Monday, 30 July 2012

10 Tips di Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan....

Sempena Ramadhan ini, ada 10 tips yang rasa seronok untuk dikongsi bersama :-







1. Berbuka dengan membaca doa. 
2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing. 
3. Bolehlah makan nasi & "noodles" Nasi "Noodles" 
Nasi putih Mee/ Bihun - Berkuah/ Sup Nasi ulam Kueyteow 
Nasi kerabu 
4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak. 
5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. 
6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan. 
7. Berhenti makan sebelum kenyang. 
8. Lebihkan minum air. 
9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan. 
10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah seperti berikut: 
Nasi putih Oats/ Nestum 
Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma 
Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak) dan jika boleh hadkan telur dan makanan laut..

TIPS : CARA PANTAS NAK NYAH BEKUKAN AYAM/DAGING/IKAN FROZEN.




Gambar : Google n credit pada owner.


Nak tahu tak  cara mudah dan pantas untuk nyah-beku kan sesuatu bahan frozen seperti ayam/daging/ikan yang beku? 
Rendam dalam air panas? Guna microwave?
Selalunya berapa lamakah masa yang anda ambil untuk nyah beku daging/ayam beku?
Tahukah anda, proses nyah beku yang dilakukan itu akan menghilangkan banyak zat/khasiat daripada bahan tersebut?
Malah rasanya juga akan turut berubah.
Baik, sekarang, saya akan ajarkan kepada anda cara berkesan bagaimana anda dapat me’nyah-beku’ daging/ayam frozen dengan cepat tanpa menghilangkan zat/khasiat daging/ayam tersebut.
Malah rasanya juga akan kekal seperti macam daging/ayam segar.
 
Begini caranya ;
 
1.Sediakan air panas (tapi jangan terlampau panas…kalau boleh air tu dalam lingkungan 40 dajah celcius)
2.Masukkan sedikit garam ke dalam air panas tadi ( 1 liter air , 2 sudu besar garam )
3.Rendamkan daging/ayam frozen tadi ke dalam air panas bergaram tersebut
4.Rendam selama 1 minit sahaja (jangan lebih, jangan kurang)
5.Keluarkan daging/ayam tersebut
6.Kalau boleh lapkan daging/ayam yang baru direndam itu dengan kertas/tisu
7.Balutkan daging/ayam dengan plastic wrapping lutsinar
8.Kemudian, masukkannya ke dalam peti ais
 
Dengan cara ini, tempoh nyah-beku akan menjadi bertambah singkat. Dan yang paling penting, zat/khasiatnya tidak akan hilang. Begitu juga dengan rasanya…akan tetap kekal kesedapannya seolah-olah anda makan daging/ayam yang baru disembelih. Tapi itu terpulang pada keadaan sewaktu daging itu di beli juga ya!!, kalau dari mula memang dah tak segar, takkan rasanya pun segar kan.... :P


Nota :
•Garam akan menghalang zat/khasiat daging/ayam daripada mengalir keluar
•Air panas kalau boleh dalam 40 darjah Celsius kerana menurut kajian sains, suhu 40 darjah adalah yang paling baik untuk tujuah nyah beku. Jika air terlampau panas, ianya akan merosakkan structur daging/ayam tersebut
•Bahan-bahan yang sesuai dengan cara nyah beku ini termasuklah ayam/daging/ikan.
 

Saturday, 21 July 2012

RAMADHAN 1433H, DAY 2

Ramadhan 1433H, Day 2.

Alhamdulillah, hari ini dah pun masuk hari ke 2 kita umat islam menjalani ibadah puasa. Tak ada apa2 yang menarik, kecuali gelagat Nuhin yang masuk hari ke dua berpuasa. 

Kejap-kejap tanya makan..kejap-kejap tanya jam dah masuk pukul berapa...bila lapar, suruh tengok tv, pandai pulak dia jawab, tv is not a food....i am hungry..iskk besar jugak cabarannya nak latih anak berpuasa ni ya.

