Wednesday, 19 September 2012

CORAT CORET RAMADHAN : FINAL -PART 1

Alhamdulillah dengan izin -NYA, dapat lagi menulis dan berkongsi cerita...Kiranya ni dah  masuk akhir  corat coret Ramadhan untuk Ramadhan 1433H. ( Yeayyy, finally dapat jugak saya kotakan janji..). Kalau ingat pada awal2 entri Ramadhan boleh tengok RAMADHAN KAREEM , ada menceritakan tentang kesempatan berbuka puasa pada hari pertama di Makkah. Dan Alhmadulillah dengan tak sangka dan tanpa dirancang, dengan izin-NYA, kami sekali lagi dapat berpuasa dan berbuka puasa di Makkah tapi kali ini agak berbeza kerana ianya pada hari dan malam-malam terakhir Ramadhan. Alhamdulillah.

Rasanya semua antara kita tahu tentang kuatnya kuasa doa..kadang-kadang, hanya dengan  berdoa sepenuh hati,pengharapan dan keyakinan, ianya menjadi kenyataan. Dalam rentetan kehidupan seharian, ianya banyak terjadi dalam hidup saya, Alhamdulilllah, apa yang saya pelajari selagi kita bergantung dan yakin dengan Allah, insyaAllah, selamatlah semuanya. 

Sebenarnya memang tiada dalam perancangan pun untuk beraya atau berpuasa di Makkah pada tahun ini memandangkan jadual kerja Cik Arip teramatlah sibuknya, namun dalam hati tetap menanam impian dan sentiasa berdoa semoga adalah jemputan untuk kami sekeluarga ke Mekah dalam bulan Ramadhan ini.

Dan segalanya terjadi pada malam itu, selepas menunaikan Tarawikh, masa duduk2 landing, kami adalah bincang - bincang tentang raya tahun ni.

Cik Arip : Nanti raya kena kerja ni macammana?

Me : Oklah, alang2 tak balik / cuti raya, kerja pun tak apa, i tak kisah..redha aje  ( sambil wat muka        sedeyyy)

Cik Arip : Ermm, tapi rasa macam nak raya dekat Mekah, nak rasa suasana raya kat Mekah tahun ini.

Me :  Betul ke , nak..nak ..nak...( sambil bulat2kan mata buat muka ala2 kiut mcm kucing siam ^_^ )

Cik Arip : InsyaAllah, kita doa aje moga2 ada jalannya, tapi jangan harap sangat tau.

Me: InsyaAllah...(dalam hati dah simpan harapan )

Ok, kisah tu berakhir macam tu, saya cubalah untuk tak terlalu mengharap tapi dalam hati tak putus2 berdoa, moga Allah permudahkan dan adalah jalan buat kami. 

Keesokkannya, waktu tengah hari tu, Cik Arip talipon, nilah perbualannya :-

Ring...ring...ring..( tu telepon pesen lama, skrang samsung tune)

Me : Assalamualaikum, hubby nak bagitahu berita baik ke (tiba2 je kan ?? )

Arip : Eh..eh macammana tahu nim..

Me : C the leg lah ( berlagak..sebenarnya tatau apa2 pun), kenapa ?

Arip : Alhamdulillah, cuti approved tapi 3 hari je. So, bolehlah kemaskan barang, insyaAllah malam ni lepas Tarawikh kita gerak.

Me : Alhamdulillah, ( still lagi terkejut ) ok lah nanti I siapkan apa2 yang patut.

Arip :  lagi satu, jangan lupa masak rendang, bawak beras pulut dan periuk skali untuk buat pulut kuning sekali nanti boleh makan pagi raya, boleh bagi2kan...

Me : ok..maafi musykilla. ( tak ada masalah ) :D 

Begitulah, dengan kuasa Allah, tak ada apa2 yang mustahil, masa ni rasa nak menitik air mata pun ada, tak sangka tanpa dirancang, kami dapat juga merasakan suasana penghujung Ramadhan di Mekah dan paling penting dapat menyambut raya di sana, Alhamdulillah.

