Assalamualaikum....
Tiba-tiba elok pulak mood hari ini datang, sebenarnya rindu dekat suasana Ramadhan yang lepas. Entahkan sempat atau tidak lagi untuk kita berjumpa Ramadhan yang akan datang..
Okay, tak ada apa-apa pun yang hendak dibebelkan..cuma nak berkongsi gambar2 sekitar Ramadhan baru2 ini....
|
Waktu operasi shopping mall dibulan Ramadhan, sapa2 yang nak membeli belah, dinasihatkan pergi lepas pukul 9 malam. Kalau tak jenuhlah nak kena tunggu dalam gelap tanpa aircond.....:D |
|
Salah satu Ramadhan Camp in Khobar, Ramadhan Camp ni adalah tempat iftar percuma untuk orang ramai, biasanya makanan disediakan hasil dari sumbangan orang2 kaya di Saudi. Camp biasanya didirikan di bandar2 besar saperti Khobar dan Dammam. Kalau di daerah kecil seperti Jubail, ianya dipanggil Breakfast Tent - konsep sama cuma lebih kecil. |
|
Ramdhan-Tent In Jubail. Pembahagian makanan untuk Iftar, nak bawak balik pun boleh, nak makan disitu pun boleh - Khemah lengkap dengan hawa dingin disediakan. Selain khemah seperti ini, makanan juga disediakan dimasjid2. Alhamdulillah |
|
Antara kontena yang berisi minuman - air kotak, mineral , etc, adalah terdapat2,3 biji kontena macam ni. Orang2 kaya disini memang berebut2 mencari pahala antaranya dengan memberikan sumbangan dalam bentuk sebegini. Alhamdulillah. |
|
En Arip, ajak kami rasai pengalaman dan pergi tengok sendiri, dan Alhamdulillah dapatlah rasa dan berkongsi pengalaman, rasa insaf dan bila letakkan diri pada keadaan orang yang susah / memerlukan begini, terasa macam sangat berterima kasih pada mereka2 yang bermurah hati menyumbangkan makanan dan minuman ini..secara tak langsung, dalam hati mendoakan semoga hidup mereka diberkati Allah SWT, Dapat juga mengajar Nuhin menghargai apa yang dimiliki sekarang, supaya dia tahu erti susah dan perlunya kita membantu insan2 yang memerlukan, semoga dia lebih tahu untuk menghargai nikmat2 pinjaman Allah SWT dan nampaknya dia faham..Alhamdulillah. |
|
Kami dapat 2 bungkus, Ini antara menu / hidangan yang di berikan, Nasi Mandi Ayam, Tamar, Air Kotak dan air mineral. Alhamdulillah.. p/s : Nasi Mandinya sangat sedap ya!! |
|
Egyptian Food -Koshari- Nice, Satu bungkus ni SR8 kot. Banyak lapisan, ada bawahnya ada nasi, macaroni, spagetthi, lentil, dal, dan toppingnya bawang goreng, kuah tomato... |
|
Dihidangkan dengan 2 jenis sos - sos lemon/lime dan minyak pedas ni ( dua2 tak sedap ) |
|
Pandangan yang lebih jelas... - koshari |
|
Bengkang kedai tepi rumah ( buat sendiri ler...byklah kedai kat sini nak jual kann) |
|
Ni pulak, nan kedai mamak belakang rumah - penat menguli roti ni weyhhh |
|
Ni bahan2 untuk yong tau foo ..semua buat sendiri kecuali sosej tu...( lepas buat rasa mcam tak nak makan setahun yong tau foo ) Gambar 1 : isi ikan yang diblend disumbatkan kedalam sayur2 yang ada, dan di bentukkan panjang2 untuk ambik feel ala2 yong tau foo kat pasar malam malaysia Gambar 2: setelah siap dikukus dan di potong Gambar 3 : isi ayam yang diblend saya salutkan dengan kulita tauhu kemudian bakar...yummsss Gambar 4 : Amcam, ada rupa frozen foods mcm kat Malaysia tak??? Kalau korang nak resepi sila bagitahu...:D |
|
Chee Cheong Fun pelengkap YTF . Lembut pulak jadinya kalinya.. Alhamdulillah.. |
|
Alhamdulillah, syukur pada mu YaAllah atas segala kurniaanMu... |
