Friday 14 September 2012

INFO SIHAT : GIGI - RAWATAN AKAR / ROOT CANAL TREATMENT

Pernah sakit gigi? Iskkk sakit gigi ni kalau sakit, memang tak ada ubat..kalau tengah kemuncak sakit tu, rasa macam tak nak jumpa orang kan..usahkan bercakap, pandang orang pun rasa macam nak kunyah2 aje macam chewing gum dok gitu?

Kenapa tiba2 keluar cerita tentang gigi ni? ok, macamni ceritanya, seminggu yang lepas, cik Arip ngadu2 sakit gigi, ingat kan sakit gigi biasa, tapi bila dah sampai pipi pun nampak bengkak forsure sakitnya seriuskan, so, sebelum makin teruk, kami pergilah dentist. Pilihan kami pastinya dentist dekat Kims Medical, kerana atas pengalaman terdahulu, dentist disana sangat bagus.

First time jumpa dentist kat Kim ni atas cadangan seorang kakak iaitu Kak Jahan, masa tu giliran saya sakit gigi, mula2 nak ke hospital lagi satu, sbb ramai Malaysian yg ke sana, tapi kebanyakan feedback, cakap dentist tu bagus, cuma bila dibandingkan dengan Miss Praven, dia lebih bagus, So, tanpa fikir panjang, i pun pergi dan guess what, ya betul, dia sangat bagus dan professional. Cabut gigi pun seminit je dan yang penting lepas tu tak ada langsung pendarahan atau gusi/pipi bengkak( adalah sikit2 darah masa cabut tu, tipulah kalau tak ada langsung). Tak sampai 2 hari keadaan dah macam biasa. Alhamdulillah, again semua tu dengan izin Allah jugak.


KIMS Medical Center

So, atas sebab itu, untuk Cik Arip kali ni kami jumpa Dr Praven Molly jugak...pada mulanya ingat nak cabut terus gigi tu, sebab tak nak la nanti sakit gigi tu berulang lagi.. Tapi bila dah check tu, dr cakap, gigi masih elok dan sayang kalau cabut, so dia cadangkan buat rawatan akar atau Root Canal Treatment ( RCT )

Jadi apa itu RCT ?, ok, meh nak share, saya rasa rawatan ini agak menarik, ia merupakan rawatan untuk gigi yang telah mati akibat rosak atau jangkitan. Ianya bertujuan untuk mengekalkan gigi pada rahang / iaitu ianya kekal dan berfungsi dalam mulut, tetapi infeksi akan dikeluarkan dari akar gigi dan ditampal dengan bahan tampalan khas akar.. gitulah lebih kurang..errr, kalau kurang tepat maaflah..tapi itulah pemahaman saya.


Credit to : klinikpergigiansyarifah

Biasanya gigi yang rosak teruk / mempunyai tampalan besar  dan gigi yang telah mati memerlukan rawatan ini. Hasil dari bacaan dan pemerhatian hari itu, RCT ini mempunyai beberapa proses, selain x-ray pada bahagian gigi yg sakit, dan setelah pasti dimana bahagian sakit dan diukur panjang dari gigi ke akar ( dibuat melalui tv -kamera dimasukkan ke dalam mulut) proses2  lainnya ialah :-

1) Mewujudkan rongga gigi

Gambar kredit to : klinikpergigiansyarifah

 - lubang akan dibentuk kedalam gigi
 - semua tisu pulpa yang berpenyakit akan dibuang menggunakan peralatan khas


2) Pembersihan dan Pembentukan Saluran Akar Gigi

Credit to : klinikpergigiansyarifah

 - Setelah kanal gigi dibersihkan, dan kuman telah dibasmi, ianya akan dipenuhi dengan bahan getah.
 - Bahan getah ini akan memenuhi terusan dari hujung akar bagi mengcegah jangkitan.

RCT yang sempurna akan membuang bakteria yang wujud dalam gigi, ia juga membuang tisu saraf yang tidak sihat yang hadir dalam gigi yang mana tisu ini akan menjadi sumber makanan bakteria yang wujud dalam gigi .Ia juga akan mengisi dan menyekat diruang saraf didalam gigi, supaya secara fizikalnya tiada ruang bagi bakteria boleh hidup atau melawan tahap imunisasi badan kita. 

Itulah serba sedikit info tentang RCT ini yang saya dapat daripada Dr Praven Molly dan juga hasil pembacaan dari blog INI.

Saya secara personal, saya menggalakkan pada sapa2 untuk cuba kaedah ini, kalau di Jubail ni, rawatan dengan Dr Praven, tidak mengambil masa yang lama ( mungkin terpulang pada kes ), tapi perlu dua kali datang, pertama sesi pembersihan gigi dan kedua sesi pembentukan salur gigi...biasanya part kedua tu, hanya memakan masa 15 minit sahaja dan pastinya kedua2 sesi ini tidak menyakitkan...InsyaAllah. 


Tengok video ni memang nampak ngeri kan, tapi tok sah risaulah, sikit pun tak sakit
sebab bius.. hehehehe..


Ok, kawan2 harap perkongsian kali ini memberi manfaat.  Sebenarnya semasa mencari info tentang rawatan ini, saya terjumpa satu website yang amat bagus...banyak info tentang gigi dari website doktor ini....credit to her. Dan kalau nak dapatkan tips tentang gigi boleh ke SINI


ok, sekian dulu, Assalamualaikum dan InsyaAllah jumpa lagi.

11 comments:

  1. Replies
    1. Kalau di Malaysia i tak sure, tapi kalau disini ( tgk atas hospital jugak) tanpa sarung, -+ SR500.

      Delete
  2. Saya sedang menjalani rawatan RCT ini. Sebatang gigi dicaj RM250, yang terlibat gigi hadapan (gigi kapak).

    ReplyDelete
  3. Rawatan akar nie sakit x??sbb gigi depan saya pernah ditebuk utk kluarkan nana kt gusi..dan seterusnya kena buat rawatan akar..disebabkn doctor tebuk gigi saya tanpa bius..saya jd trauma nak g mana2 klinik gigi..dan skang gg saya sakit lagi:(

    ReplyDelete
  4. Baru buat .total rm1400 termasuk crown. Tak sakit tapi agak tension sebab lama dalam satu jam

    ReplyDelete
  5. Lupa nak bagi tau I kena buat tiga Kali appointment dengan doctor untuk rawatan ni sekali pasang crown

    ReplyDelete
  6. kalau tak pasang crown apa kesan dia?

    ReplyDelete
  7. Saya da buat rawatan ni. Rm 700. Selepas seminggu, gigi masih sakit selepas tergigit benda keras. Memang macam ni atau apa kesan?

    ReplyDelete
  8. Gigi sy dihadapan taklah rosak sngt cuma ada bulatan kuning saja dan sy takut utk tampal dan cabut.Ada cara lain utk ubati dirumah jea

    ReplyDelete
  9. lepas buat rtc .. gigi akan jadi warna gelap .. nk senyum pun rasa malu .. gigi hitam .. huhuhu

    ReplyDelete

  10. Info yang menarik mengenai rawatan sakit gigi dengan menggunakan kaedah root canal treatment.

    ReplyDelete