Alhamdulillah jugak kerana hari ini, En suami balik awal..sebelum pukul 5 petang dah sampai rumah..lepas rehat beberapa minit, dia ajak keluar..saja ambil angin sambil lawat "bazaar-bazaar ramadhan" disekitar Jubail. Jangan tak tahu sini pun ada bazaar Ramadhan jugak , tapi tak la sama macam kat Malaysia. Kat sini just meja yang dikeluarkan dan diletakkan di depan kedai..disitu banyak la jugak makanan tempatan yang ada,, macam bubur ayam, sup , ayam goreng, samosa, air dan lain-lain lagi dan penjualnya pastilah lelaki sahaja dan pembeli pun biasanya lelaki jugak..jaranglah nampak kaum hawa keluar beli makanan dekat bazaar ni.

Untuk uols, saya ada snapkan a few piccas...jom layan....

Macam dekat Malaysialah jugak, jalan mesti jem punya.

Bazaar 1: Kedai dekat Kadiwa berhadapan Pansitan / Herfy

Bazaar 2: Pansitan = Kedai yang menjual pelbagai juadah Filipina i.e:satay, bubur ayam, karipap dll, kat sini masakan lebih kepada asia. oklah.

Bazaar 3: Sebelah Pansitan , juadah : masakan timur tengah macam samosa, ayam, sup dll. kebanyakan kuih dijual dalam kilogram. Kalau nak beli satu rial, dua rial tak ada,  contoh kalau samosa 1/2kg =SR5, dan biasanya banyaklah jugak, untuk saya satu family memang tak habis.

Bazaar 4: Depan Mobily berdekatan Dakwah Centre, Juadah : Timur Tengah 

Bazaar 5: satu2nya kedai yang saya tau nama, Sailor, sebelah hawazen, juadah: Timur tengah.

Ni pulak macam ala-ala pasar malam kat Malaysia, semua restoran akan bukak gerai kecik dan jual macam2 juadah, termasuk air minuman.
Lokasi : Pasar Ikan, bahagian belakang,


Antara yang dijual..entah kenapa tukang ambil gambar tiba2 jadi malu nak ambil gambar juadah yang lain2..banyak lagi sebenarnya.  Gambar 1 : donut, SR10 satu bekas, gila mahal tapi beli jugak. Gambar 2 & 3: Salah satu masakan Egypt , rasanya organ dalaman lembu/kambing yang dimasak bersama rempah,boleh makan dgn nasi / dijadikan kebab,pernah makan skali, tapi tak kena dengna selera. Gambar 4: Ayam goreng..yang ni nampak sedap tapi tak beli pun.

Donut, ok lah sedap jugak cuma saya terpaksa buangkan coating coklat tu, rasa gula semata....


Sambil2 nak balik tu sempat jugak snapkan pokok tamar yg lebat berbuah...




Disamping tu untuk berbuka menu semalam dan hari ini seperti gambar dibawah.

Dim sum / Siew Mai , Alhamdulillah, sedap dan mendapat sambutan yang hangat gitu... :P






Warna ini diwarnakan dengan pewarna semulajadi, kuning, i used labu, bayam dan tomato.





Spagetthini dengan sos pedas
 and last but not least.........................









Finally....i can eat..Alhamdulillah....

Assalamualaikum dan insyaAllah jumpa lagi....selamat berpuasa dan berbuka puasa uols...bye

RAMADHAN 1433H, MENGIMBAU KENANGAN LAMPAU..


Ramadhan 1433H,
Day 1, Al-Jubail, Saudi Arabia

Alhamdulillah, segala puji-pujian untuk Allah SWT . hari pertama yang sungguh indah. Rasa gembira sangat dapat menyambut dan menjalani ibadah puasa lagi pada tahun. ini Lagi membuatkan tahun ini lebih bererti, apabila Nuhin pun mula belajar berpuasa...walaupun pukul 10 pagi ada minum air sikit..tak apalah air je pun...Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah SWt, dia berjaya menahan lapar dan dahaga hingga ke Maghrib walaupun start dari pukul 4 duduk depan jam nak tunggu pukul 6.30petang...kesian....

