Kau ibarat lilin, membakar diri, menerangi hidup insan lain....hingga kini, pepatah ini saya simpan kemas jauh disudut hati dan seringkali bermain dalam minda saya...rasanya memang benarlah, dan memang tepat sekali ianya ditujukan kepada seorang yang bernama guru/cikgu, tapi pada saya cikgu lebih sedap dan lebih rapat didengar.Bukan senang tau, nak jadi cikgu ni, kena cukup sabar, tabah, cekal, kuat semangat dan paling penting ikhlas.
Tanpa bantuan cikgu, saya mungkin tak akan jadi siapa saya pada hari ini, mungkin saya tidak selancar sekarang ini menulis, mungkin juga saya masih lagi merangkak-rangkak untuk menghafal bagaimana mahu mengeja nama saya sendiri, mungkin masih lagi keliru antara huruf I dan l , mengenal alif, ba,ta, mengira 1,2,3 dan mencongak tambah, darab dan bahagi.Betapa besarnya peranan guru, saya tak pernah lupakan mereka, dan jasa mereka, terima kasih semua cikgu -cikgu saya, saya ingat semua cikgu2 saya, SELAMAT HARI GURU, cikgu!!
Ini gambar sewaktu saya Darjah 6, Sekolah Menengah Batu 48, Dungun , Terengganu. Saya berdiri 2 dari kanan.. :)
Akhir kata, Selamat Hari Guru dan Terima Kasih cikgu.. semoga Allah memberkati semua cikgu2 di muka bumi ini....ameen....:D
No comments:
Post a Comment