Ramadhan 1433H, Day 2.
Alhamdulillah, hari ini dah pun masuk hari ke 2 kita umat islam menjalani ibadah puasa. Tak ada apa2 yang menarik, kecuali gelagat Nuhin yang masuk hari ke dua berpuasa.
Kejap-kejap tanya makan..kejap-kejap tanya jam dah masuk pukul berapa...bila lapar, suruh tengok tv, pandai pulak dia jawab, tv is not a food....i am hungry..iskk besar jugak cabarannya nak latih anak berpuasa ni ya.
Alhamdulillah jugak kerana hari ini, En suami balik awal..sebelum pukul 5 petang dah sampai rumah..lepas rehat beberapa minit, dia ajak keluar..saja ambil angin sambil lawat "bazaar-bazaar ramadhan" disekitar Jubail. Jangan tak tahu sini pun ada bazaar Ramadhan jugak , tapi tak la sama macam kat Malaysia. Kat sini just meja yang dikeluarkan dan diletakkan di depan kedai..disitu banyak la jugak makanan tempatan yang ada,, macam bubur ayam, sup , ayam goreng, samosa, air dan lain-lain lagi dan penjualnya pastilah lelaki sahaja dan pembeli pun biasanya lelaki jugak..jaranglah nampak kaum hawa keluar beli makanan dekat bazaar ni.
Untuk uols, saya ada snapkan a few piccas...jom layan....
|
Macam dekat Malaysialah jugak, jalan mesti jem punya. |
|
Bazaar 1: Kedai dekat Kadiwa berhadapan Pansitan / Herfy |
|
Bazaar 2: Pansitan = Kedai yang menjual pelbagai juadah Filipina i.e:satay, bubur ayam, karipap dll, kat sini masakan lebih kepada asia. oklah. |
|
Bazaar 3: Sebelah Pansitan , juadah : masakan timur tengah macam samosa, ayam, sup dll. kebanyakan kuih dijual dalam kilogram. Kalau nak beli satu rial, dua rial tak ada, contoh kalau samosa 1/2kg =SR5, dan biasanya banyaklah jugak, untuk saya satu family memang tak habis. |
|
Bazaar 4: Depan Mobily berdekatan Dakwah Centre, Juadah : Timur Tengah |
|
Bazaar 5: satu2nya kedai yang saya tau nama, Sailor, sebelah hawazen, juadah: Timur tengah. |
|
Ni pulak macam ala-ala pasar malam kat Malaysia, semua restoran akan bukak gerai kecik dan jual macam2 juadah, termasuk air minuman. Lokasi : Pasar Ikan, bahagian belakang, |
|
Antara yang dijual..entah kenapa tukang ambil gambar tiba2 jadi malu nak ambil gambar juadah yang lain2..banyak lagi sebenarnya. Gambar 1 : donut, SR10 satu bekas, gila mahal tapi beli jugak. Gambar 2 & 3: Salah satu masakan Egypt , rasanya organ dalaman lembu/kambing yang dimasak bersama rempah,boleh makan dgn nasi / dijadikan kebab,pernah makan skali, tapi tak kena dengna selera. Gambar 4: Ayam goreng..yang ni nampak sedap tapi tak beli pun. |
|
Donut, ok lah sedap jugak cuma saya terpaksa buangkan coating coklat tu, rasa gula semata.... |
|
Sambil2 nak balik tu sempat jugak snapkan pokok tamar yg lebat berbuah... |
Disamping tu untuk berbuka menu semalam dan hari ini seperti gambar dibawah.
|
Dim sum / Siew Mai , Alhamdulillah, sedap dan mendapat sambutan yang hangat gitu... :P |
|
Warna ini diwarnakan dengan pewarna semulajadi, kuning, i used labu, bayam dan tomato. |
|
Spagetthini dengan sos pedas |
and last but not least.........................
|
Finally....i can eat..Alhamdulillah.... |
Assalamualaikum dan insyaAllah jumpa lagi....selamat berpuasa dan berbuka puasa uols...bye
No comments:
Post a Comment