Dan paling best, bila berbuka, semua benda nak makan sampai katanya ummi dengan walid dapat satu sorang aje,yang lain-lain semua dia punya..jadi sebagai ganjaran bagi memberi galakan untuk terus berpuasa, malam tu selepas solat Tarawikh, kami ke Panda, suruh aje dia pilih apa yang dia nak...suka bukan main.

Tadi masa on the way ke masjid, ketika berjalan ke bahagian wanita,hati terasa sayu..teringatkan kampung halaman, teringatkan arwah mak...dulu masa kat kampung, lepas je maghrib,kami ramai-ramai ( jiran2 - semua sepupu sepapat aje) akan keluar pasang pelita dan masa tu berlumba2 nak tunjuk pelita siapa paling banyak hehehe, lepas tu lekas2 naik rumah mandi dan nanti kami sepupu2 akan berkumpul depan rumah saya untuk jalan ramai2 pergi masjid. Masa tu tak ada kereta, motor pun tak ada, basikal adala..kadang2 naik basikal, kadang2 jalan kaki. Arwah mak pulak akan digendong ( bonceng) oleh abah dengan basikal tuanya, kami orang susah, tak ada motor atau kereta dan abah sampai sekarang pun tak nak bawa kereta atau motor, katanya lebih selesa dengan basikal...katanya lagi, basikal itu mengingatkan dia pada arwah emak...huhuhuhu sayunya...




Gambar ni mmg tak de kena mengena dgn solat Tarawikh, tapi cuma nak kongsi, inilah sebahagian dari sepupu saya. semua dalam tu "couple" maksudnya semua ada dua beradik...Alhamdulillah walaupun semua ni sekarang dah menginjak ke angka 30,kami masih lagi rapat seperti dulu..ce teka...ce teka, mana satu saya? hiks.

Lepas Tarawikh selalunya ada makan2..standardlah kan....biasanya lepas makan, kami jalan ramai2 untuk balik ke rumah, dan nanti adalah budak2 lelaki kampung ( sepupu kitaorang jugak) duk tunggu kitaorang sambil kacau2 manja ( kata orang terengganu "ngossek" )dulu nak jalan tengah malam pun tak takut, rasa selamat je kalau rasa takut pun mungkin dengan binatang yang tak berapa buas macam lembu, kambing dan paling kuat pun kerbau dan "cik bab" berbanding sekarang,usahkan malam,nak berjalan siang hari pun takut.   Zaman sekarang, manusia lagi ganas   dan buas dari rimau. 


15 tahun dahulu, jalan dari rumah ke surau tu kecik aje tak besar...sekarang jalan tu dah besar gedabak...dah ada traffic light pun...hilang dah suasa kampung dek arus pembangunan dan pemodenan. kesian budak2 zaman sekarang tak dpt nak rasa semua tu..agaknya pokok gelang, tembesu, senduduk, kemunting pun dah tak kenal. Sayangnya jika khazanah bumi itu pupus begitu saja.


Ok, sambung lagi cerita lama saya tadi, lepas sampai rumah, semua pakat berlari2 gi dapur tengok makanan bawah tudung saji..ha... masa tulah berebut-rebut adik beradik..paling seronok kalau semua kakak-kakak dan abang balik, berbuka sama-sama dan berebut lauk pauk, kalau ikan nak yang paling besar, nak kepalalah, berebut mata ikan lah, macam-macam kerenah sampai arwah mak pening kepala... lepas makan, kami semua akan baring atas katil ramai2 sambil dengar cerita kakak2 tentang kepyahan mereka zaman dahulu..bagaimana susahnya nak cari duit zaman mereka kecil dulu...ohhh indahnya zaman itu.

