Monday 10 September 2012

CORAT CORET RAMADHAN : PART 3, PERGINYA SEORANG HAMBA


Kebetulan hari ini Cik Arip off, Alhamdulillah... macam biasa, usai sahur, dia bersiap2 untuk ke masjid solat Subuh, kalau rumah lama dulu, untuk ke masjid boleh jalan kaki, tapi rumah baru ni, kena naik kereta sebab masjid tu agak jauh la sikit.

Nak dijadikan cerita, biasa dalam 15-20 minit dah sampai rumah, tapi kali ni lambat pulak ( dalam hati cakap mungkin dia jumpa kawan2 kot) , nak call, handphone pula tertinggal, lebih kurang 1 jam baru dia sampai rumah dalam keadaan berpeluh2 dan muka penat, tanyalah kenapa, dia cakap kereta rosak ( bateri kong) nasib jumpa member dia, boleh lah jumper kereta ..Alhamdulillah.

Memandangkan kat sini subuhnya awal, so lepas rehat2 kejap, mesti kena sambung tidur. Masa baru2 nak lelap tu, kami dengar suasana macam bising sangat kat luar rumah, mula2 buat derk  aje sbb kat sini biasalah, diaorg tak tidur sampai pagi, siang karang baru depa tidur..tapi lepas 15 minit, dengar suara perempuan nangis2..kuat pulak tu, saya pun dengan gaya yang agak bz body ( ambil berat sebenarnya )gi lah tekapkan telinga kat pintu rumah ( dgr org nangis kuat jugak lah) pastu ada suara lelaki suruh diam, so saya kejutkan cik Arip suruh lah bangun dan tengok2kan kot2lah ada apa2 yg berlaku, bolehlah tolong, tapi cik Arip buat tatau, dia cakap sini bukan macam kat Malaysia, adat dan budayanya lain sikit, kang silap haribulan kita pulak yang kena...ermm betul jugak kata Cik Arip tu..so, kami sambunglah tidur dengan rasa tak bersalah...

Dalam pukul 10 pagi, Cik Arip nak pergilah bengkel kereta, nak tukar bateri, bila buka pintu, tiba2 tak sampai 2 saat dia ketuk balik suruh bukak dan terus masuk dgn muka cuak, saya tanyalah kenapa, dia cakap macam ada kematian aje kat rumah sebelah..sebab orang ramai...saya pun mcm terkejut lah, tapi dalam masa yg sama tak tahu nak buat apa, takkan saya nak gi ziarah kot, ( dimaklumkan budaya sini sangatlah berbeza dgn Malaysia), so cik Arip pun taliponlah jiran atas rumah, tanya apa sebenarnya yang berlaku dan kami diberitau ibu kepada jiran sebelah meninggal..ibunya dah tua. Dan lagi mengikut jiran atas rumah tu, jenazah akan kebumikan lepas Asar. OOO begitu kisahnya..dan kebetulan hari tu jugaklah kereta kami buat perangai...ujian betul, kalau tak Cik Arip mungkin boleh ikut sama ke hospital atau tolong2 apa yg patut...nak buat macam mana kan...semua tu pasti ada hikmah..

So, kata cik Arip, insyaAllah sempatlah kot dia pergi  solat jenazah. Alhamdulillah kereta siap seperti yang dirancang dan masuk je waktu Asar, suami ke masjid untuk solat jenazah. Untuk makluman, di Jubail ni hanya ada satu masjid sahaja yang dikhususkan untuk solat jenazah, ikut kata penduduk sini, jika ada kematian, jenazah akan dibawa ke hospital untuk diuruskan dan kemudian akan dibawa ke masjid yg ditetapkan untuk solat jenazah. Masjid tersebut  letaknya di bandar jubail ( tetiba lupa pulak  nama masjid tu, will update later sekali dengan gps, kot2 ada yg nak pergi dan tengok cara uruskan jenazah disini.)

Ikut kata Cik Arip lepas solat Asar, mereka akan ke satu bilik yg menempatkan jenazah dan jenazah akan disolatkan disitu, kemudian jenazah akan di bawa ke kawasan perkuburan oleh ambulance untuk urusan pengkebumian. Usai pengebumian, nanti semua hadirin akan bersalaman dengan anak2 arwah si mati..disini tiada  pemberian duit seperti di Malaysia, cuma ucapan takziah. 

Ada lah beberapa keping gambar yang sempat Cik Arip klik2 secara curi..so, maaf ye, gambar mungkin kualitinya kurang sikit.


Kawasan Tempat pengebumian

Pemandangan sekitar kawasan tanah perkuburan disini, tiada nisan yang cantik dan terukir, tiada juga pagar batu mamar seperti di Malaysia. MashaAllah.

"Rumah" yang abadi


ucapan takziah kepada anak2 arwah

Perpisahan yang abadi

Al-Fatihah untuk arwah. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aminnn.

No comments:

Post a Comment