bugar ikan, gerams..murah lagi dari pasar jubail

Section mesti  beli - ada daun pandan serai, kucai, lengkuas, halia dsb..

IFTAR SET pun ada

Lepas menjalankan penyiasatan ( cehwahh), kat beberapa pasaraya gergasi, nampaknya kat lulu paling murah, 4.95 sebiji nenas ni, tempat lain SR10, SR6.95..so apalagi terus beli 6 biji untuk buat inti tart nenas...manis gila nenas ni.

Kalau ke Lulu belilah plain paratha ni, sangat di recommend kan made in malaysia, so rasanya sama macam roti canai malaysia, lembut, lemak..yumssss

Tipah tertipu, kacang soya, dekat Panda, SR20 sekilo, jadi bila  jumpa dkt kedai siam, harganya SR5:00 untuk 400 gram terus beli 5 paket sbb ingat dah murah, tapi tengok2 kat lulu SR4:00 untuk 600gms..sedihhh, so lain kali kawan2 beli aje dekat lulu.

Ni pulak asam jawa yang selalu saya guna, lepas cuba byk jenis, akhirnya yang ini memang lebih kurang sama dengan yang macam kat Malaysia.

Kalau malas nak buat kueyteow sendiri, beli aje yg kering ni..tapi tak perlu rendam air panas, nanti hancur, jus rendam air sejuk before goreng, nanti masa goreng tu masukkan dengan air rendamannya sikit...insyaAllah tak hancur.

Dulu-dulu masa baru datang betul2 keliru, ingatkan tepung beras, rupa2nya ini tepung pulut...jangan tersalah ya kawan2.

Ha...ini baru tepung beras betul, kalau nak wat kuew teow saya guna yang ini..

Yang ni saje nak menempek, tembikai kat sini memang besar gedabak, dah lah besar, murah, manis pulak tu... :D


Ok, sekian dulu ya kawan2..insyaAllah jumpa lagi....

No comments:

Post a Comment