Bila sahur, arwah maklah yang paling pening kepala nak kejutkan 8 orang anak2nya...kakak2 semua dah besar jadi tak ada masalah sangat, yang paling liat nak bangun, saya, abang dan adik...kadang2 tengah makan pun boleh tertidur dengan nasi penuh dalam mulut...haa masa tulah kalau kena simbah air pun...oh..saya sangat rindukan zaman itu...rindukan arwah emak saya...hingga saat ini saya masih berangankan kalaulah emak masih ada, pasti saya dengan gembira akan bangun masak sahur untuk arwah, kejutkan arwah bangun sahur dan sediakan juadah berbuka kegemaran arwah dengan tangan sendiri..tapi apakan daya, takdir Allah mengatasi segalanya dan saya redha. Hanya doa dititipkan untuk arwah..Al-fatihah untuk arwah emak saya.

sekian, sampai jumpa lagi, assalamualaikum. 

Friday, 20 July 2012

Ramadhan Kareem


Salam Ramadhan buat kawan-kawan pembaca sekelian. Semoga Ramadhan tahun adalah yang terbaik berbanding Ramadhan sebelum ini. InsyaAllah.

Bagi saya, Alhamdulillah, ini merupakan tahun ke 3 saya menyambut Ramadhan di sini, Saudi Arabia.  Tahun pertama disini memang terasa janggal kerana waktu puasanya adalah lebih panjang dan berpuasa dalam keadaan suhu panas membahang yang kadangkala ianya mencecah 50++ darjah. Tapi Alhamdulillah dapat juga disempurnakan..cuma agak terkilan kerana pada tahun itu, saya tidak pergi menunaikan solat Tarawikh di masjid. Masa tu ingatkan hanya lelaki sahaja solat dimasjid.

Dan tahun lepas, antara tahun yang bermakna bagi saya sekeluarga, kerana Ramadhan pertama disambut di Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah. Masih saya ingat ditika itu, pertama kali berbuka di Masjidil Haram, hati sebak dan sayu sesayunya..hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan disaat itu...walaupun berbuka dengan hanya SETEGUK ZAMZAM DAN SEBUTIR TAMAR, tanpa lauk pauk yang sedap, tanpa kuih muih penuh meja, tanpa jus dan teh namun nikmatnya amatlah tidak terhingga, tak dapat di luahkan dengan kata-kata. Alhamdulillah.


MashaAllah, Subhanallah, Allahuakhbar


Walaupun dalam keadaan umat manusia yang bersesak-sesak, sempit, , namun dengan izin Allah, insyaAllah tempat kita pasti ada...MasyaAllah..Allahuakhbar...Masih saya ingat ketika laungan Azan Maghrib dilaungkan, saya masih mencari2 tempat duduk, tiba2 ada seorang makcik menarik saya untuk duduk disebelahnya berdekatan dengan tiang dan berhadapan dengan deretan air zamzam, manakala suami saya mencangkung dihadapan saya, dan kami diberikan beberapa biji tamar, gahwah dan air zamzam dan ketika suapan pertama buah tamar ke mulut, tiba-tiba air mata bercucuran, tanpa henti,,...perasaan tak dapat digambarkan., saya rasakan diri ini amat kerdil, melihatkan keadaan keliling, semuanya menikmati juadah berbuka dengan tamar, gahwan, air zamzam dan jika ada yang lebih sikitpun roti, namun diwajah  mereka semua memaparkan perasaan yang sungguh indah..mereka betul-betul menikmati hidangan itu dengan penuh syukur, MasyaAllah. Tiba2 saya rasa termalu sendiri...saya kalau berbuka tak sah kalau hidangan tak penuh meja. Tak habis buang saja. senang bukan. Astaghfirullahaladzhim..Semoga Allah ampunkan saya. InsyaAllah ianya tidak akan berulang.