So, malam itu, ingatkan nak bertolak pukul 2 pagi, tapi Cik Arip cakap nak tidur dulu, lepas subuh baru nak gerak. So, saya ok aje . Lepas subuh dalam pukul 4 pagi dengan langkah Bismillah, kami mulakan sesi bermusafir, kami ke Mekah tanpa apa2 perancangan, tanpa menempah bilik hotel terlebih dahulu ( yang mana kami tahu waktu ini orang tersangat ramai dan harga bilik memang tersangatlah mahalnya) kami betul2 berserah pada Allah SWT.

Jubail - Makkah ( 1300 ++ KM )


Antara Lori ( Lori ke) penarik kereta ( Towing Car )

Balik kampung. hooo hoo balik kampung, banyak juga nampak kenderaan yang balik kampung katas jalanan. ..boleh la ambil feel.. :D

Pemandangan biasa yang terdapat pada hentian2 rehat..tapi harganya tersangatlah mahal dan kadang2 keadaan barang pun dah tak cantik 

Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, pemandangan biasa disini, biasanya kenderaan2 ini akan dibiarkan dalam tempoh agak lama..tak tahulah kenapa

Lori terbalik, kejadian baru saja berlaku ketika kami melewati kawasan ini.

Lagi lori kemalangan..mungkin faktor mengantuk .

Rasanya kalau di Malaysia sudah di kira terlebih muatan agaknya.. :D


Alhamdulillah, disepanjang perjalanan, segalanya berjalan dengan lancar, sampai di Riyadh pada pukul 9 pagi, perjalanan diteruskan dan Alhamdulillah kami sampai di Miqat Sayl Al-Kabir lebih kurang pukul 4 petang. Selesai berniat Ihram, kami sampai ke Mekah lebih kurang pukul 5 petang dan suasana ketika itu memang tersangatlah sibuk kerana terlalu ramai jemputan dari seluruh dunia yang sama2 ingin menggali pahala sebanyak yang mungkin. Disinilah kami menghadapi sedikit ujian. Alhamdulillah.


Miqat Sayl Al-Kabir
Macammanalah  boleh letak lain sebelah ...kalut /eksaited punya pasal...heheehee 


Memandangkan banyak jalan utama yang biasa kami gunakan ditutup, maka agak sukar bagi kami nak cari jalan lain, so terpaksalah berpusing2 banyak kali. Dalam perjalanan kelihatan ramai para jemaah umrah yang sedang menunaikan solat / menunggu azan maghrib, kebanyakan mereka membentangkan sejadah di atas divider jalanraya, didepan hotel masing..pendek kata semua ruang itu penuh tak kira di tepi kaki lima, dijalan raya, dimana2 sahaja ruang kosong, so boleh tak bayangkan betapa ramainya jemaah...lebih kurang macam musim haji. 

Sebahagian dari kenderaan yang bersesak2  - Jalan belakang berhampiran Pintu Safa-Marwah

Hamba Allah yang berhati mulia, sedang sibuk menyediakan juadah berbuka yang akan diedarkan didalam Masjidil-Haram

Langit Petang Di Mekah..MasyaAllah.

Lagi pembahagian juadah untuk berbuka.

Menara Jam Mekah / Clock Tower -MasyaAllah

Alhamdulillah, sebaik sahaja azan maghrib berkumandang, dengan izin Allah, kami temui juga tempat parking sementara, dapatlah Cik Arip berehat kejap sebelum mengerjakan umrah. Pada ketika ini,juadah berbuka kami adalah hasil sedekah,  iaitu sebiji epal, 3 biji buah tamar, sebotol air mineral,dan sebotol laban.. Alhamdulillah, ketika itu terasa betapa bersyukur atas rezeki dari Allah ini, teringat saya ketika mula2 berbuka puasa di Masjidil Haram tahun lepas, suasana yang berbeza tapi rasa yang sama.. rasa sedih dan sayu..walaupun hanya dengan juadah ini, rasa nikmatnya tak dapat digambarkan, ianya lebih nikmat dari makan dimana2 seantero dunia.Ya Allah...

