Thursday 19 July 2012

PABILA YANG DIRANCANG TIDAK MENJADI, REDHAILAH IA, KERANA ITU YANG TERBAIK

Geram, marah dan sakit hati,  itulah perasaan tika ini. Itulah rasanya bila janji dimungkiri.

Saat ini sebagai manusia yang sangat lemah, saya memang berasa sangat marah, sakit hati dan kecewa..tetapi dalam masa yang sama, saya tahu, saya harus meredhainya dan menerima dengan hati terbuka, dan ya saya sedang cuba untuk menahan hati..cuba untuk beristighfar sebanyak mungkin agar kemarahan dan kekecewaan itu padam kerana saya sedar siapalah saya untuk marahkan takdir, atau marahkan seseorang...saya tidak punyai apa2 dalam hidup ini..semuanya hak mutlak Allah SWT....wah betapa kerdilnya diri saya,


Tuhanku, sesungguhnya ku tak layak untuk syurga-Mu, namun ku tak sanggup ke neraka-Mu, Oleh itu ampunkan daku....



Sudah hakikat dan rencah kehidupan..kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi sebaik manapun perancangan kita, perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik, dan apa yang pasti, sesuatu kejadian itu pasti akan ada hikmahnya yang tersurat mahupun tersirat. Itu adalah rahsia Allah SWT.

Walau bagaiman rapi perancangan tersebut,,walaupun baik buruk dah dikira, dihitung, ditolak, dicampur, kita sebagai hambaNYA tetap tidak dapat melawan takdir. Jika takdirnya tak menjadi, tak jadilah, sebaliknya jika takdirnya menjadi, jadilah seperti yang dirancang, maka bersoraklah siperancangnya...oleh itu wahai hati, belajarlah untuk menerima sesuatu itu dengan hati yang terbuka dan redha walaupun pedih. Maafkanlah sidia itu.  Mungkin itupun bukan kehendaknya.

Siapalah kita untuk mempertikaikan segala sesuatu itu ? Sesungguhnya Allah SWT adalah pencipta kita, dari DIA kita datang dan kepadaNYA jualah kita akan kembali..dan pastinya segala sesuatu yang terjadi itu adalah yang terbaik untuk kita. InsyaAllah. 



Semoga Allah SWT mengampunkan saya dan anda semua..amennn.






No comments:

Post a Comment