Alhamdulillah, pada tahun itu juga, saya berkesempatan menunaikan solat Tarawikh di masjid2 sekitar Jubail hingga ke penghujungnya dan paling menarik kami dapat solat Tarawikh berimamkan imam muda yang umurnya 11 tahun..MasyaAllah, alunan ayat2 suci al-quran dan doa qunutnya amat menyentuh sanubari, dan tanpa sedar air mata pasti mengalir, kemerduan bacaannya membuatkan kita seolah-olah tidak mahu mengakhiri solat tersebut, MashaAllah, Subhanallah.....Ini memang betul-betul pengalaman baru buat saya Nuhin juga sangat teruja kerana sangka imam itu sebaya dia, setiap hari lepas solat, masuk je kereta, dia akan cakap, "Ummi, I  want to be like him...I want to read Quran in the Masjid same like him. Alhamdulillah..moga berjayalah suatu hari nanti, ameen.

Untuk pengetahuan, disini, kebiasaannya, solat terawikh  akan dilewatkan sedikit..ya;ni tidak terus solat selepas solat Isya' seperti mana di Malaysia. Dan jika di Malaysia Doa Qunut akan dibaca bermula pada 15 malam terakhir, namun di sini Doa Qunut akan dibaca bermula malam pertama solat Tarawikh, juga kebiasaanya untuk 10 malam terakhir, solat terawikh akan di buat 4 rakaat sahaja pada awal malam, makmum akan balik dan pada pukul 12 malam, makmum akan datang semula dan akan disambung semula tarawikhnya berserta doa yang sungguh syahdu..MasyaAllah, malam -malam 10 terakhir ini doanya lebih panjang dan biasanya si imam akan membaca sepenuh hati bagi memohon keampunan dari Yang Maha Esa.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua. InsyaAllah,


Thursday, 19 July 2012

PABILA YANG DIRANCANG TIDAK MENJADI, REDHAILAH IA, KERANA ITU YANG TERBAIK

Geram, marah dan sakit hati,  itulah perasaan tika ini. Itulah rasanya bila janji dimungkiri.

Saat ini sebagai manusia yang sangat lemah, saya memang berasa sangat marah, sakit hati dan kecewa..tetapi dalam masa yang sama, saya tahu, saya harus meredhainya dan menerima dengan hati terbuka, dan ya saya sedang cuba untuk menahan hati..cuba untuk beristighfar sebanyak mungkin agar kemarahan dan kekecewaan itu padam kerana saya sedar siapalah saya untuk marahkan takdir, atau marahkan seseorang...saya tidak punyai apa2 dalam hidup ini..semuanya hak mutlak Allah SWT....wah betapa kerdilnya diri saya,


Tuhanku, sesungguhnya ku tak layak untuk syurga-Mu, namun ku tak sanggup ke neraka-Mu, Oleh itu ampunkan daku....



Sudah hakikat dan rencah kehidupan..kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi sebaik manapun perancangan kita, perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik, dan apa yang pasti, sesuatu kejadian itu pasti akan ada hikmahnya yang tersurat mahupun tersirat. Itu adalah rahsia Allah SWT.

Walau bagaiman rapi perancangan tersebut,,walaupun baik buruk dah dikira, dihitung, ditolak, dicampur, kita sebagai hambaNYA tetap tidak dapat melawan takdir. Jika takdirnya tak menjadi, tak jadilah, sebaliknya jika takdirnya menjadi, jadilah seperti yang dirancang, maka bersoraklah siperancangnya...oleh itu wahai hati, belajarlah untuk menerima sesuatu itu dengan hati yang terbuka dan redha walaupun pedih. Maafkanlah sidia itu.  Mungkin itupun bukan kehendaknya.

Siapalah kita untuk mempertikaikan segala sesuatu itu ? Sesungguhnya Allah SWT adalah pencipta kita, dari DIA kita datang dan kepadaNYA jualah kita akan kembali..dan pastinya segala sesuatu yang terjadi itu adalah yang terbaik untuk kita. InsyaAllah. 