Alhamdulillah, ini juadah berbuka saya. 
Selesai berbuka, kami hanya solat dipadang tempat letak kereta bersama2 jemaah lain, tak sempat nak ke Masjidil Haram. Usai solat, kami terus ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan umrah. Alhmadulillah ketika ini Nuhin tak buat perangai. Memandangkan jemaah yang ramai, kami dapat menyempurnakan umrah lebih kurang pukul 1 pagi. 

Memandangkan ini pengalaman pertama menyambut 10 terakhir Ramadhan di Mekah, baru kami tahu, rupanya pada tengah malam, akan diadakan solat tahajud . Alhamdulillah dapat juga rasa walaupun hanya satu malam. Setelah selesai mengerjakan semuanya, kami ke tempat letak kereta. Sementara itu Cik Arip pergi beli makanan untuk sahur, memandangkan hari raya jatuh pada hari Ahad, jadi ini bermakna esok kami masih ada sehari lagi peluang berpuasa di Mekah, Alhamdulillah. Sahur kami malam itu adalah kabsah ayam, dan roti bersama kari kambing. Kami hanya bersahur di celah2 kereta beralaskan carpet yang dibawa...waktu ini terasa betapa kerdilnya diri ini, kami bersahur bersama2 dengan bangsa2 lain  berlantaikan tanah, dan beratapkan langit, dalam keadaan yang serba sederhana namun terasa penuh nikmat. Suasana dan keadaan sebegini betul2 mengajar saya, suami terutamanya Nuhin supaya menghargai setiap titis nikmat yang Allah SWT berikan..betapa kita perlu bersyukur atas segala nikmat dari NYA dan jangan sekali-kali kita sia-siakan... Subhanallah.

Antara jemaah di kaki lima jalan - Kualiti gambar agak teruk

Lagi , jemaah atas divider jalan. Tersentuh sungguh hati melihat keadaan ini.  

Bersedia untuk menunaikan solat Maghrib

Usai  makan, Cik Arip berjalan ke hotel sekitar untuk tanyakan bilik kosong, tapi kesemuanya penuh, kalau ada pun harga SR1000 keatas, macam membazir, jadi kami ambil keputusan untuk tidur dalam kereta sahaja sementara menunggu subuh ( -+ 2 jam lagi)...kami berdua letak aje kepala, terus lena tak sedar apa, sementara itu Nuhin buat hal sendiri, langsung tak tidur, kami langsung tak sedar apa2 hinggalah Nuhin panggil Walidnya, cakap, "Walid, bangunlah, polis panggil, rupa2 nya polis ketuk tingkap suruh keluar dari tempat parking tu...huhuhuhu, kami pun keluar dari parking ketika azan subuh berkumandang. Jalan utama masih lagi tutup, pusing2 kami berhenti solat dekat masjid yang berdekatan.

Selesai solat, kami masih lagi tak tahu nak kemana, sambil pusing2, akhirnya pada pukul 6 pagi, kami dapat panggilan dari Pak Helmi, biasanya kalau ke Mekah, ramai orang Malaysia yg menetap di Saudi akan menghubungi beliau bagi menguruskan penginapan. Setelah berbincang, kami akan berjumpa Pak Helmi di depan Le-Meridien Hotel, dan Alhamdulillah, pagi ini, jalan kesana tak tutup macam semalam...so segalanya berjalan lancar.


Dalam pukul 8 lebih, akhirnya dengan izin Allah, kami dapatlah bilik hotel dan harganya SR500, tapi atas budi bicara pemilik hotel, kami  dapat diskaun jadi SR300, dan yang penting jarak ke Haram tidak lah jauh, lebih kurang 5- 10 minit perjalanan. Alhamdulillah.



Alhamdulillah, ..

Tandasnya pun ok..

Ok, sekian dulu untuk FINAL - PART 1 ni, InsyaAllah esok sambung lagi Final part 2 ya.  Assalamualaikum, Maasalamah.... :D 

No comments:

Post a Comment