|
Bihun sup sempoi Cik TOm depan rumah... ^_^ |
|
Mi Rebus Anak Itik pulang petang |
|
Satay Ikan depan skolah.. ^_^ |
|
PEnjual sayur dijalanan.... |
|
Ini pula hidangan pemberian jiran arab. Kalau dulu berjiran dengan orang Malaysia, seronok dapat tukar tukar kuih Malaysia, sekarang pengalaman baru dapat rasa juadah berbuka penduduk tempatan. Alhamdulillah |
|
Dan lagi, ini biasa makanan ruji tempatan disini, atas tu macam sup, tapi dicapur dengan dal, jagung, ayam dan herbs. sup ini pekat dan sedap, yang macam kuah kari tu, macam gulai la..sedap jugak buat cicah dengan roti, mangkuk lagi satu, pasta digoreng dengan tomato pun yummeh... roti tu pun sedap..simpan esok pun lembut dan bawah tu tak ingatlah nama apa..macam jemput tapi teksturnya lebih ringan mcm donut/cakoi..disalut dengan madu..yang ini pun sedap ... pendek kata semua sedap lah, lagi lagi bagi kami yang tekak semua boleh bedal...ngeh..ngeh..ngeh... Alhamdulillah |
|
Di sini, biasanya zakat dibayar menggunakan beras. Amat jarang dibayar menggunakan duit, dan untuk menyenangkan semua orang, beras khas untuk zakat yang telah siap di bungkus seberat 3kg memang disediakan di mana2 sahaja. Macam2 harga ada bermula dari SR15 ++ mengikut grade. Senangkan??? |
|
Antara pilihan beras yang ada, Ini dipasaraya, kalau pada malam2 terakhir Ramadhan, banyak aje budak2 muda menjual beras ini di tepi-tepi jalan. |
|
Antara pemandangan unik disini, Sebenarnya ini gambar di kaki lima masjid, botol air mineral ini disusun oleh mana2 hamba Allah yang berhati mulia, memberikan air ini untuk siapa2 sahaja yang dahaga yang datang solat.. Alhamdulillah, semoga Allah SWT murahkan rezeki beliau dan memberkati beliau. Aminn |
|
Biasanya usai menunaikan solat Tarawikh di Masjid, kami akan ke kedai ini untuk membeli air buah...semuanya sedap terutama avocado, harga pun ok....Alhamdulillah |
|
Ini pulak taugeh yang dijual kat sini..kesian kan? Macam ni pun harga SR4 ++ :D
|
Oklah, rasanya gambar dan captions dah cukup menceritakan serba sedikit suasana Ramadhan di SAudi ini dan Jubail khususnya...Alhamdulillah, kami sekeluarga bersyukur kerana dapat merasai pengalaman yang tak terbeli ini. Ok, darlings semua, insyaAllah panjang umur jumpa lagi.
Sangat menarik.. Hope u tak lupa Malaysia..
ReplyDeleteTerima kasih...ehh, mana boleh lupa Malaysia...
DeleteTanah tumpah darah..sentiasa dihati..:D
amat menarik..letaklah byk2 lg gambor....
ReplyDeleteTerima kasih, gambar tu banyak tapi part nak edit tu yang tak berapa nak rajin.. :D
DeleteSalam perkenalan dari akak di malaysia,
ReplyDeletesedappnya tengok makanan kat Arab Saudi ni ya...Nasi mandi ni mmg sedap..akak pernah rasa semasa pergi ke Syria dan jordan dahulu ...
Kak Azzah8
http://nurazzah8.blogspot.com/
p/s: akak dah follow blog awak ni..harap dapat follow blog akak juga ya ..dan akak dah masukkan dalam blog list akak juga...
Salam perkenalan kak azah, terima kasih kerana sudi jengah blog saya yg tak seberapa ni ya...Alhamdulillah..dapatlah rasa makanan tempat orang. InsyaAllah, saya akan ikut blog akak... :D
DeleteIffa darling... perut kak neeza jadi sangat lapor tengok nasi mandhi tu.. rindunya JUbail.... huhuhuuuu...
ReplyDeletekannn kak neeza, tapi seriously nasi tu sedap,lembut dan yummeh lah...
Deletejubail pun rindu kak neeza.... ^_^,