Semoga Allah SWT mengampunkan saya dan anda semua..amennn.






Tuesday, 17 July 2012

SEDIH....

Assalamualaikum kawan-kawan dan taulan semua...semoga semuanya sentiasa didalam lindungan Allah SWT.


Hidup dan matiku hanyalah untuk-Mu Ya Allah.


Semalam, petang semalam waktu Saudi, saya menerima satu sms dari seseorang yang saya kenal dan rapat sedari kecil..sms yang diterima amat mengejutkan dan bikin hati ini menjadi gundah segundah gundahnya.

Katanya didalam sms tersebut, dia menerima sekeping surat dari hospital yang mana pihak hospital meminta beliau ke hospital untuk ujian ulangan darah dan mengarahkan dirinya supaya tidak menderma darah pada mana-mana hospital selagi ujian ulangan tidak dilakukan. Disamping itu, beliau juga dikehendaki menghadiri sesi kaunseling.

Saya tak berlengah terus menalifon sahabat ini dan betapa sedihnya bila mendengar suaranya yang sedang menangis...tanpa berkata apa2 kami hanya terdiam yang terdengar hanyalah esakan ..sedih..sungguh sedih...disaat ini yang mampu saya lakukan hanyalah mendoakan yang terbaik buat sahabat saya. Tak dapat nak dibayangkan seandainya sesuatu yang buruk berlaku padanya kerana selama hari ini, dia adalah tunggak keluarganya...apa yang akan terjadi pada kedua orang tuanya sekiranya sesuatu yang tak diingini berlaku padanya.

Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini..untuk dia, saya ingin dia tahu, InsyaAllah saya akan sentiasa ada untuk dia dan saya sangat sayangkan dia.

Kawan-kawan , tolong doakan yang terbaik untuk sahabat saya ini ya...

Assalamualaikum.


Sunday, 15 July 2012

SIARAN TERTUNDA : OUT N ABOUT : DAREEN BEACH

Assalamualaikum 


Sebenarnya cerita dan gambar-gambar ini yg diambil dalam 3 minggu lepas. Aktiviti utama disini, kalau hari minggu selain cuci mata ke Khobar, kami biasa akan ke pantai bawa Nuhin main kat playground sambil aku n boifee duduk santai menikmati keindahan ciptaan Allah SWT. Ni antara moments yang sentiasa dinanti..sebabnya satu, tak payah masak, sebab kedua, nilah masanya nak citer-citer dgn mr boifee tanpa budak kecik tu.. dan ke tiganya suka dapat tengok Nuhin main puas-puas, mana taknya kalau hari-hari lain, asyik duk dalam rumah aje..sampai siang malam pun kadang2 tu tak perasan..isk..isk.. kesian, dahlah duduk berdua ngan umminya yang macam ghimau tu aje...hehehe. 

Ok,macam biasalah kan, entri tak best dan tak lengkap kalau tak ada gambar...so layanlah a few piccas yang aku snap ni, this time dapat snap gambar remaja2 arab terjun tiruk....hahahaahaa.



Pemandangan sekitar, remaja2  tengah get ready nak mandi

Tunggu turn

Teringat kat Pantai Teluk Lipat Dungun... uhh hh rindunya

The Playground

Cute Little  Girl

Sedia untuk terjun

Ada Brani ???

Biasanya selepas aktiviti terjun  mandi laut,  mereka akan bersihkan badan dengan air tawar pada paip2 yang disediakan.
Atas sebab2 tertentu gambar ini dikaburkan..

Sekian saja untuk kali ini, kadang2 tengok aktiviti begini pun dah cukup menceriakan hari kami. teringat zaman kanak2 dulu, tak ada masalah apa nak fikir..semuanya disediakan depan mata, hatta kadang2 makan nasi pun mak suapkan walau dah tua bangka.......uhhh rindunya zaman itu...

ok, sampai jumpa lagi , InsyaAllah,

Saturday, 14 July 2012

ZARIF KITCHEN : COME AND COOK WITH ME

Rasanya ramai yang tahu, selain seteguk zamzam sebutir tamar ini, saya ada lagi 2 blog iaitu ZARIF KITCHEN dan ZARIF GALLERY yang mana saya rasa dah lama sangat tak update.... jadi lepas pikir panjang, saya dah buat keputusan untuk tutup saja ZARIF KITCHEN dan jika ada resepi yang menarik, saya akan masukkan kat sini sahaja. Jadi senang untuk saya uruskan. InsyaAllah, lepas ini yang tinggal ZARIF GALLERY sahaja yang mana akan mula saya kemaskinikan dari semasa ke semasa.

Moga-moga Allah bagi saya idea, kesihatan dan kekuatan untuk menulis dan menceriakan seteguk zamzam sebutir tamar ini. Aminnn.

JALAN-JALAN CARI MAKAN : TONY ROMAS, DAHRAN MALL....

Ni siaran tertunda.....biasanya kalau my boifee cuti, maknanya hari tu hari gantung kuali dan periuk belanga untuk mem kat rumah....seronok sebab boleh makan apa yang ditunjuk dan boleh gi jalan-jalan cuci mata. Jadi cuti kali ni my Mr. Boifee ajak makan kat highly recommended restaurant kat Dahran Mall, Dahran. Dan lagi, kami memang suka pergi cuba makan-makan kat setiap kedai makan, bila dah tahu kat mana sedap dan kena dengan selera tekak,  nanti boleh rekomen dekat kawan-kawan.

Untuk kali ni kami cuba dekat Tony Romas, Dhahran Mall,Dahran. 


Tony Romas , Dahrah Mall, Dahran

Sementara menunggu hidangan, setiap pelanggan akan disajikan dengan 3 biji roti mini ala perancis dengan garlic butter, panas-panas lagi......sedap sehhhhhh.

Nuhin's order, Chiken Alfredo Fetucini
Rating : 4.5 / 5

Strawberry Milk Shake Nuhin punya
Rating : 5/5

Tak ingat nama lah...tapi ada 2 ketul mini steak, dan shrimp, whipped potato n vegies, My Encik Suami, ( aku pun ngapp jugak)
Rating : 4/5
Sedap dan lichinnnn

Salmon steak + shrimps, Aku punya...tak sah kalau tak ada nasi.
Rating : 4.5/5
Sedap jugaks...licin jugakkk.

Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang diberikan. Untuk yang ingin mencuba, saya rekemen menu-menu ni. 

OUT N ABOUT : DADDY'S DAY OUT






Assalamualaikum uols......

Semalam , Jumaat sepatutnya hari cuti bagi en suami, tapi memandangkan keadaan dekat opis tu sibuk yang amat, jadi simpan jelah angan2 untuk gi shopping atau cuci mata....jadi ku dah verangan nak berjimba - jimba dekat rumah dengan si boipren kecik tu sambil nak tambah highscore untuk game temple run tu heheh boleh gitu...eh eh tak de la...banyak bebenor ya masa nak main game tu...banyak lagi keje nak kena buat dek non... ( iyolah tu macam rakyat kat rumah ni ramai sangat ya....)..tiba-tiba tengah sedap aku ngan si boipren kecit ni bergolek2 atas katil sambil main baling2 bantal, telepon berbunyi...siapa lagi kalau bukan my incik suami, dia cakap hari ni nak kuar gi mandi laut dengan kawan2 satu opis...mulanya aku macam dah malas ....tapi memandangkan dah berapa lama tak gi duduk santai2 dan bermalas-malasan kat tepi laut sambil tengok minah2 arab mandi dengan abaya itamnya tu...ku ok kan  aje, isteri solehah katakan...heheehhehe..so bila dah dengar nak pergi pantai kenalah sediakan apa2 yg patut... so aku just masak simple aje.. bihun dan kuey teow goreng dan donat, cukuplah kot sbb lagi 2 keluarga pun bawak makanan gak.

Nuhin bukan main suka hati,  terlompat-lompat dgr walid nak balik awal nk gi mandi laut...dan paling tak tahan siap solat asar  sebelum azan lagi...lawaklah ko ni abang..tu buat ummi sayang sangat tu....

Tepat jam 3.45 petang kitaorang gerak, tapi  singgah kat Jubail Balad jap sbb nak gi beli a few kuihs. So meh layan gambar dan videos yang ada aku ambil ..


p,s : sila klik atas gambor utk besarkan


Gambar atas kiri dan kanan : beginilah pemandangan sekitar Jubail Balad pada hari Jumaat.  Memandangkan Jumaat hari cuti, jadi ramai yang akan keluar and lepak kat tengah tengah divider, tepi jalan macam pesta bola. Tiap hari Jumaat kalau lalu kat sini, sure en suami dan aku akan berkata2, apalah yang diaorg buat ya..berdiri tengah2 divider..dekat traffic light...bukan ada jual kuih ke atau ada tarian naga ke....heran betull....
Gambar bawah : yang kiri tu manisan negara timur tengah yang dipanggil baklava, satu bekas tu campur2 SR35, dan belah kanan tu roti campur yang sangat sedap, satu bekas SR10.


Ni pemandangan sekitar Dareen sector, agak2 korang, kalaulah dekat Malaysia suhunya 44-52 darjah ada tak pokok dan rumput yang hijau pekat macam ni ?

Kiri :  Boifren kecit yang hensem
Kanan :  My two heroes...yang paling penting bola tu terapung..

Atas kiri :  Bapak2 budak lepas geram berendam dalam air laut.
Lain -lain :  semua ceria dapat mandi dan swimming...

Kanan :  Sambil mandi tu, leh spa kaki skali..ikan kat sini jinak2, dah tu besar pulak....ishh gerammmm nak tangkap.


Akhir sekali layanlah video ni :-





Ok, sekian untuk hari ini...panjang umur, ada kesihatan dan masa yang mengizinkan, InsyaAllah aku akan menulis lagi...

Thursday, 12 July 2012

KRMJ FAMILY DAY

Assalamualaikum uols....

Seperti yang dijanjikan, siaran tertunda yang pertama, jeng jeng jeng... Hari Keluarga KRMJ. Mulanya tak nak pergi, tapi bila dapat tahu penulis buku Travelog Haji, Prof. Muhd Kamil ada datang dan akan memberikan ceramah, so hubby ajak pergi...oklah jugak kan, dari duk terperap kat rumah..leh makan pree..jumpa kengkawan dan mendengar gossip - gossip terbaru...boleh gitu ??? oklah jom layan gambar...nak citer panjang2 pun tak de apa sbb citer dah basi .....


Suka hati dapat jumpa kawan2..

Hadeed...comeeyyyy....

Games utk kaum ibu2 yang ayu...acara mengayam ketupatt

Acara makan sampai habis...cili tu pedas gila.

Moh kita makan....

Dah kenyang perut, dengar ceramah dari Prof. Muhd Kamil.. ceramah yang sungguh menyentuh hati dan perasaan..indeed.


I am back !!!! Huuyeehhhhh





Wah wah seronok nampak...ok... untuk kali ni tak mo cite panjang - panjang...cuma nak bagitahu cik puan zarif akan aktif semula nak menulis...dolu2 ingat macam nak biarkan aje blog ni jadi tukun .. atau sarang labah2, memandangkan macam tak cukup masa ( alasan terbaikkan..), tapi bila difikirkan balik..untuk seseorang saya mulakan semula menulis blog ini. InsyaAllah mulai esok, nantikan siaran tertunggak yang berjaman lamanya...tunggu tauu.... ok, ni dah malam sangat..ngantuk pulok....jumpa esok ya....Assalamualaikum.....