Tuesday, 11 September 2012

CORAT CORET RAMADHAN : PART 4

Assalamualaikum kawan2....semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Tak ada intro panjang2 hari ni, terus lompat pada cerita ye...

Malam itu ( totally lupa berapa hari bulan), saya macam dah tak ada idea langsung nak masak, so Cik Arip ajak lah berbuka dekat kedai. dan pilihan kami, adalah sebuah restoran ala-ala Thai, iaitu Pattaya Restaurant. Actually this is the only choice we have in Jubail, lainlah kalau ke Khobar. Biasanya kalau berbuka di luar, kami akan ke kedai selepas waktu maghrib, dan biasanya selesai makan, masa ngam2 untuk terus ke masjid Solat Isya' dan Tarawikh. Begitulah selalunya.

Jadi malam tu, lepas makan, masa keluar nak ke masjid, kami dapati keadaan dekat jalanraya depan kedai tu agak sibuk dan kecoh sikit, kerana terdapat 2,3 truck bomba dengan siren yang bising banget bunyinya , seolah2 ada satu kecemasan yang sangat besar dan dasyat. Dalam hati terbit juga rasa ingin tahu, tapi memandangkan masa tu memang dah dekat sangat nak masuk waktu, kami tak jadilah  ikut lori bomba tu, sebaliknya terus ke masjid. So kisah bomba tu terhenti di situ.


Selesai solat, entah macam mana malam tu, Cik Arip tak lalu jalan biasa, dia lalu ikut pantai dan terus ke Pasar Jubail. Tapi bila nak masuk jalan dekat pasar tu, nampak orang ramai sangat, kereta pun banyak, nak u-turn tak boleh sebab ada divider, so teruskan aja bawak kereta perlahan-lahan sambil panjangkan leher nak tengok apa sebenarnya yang berlaku, dan akhirnya bila dah sampai ke depan sikit, segala persoalan pun terjawab, nak tahu apa???

Rupa2nya 2,3 truck bomba yang kecoh2 tadi ke sini. Dari jarak sepelaung kami dah boleh nampak pihak bomba bertungkus lumus menjalankan tugas menyembur air buih ke satu kawasan di tepi stesyen minyak area pasar tu. Tapi kami tak tahu samada melibatkan api atau tidak, kerana semasa kami sampai, keadaan sudah dapat di kawal, kalau tengokkan keadaan, macam tak ada kemalangan nyawa...dan asap pun tak nampak...mungkin sebab kami sampai dah lambat plus suasana malam tu sungguh gelap...yelah nama pun malam kan...syabaslah  buat pasukan penyelamat. Alhamdulillah.

Dan macam biasa, sempatlah jugak ambik 2,3 keping gambar, minta maaplah sebab gambar pun tak berapa cantik, sebab tak guna flash... tak berani lerr ... polis ramai, tapi sebelum tu meh layan gambar makanan dulu...slurpppp....


Ikan Sweet Sour dengan Cili Hijau..
Star 3/5

Jasmine Rice ,  Nasi ni ala2 macam pulut sikit , fav Nuhin n Cik Arip

Tom Yam Seafood, macam2 ada, ikan, sotong, udang n ketam
Star : 3/5

Daging dengan Cili hijau - yumms
Star : 4.5/5



Kelihatan pasukan bomba masih lagi menjalankan tugas...


Pandangan dari belakang pasar ikan.


okies, sekian untuk kali ini,insyaAllah kita jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment